Thursday, December 30, 2010

WikiLeaks: Isu Utama dan Bagaimana ?

Penutup bagi tahun 2010 adalah berlakunya satu fenomena pencerobohan maklumat sulit kerajaan-kerajaan di dunia oleh sebuah laman web yang dikenali sebagai WikiLeaks.

Bagaimana sistem pertahanan siber sesebuah negara yang canggih juga dapat dicerobohi. Di sini beri sedikit garis panduan bagi menguatkan pertahanan keselamatan siber.

Semoga untuk tahun 2011, tidak akan berlaku lagi kebocoran maklumat yang sulit ini. Di antaranya adalah:-

  1. Implementasi polisi penggunaan infrastruktur teknologi maklumat dan kenali kebiasaan corak trafik rangkaian dalam organisasi anda.
  2. Elakkan pengguna komputer peribadi mempunyai hak login sebagai Administrator pada komputer peribadi tersebut.
  3. Implementasi dan kuat kuasakan peraturan dan polisi untuk kawalan capaian atau access control.
  4. Tingkatkan tahap keselamatan siber anda pada tahap yang maksimum pada rangkaian komputer dan keselamatan fizikal.
  5. Pengurusan dan pengendalian sesuatu kerja itu dibuat penggiliran sesama pekerja-pekerja bagi mengelakkan masalah kebocoran maklumat daripada dalam organisasi.
Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua pada tahun 2011 dengan kejayaan demi kejayaan.

Macam-Macam Ada: Pemacu Flash USB

Kini Pemacu Flash USB atau PenDrive menjadi alat digital yang sangat penting bagi menggantikan peranan disket dalam penyimpanan data.

Hingga kini, kapasitinya juga sudah bertambah sehingga 32 Gb dan harganya adalah pada tahap yang kompetitif. Sesiapa sahaja berupaya untuk memilikinya.

Selain daripada peranannya sebagai tempat penyimpanan data atau fail, terdapat juga perkara-perkara lain yang digunakan dengan PenDrive ini.

Kita akan bincangkan serba sedikit.

1. Pengunaan Aplikasi-Aplikasi Komputer.

Kita boleh menggunakan beberapa aplikasi komputer dengan melancarkannya daripada PenDrive. Antara aplikasi-aplikasinya adalah seperti anti-virus, pemproses kata, lembaran kerja dan lain-lain.

Antara programnya boleh dimuat turun secara percuma adalah PortableApps.

2. Melancarkan Sistem pengoperasian.

Dengan menggunakan PenDrive, sistem pengoperasian seperti Windows dan Linux boleh dilancarkan daripadanya. Untuk Linux dikenali sebagai Puppy Linux dan windows, Windows XP dan Windows 7.

Malah pemasangan sistem pengoperasian juga boleh menggunakan PenDrive ini.

3. Set Semula Kata Laluan.

Ini digunakan untuk sistem pengoperasian Windows Vista ke atas. Konfigurasi fail dimasukkan ke dalam PenDrive dan lancarkannya di komputer.

4. Alat Hubungan Tanpa Wayar.

Fail konfigurasi rangkaian dimasukkan ke dalam PenDrive dan lancarkan di Komputer. Ia hanya untuk Windows XP ke atas. Ia boleh berhubung dengan komputer atau peranti lain menerusi rangkaian ini.

5. Alat Bantuan Tingkatkan Prestasi Sistem Pengoperasian.

Ruang storan dalam PenDrive boleh dijana sebagai memori cache untuk sistem pengoperasian Windows Vista ke atas. ReadyBoost.

6. Pengurusan Data dan Fail

Bagi membolehkan data-data dan fail-fail dalam PenDrive tersebut diurus dengan baik dan lebih teratur, boleh menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti Microsoft USB Flash Drive Manager di dalamnya.

7. Pemain MP3

Ia boleh digunakan sebagai pemain MP3 bersama-sama dengan komputer yang digunakan.

8. Perlindungan Penyimpanan Data.

Data dalam PenDrive boleh dilindungi dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu untuk fungsi kata laluan dan pengenkripsian seperti Rohos.

9. Tapak Pelancaran Aplikasi Web atau Laman Web.

Dengan menggunakan aplikasi seperti Server2Go, pelayan web dan aplikasi-aplikasi web boleh dilancarkan secara terus daripada USB PenDrive.

10. Kunci Komputer.

Ia juga boleh dijadikan sebagai kunci kepada komputer anda. PenDrive diperlukan untuk membuka dan menutup komputer seperti aplikasi Predator.


Semoga, ia dapat membantu tugasan kita semua.

Friday, December 17, 2010

Perlukah Kita Bertopeng? : Identiti Anda Di Internet

Lindungi Identiti Anda di Internet
----------------------------------------------

Pada masa kini, intenet merupakan satu medium yang popular digunakan untuk melaksanakan kerja, perkongsian ilmu, berkomunikasi dan melaksanakan tugas peribadi seharian.


Kita banyak menggunakan perkhidmatan percuma di internet seperti e-mel, blog, laman web sosial dan pelbagai lagi. Harus diingatkan, ia dikatakan percuma tidak bermakna kita tidak membayarnya.


Ini kerana kita membayarnya dengan data peribadi dan privasi kita. Sebagai contoh, dengan menggunakan suatu laman web sosial, terdapat syarat dan perjanjian yang perlu kita setuju untuk menggunakan laman web tersebut. Antaranya syaratnya ialah segala data, fail atau gambar yang kita masukkan ke dalam laman tersebut akan menjadi hak milik laman web sosial tersebut.


Jadi, berhati-hatilah dalam mendedahkan maklumat diri anda dan keluarga anda atau kawan-kawan anda di internet.


Banyak maklumat peribadi anda boleh diperolehi seperti maklumat keluarga, maklumat kerja, maklumat akaun bank, maklumat apa yang anda suka dan tidak suka dan lain-lain.


Penggodaman kepada sistem komputer biasanya tidak berminat untuk mencuri atau mendapatkan maklumat peribadi seseorang kecuali ada manfaat kewangan atau kepentingan diri secara terus. Jadi selain daripada perlu berhati-hati dengan laman web yang memberi perkhidmatan percuma, anda perlu tahu bahawa ada tiga jenis program komputer yang berupaya mendapatkan maklumat peribadi anda secara tidak sah atau mencuri identiti anda iaitu:-
  1. VIRUS
  2. SPYWARE
  3. ADWARE

Penyelesaiannya akan dibincangkan nanti bagaimana langkah yang perlu kita ambil untuk menhindar berlakunya kecurian data atau identiti kita di internet.

Thursday, December 16, 2010

Pembekal IT Terbaik di Asia

Pemenang 2010 -- Produk Pilihan Pembaca


Award category Winner
Anti-Spyware/Malware SolutionSymantec
Business Intelligence & AnalyticsSAP
Consulting & Systems IntegrationIBM / Datacraft Asia (Tie)
CRM Softwaresalesforce.com
Data Center Cooling/Temperature Management SystemsAPC by Schneider Electric
Data Center Power Management SystemsAPC by Schneider Electric
Data Center Switch/RouterCisco
Data Center Virtualization/Unified Computing SolutionsVMware
Database ManagementOracle
Desktop Virtualization SolutionsVMware
Enterprise Document & Content ManagementFuji Xerox
Enterprise ServersHewlett Packard
Enterprise Unified Threat Management SolutionCheck Point
Enterprise Wireless LAN SolutionCisco
ERP SoftwareSAP
Identity Management SuiteSymantec
Managed ServicesSingTel
Network Multifunction Document ManagementCanon
Network Optimization/AccelerationBlue Coat / Juniper (Tie)
Server Infrastructure Management Solution/ToolMicrosoft
Storage InfrastructureEMC
Storage/Data Management SolutionEMC
Structured Cabling/Physical Network CablingTyco Electronics
SurveillanceNEC
Unified Communications & CollaborationCisco

Ia dibuat oleh syarikat penyelidikkan IT, NetworkWorldAsia. Yang juga ada menghasilkan majalah IT.

Kegagalan Fungsi atau Data Hilang ?: Cakera Keras

Penjagaan Cakera Keras

-------------------------------------

Hard disk atau cakera keras merupakan satu komponen penting dalam komputer untuk menyimpan data atau maklumat. Harga cakera keras di pasaran sekarang ini adalah pada tahap yang sangat murah berbanding kapasitinya tinggi.

Dengan itu, cakera keras yang rosak boleh diganti atau dibeli dengan mudah dan murah. Namun begitu, data yang berada dalam cakera keras itu sangat penting. Sekiranya ia rosak atau hilang, kos untuk mengembalikannya sangatlah tinggi. Bagi mengembalikannya juga merupakan satu usaha yang rumit dan sukar.

Penjagaan cakera keras yang baik amat penting untuk menjaga data yang ada di dalamnya agar selamat.

Terdapat beberapa panduan penjagaan cakera keras iaitu:-

1. Sentiasa membuat Check Disk dan Disk Defragment dengan menggunakan program yang sedia ada dalam Windows seperti program chkdsk dan defragment. Ia penting untuk membuat penyelenggaraan ruang-ruang data yang ada dalam cakera keras. Ia juga boleh mengesan sebarang kerosakkan yang ada pada cakera keras tersebut.

2. Membuat bahagian cakera keras atau partition yang khusus untuk penyimpanan data dalam cakeras keras tersebut. Kenapa?

3. Sekiranya mengendalikan secara fizikal cakera keras tersebut, elakan daripada ia daripada terkena gelombang elektrostatik dan magnetik. Ia boleh merosakkan data dan cakera keras tersebut.

4. Pastikan persekitaran bilik yang menempatkan komputer dan sistem pengudaraan dalam komputer tersebut adalah baik dan berada pada suhu yang tidak panas.

5. Sekiranya perlu membuat sistem salinan pendua cakera keras itu kepada satu cakera keras yang lain.

6. Pastikan kedudukaan cakera keras dalam komputer itu stabil atau tidak bergerak-gerak. Ini boleh pastikan skru-skru yang digunaka diikat dengan baik. Sekiranya menggunakan cakera atau flash drive ia akan wujud secara lebih tetap pada sistem komputer. Ini akan mengurangkan cakera tersebut bergerak-gerak yang boleh merosakkan data atau cakera keras.

7. Wujudkan sistem pengurusan guna tenaga elektrik dengan baik dengan menggunakan program-program komputer tertentu. Seperti dalam Windows 7 ada program Balanced POwer Saving untuk itu.

8. Boleh menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu untuk mengawasi tahap kesihatan cakera keras seperti Acronis Drive MOnitor yang boleh dimuat secara percuma di internet.

Begitulah, panduan-panduan yang boleh kita praktikan untuk cakera keras kita di rumag atau di tempat kerja. Sekiranya ada panduan-panduan lain atau pertanyaan boleh dibuat pada komen ini atau e-mel ke sembangict@yahoo.com

Terima kasih. Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.

Wednesday, December 15, 2010

WikiLeaks: Satu Bukti Internet itu Tidak Selamat

WikiLeaks: Bagaimana ini Boleh Terjadi ?
____________________________________

Dunia hari ini digemparkan oleh tragedi teknologi maklumat iaitu WikiLeaks. Segala jenis dokumen berstatus rahsia untuk seluruh kerajaan di dunia ini didedahkan melalui laman web WikiLeaks.

Bagaimana ia perolehi maklumat dan membuat sebaran yang kadang kala boleh menyebabkan berlakunya pergolakkan dalam masyarakat?

Jawapannya adalah Internet. Internet merupakan satu medium perkongsian yang sangat efektif dan fleksibel. Namun begitu, protokol komunikasi yang digunakan iaitu TCP/IP adalah tidak selamat. Buktinya kerajaan Amerika yang diketahui umum, begitu hebat sistem keselamatan IT-nya juga mudah dicerobohi.

Protokol TCP/IP yang mnggunakan IPv4 ini dijumpai secara ekseperimen dan sangat canggih untuk perkongsian maklumat. Ini terus digunakan dalam Internet tanpa menghiraukan aspek keselamatan yang diperlukan dalamnya.

Sebab itu, ada protokol keselamatan lain yang dibina untuk tampung kelemahan itu seperti DNSSec, IPSec, HTTPS dan lain-lain. Namun begitu lubang yang ditampal itu masih boleh ditembusi dengan kaedah tertentu. Penggunaan IPv6 dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan.

Moral daripada cerita ini adalah untuk orang awam seperti kita berhati-hati ketika melayari Internet. Pastikan anda tahu dan amalkan amalan keselamatan ketika melayari internet. Boleh rujuk di laman web CyberSecurity Malaysia untuk dapatkan maklumat dan nasihat.

Ini mungkin satu tragedi antara kebebasan perkongsian maklumat dengan ketelusan sesebuah negara dalam berkhidmat untuk rakyatnya.



Tuesday, December 14, 2010

Mana Pilihan Anda, Mahu Data atau Komputer Riba?

Antara Data yang Hilang dengan Komputer Riba

Pada masa kini, kebanyakkan komputer peribadi telah digantikan dengan penggunaan komputer riba. Ini kerana komputer riba mudah dibawa ke mana dan fleksibel. Namun begitu sekiranya ia hilang atau dicuri, apa akan jadi dengan kandungannya?

Aplikasi komputer boleh dicari atau dipasang semual tetapi sekiranya data dan maklumat yang hilang tanpa ada buat salinan pendua di mana-mana. Maka, peninglah kepala kita.

Namun begitu, sekiranya data-data itu sangat penting sehinggakan sekiranya ia jatuh kepada orang lain boleh mengancam nyawa kita dan keluarga kita, Bagaimana?

Terutama sekali, pada hari ini banyak kerja-kerja syarikat yang dibuat menggunakan komputer riba.

PENYELESAIANNYA
_________________________________

1. Polisi - Perlu ada polisi penggunaan komputer riba yang berkaitan dengan data-data dan kerja-kerja dengan syarikat.

2.Pendidikkan - Perlu ada panduan keselamatan dan sebagainya bagaimana untuk mengendalikan penggunaan komputer riba yang baik dan selamat.

3. Perimeter - Laksakakan program enkripsi ke atas data-data dan maklumat-maklumat yang ada dalam cakera keras komputer riba anda. Atau pun boleh melanggan sistem keselamatan yang lebih canggih seperti boleh menggunakan satelit dan sebagainya untuk mengesan dan menjejaki komputer riba tersebut.

Monday, December 13, 2010

Yang Ringan Sama Dijinjing: USB PenDrive

USB PenDrive merupakan satu alat digital kini yang sangat penting. Ia mengambil alih peranan Disket yang suatu ketika dahulu sangat popular sebagai storan fail sementara.

Masalah yang timbul daripada penggunaan Disket juga sama dengan masalah yang timbul daripada penggunaan USB PenDrive. Masalahnya utama penggunaan USB drive ini ada dua iaitu:-

1. Masalah kerahsiaan fail yang disimpan di dalamnya sekira peralatan tersebut hilang atau di curi.

2.Masalah virus atau aplikasi yang ada dalam USB PenDrive tersebut mengancam keselamatan komputer dan seterusnya rangkaian komputer atau internet.

Penyelesaiannya
________________________________

1. Pengguna perlu dididik berkenaan dengan amalan penggunaan USB PenDrive yang baik dan tahu bakal risiko-risiko yang akan berlaku.

2. Menggunakan USB PenDrive yang mempunyai fungsi enkripsi untuk melindungi kerahsiaan data-data yang ada di dalamnya. Untuk PenDrive yang biasa, boleh muat turun secara percuma program komputer di Internet untuk membuatkan data dalam PenDrive anda dienkripsi.

Sekian, sahaja.

Friday, December 10, 2010

Dedaunan yang Baru: Kelebihan HTML5 dan Browser Anda

As Salam Jumaat,

Semoga kita semua dirahmati dan diredhai Allah S.W.T.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dan keluarga untuk membaca Surah Al-Kahfi pada hari ini. Ini kerana Nabi S.A.W menggalakkan kita membacanya untuk mendapatkan perlindungan daripada Allah Taala daripada Fitnah Dajal. Amin.

Semoga amalan kita setiap hari menjadi dedaunan yang baru atau Web Brower/Pelayar Web yang baru. Ini memberikan banyak kelebihan kepada amalan kita. Begitu juga dengan Pelayar Web yang baru yang menyokong kod program web yang baru iaitu HTML5. Apa kelebihan HTML5 ini dan manakah Pelayar Web yang menyokong kelebihan HTML5 ini.

1. HTML5 - Kanvas

Ini adalah lapisan atau permukaan lain dalam web yang disediakan untuk tag sesuatu data seperti penggunaan kod Javascript untuk manipulasi piksel-piksel yang ada untuk satu persembahan data yang tersusun, rawak dan sebagainya.

Ini adalah idea daripada Apple yang memperkenalkan elemen atau objek canvas dalam projek WebKit mereka.

Microsoft - ExpolererCanvas.

Pelayar Web yang menyokong :-

  • Apple Safari 5.0
  • Google Chrome 8.0
  • Microsoft IE 9.0
  • Mozilla Firefox 3.6
  • Opera 10.60
2. HTML5 - Video dan Audio

Ia menyediakan elemen tag video dalam pembangunan helaian fail web HTML. Ia sama seperti tag untuk imej yang sudah sedia ada dalam kod HTML.

Pelayar Web yang menyokong format video/audio, H.264/MPEG-4, Ogg Theora / Ogg dan Vorbis VP8 dalam fail HTML:-

  • Apple Safari 5.0- H.264/MPEG-4
  • Google Chrome 8.0 - Semua
  • Microsoft IE 9.0- H.264/MPEG-4
  • Mozilla Firefox 3.6 - Ogg Theora / Ogg
  • Mozilla Firefox 4.0 - Ogg Theora / Ogg dan Vorbis VP8
  • Opera 10.60- Ogg Theora / Ogg dan Vorbis VP8
3. HTML 5 - Grafik berskala vektor

Format grafik berskala vektor atau SVG ini digunakan untuk menukarkan data dalam fail HTML ke rupa bentuk yang bergrafik.

Ia akan mempunyai tag HTML seperti berikut untuk membina satu bulatan yang berwarna kuning:-

||<|circle cx="100" cy="50" r="40" stroke="grey" width="2" fill="yellow"|>||

pelayar web yang menyokong grafik sebagai paparan SVG, kesan SVG, filter SVG, font SVG, SVG- CSS, dan animasi SVG :-
  • Apple Safari 6.0- Semua kecuali untuk filter SVG, ia tak menyokong sepenuhnya.
  • Google Chrome 9.0 - Semua kecuali untuk font dan filter SVG, ia tidak menyokong sepenuhnya.
  • Microsoft IE 9.0- Hanya menyokong penuh paparan SVG dan animasi SVG serta tidak menyokong penuh untuk font SVG.
  • Mozilla Firefox 4.0 - Semua kecuali CSS-SVG.
  • Opera 11.0- Semua sepenuhnya dan font SVG separa sahaja.
4. WebGL - Kanvas 3D

Format paparan kanvas dalam fail HTML ini diperkenalkan oleh OpenGL untuk paparan grafik 3D. Ia masih belum menjadi satu piawaian untuk HTML5 secara rasmi tetapi sudah ada pelayar web yang menyokong format ini seperti Firefox dan Chrome.


Sebelum adanya HTML5, kebanyakkan pelayar web perlu pasangkan aplikasi plug in tertentu bagi membolehkan ia dimainkan atau dipaparkan menerusi pelayar web seperti video Quicktime dan sebagainya. Dengan HTML 5 tidak perlu lagi.

Sebab itu Pelayar Web 9.0 dikatakan pelayar permainan komputer atau web browser game -enabled.

Draf ini dibangunkan oleh komuniti W3.














Thursday, December 9, 2010

Adakah komputer bijak1?

As Salam pagi Khamis,

Selalunya ramai orang beranggapan bahawa komputer merupakan sesuatu yang pintar dan hebat. Namun begitu, ia tidaklah seindah apa yang dimimpikan semalam.

Komputer tidak berfikir, komputer juga tidak mengetahui apa-apa dan komputer tidak memahami satu pun yang ada dalamnya.

Komputer hanya melaksanakan arahan yang diberikan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Kita berfikiran komputer itu hebat kerana ia berupaya menyelesaikan pelbagai masalah dan memudahkan segala kerja.

Terima kasih kepada alkhawarizmi kerana beliaulah yang mencipta bahasa sebenar komputer yang menggunakan binari digit 1 atau 0.

Wednesday, December 8, 2010

Mari kita tengok siapa yang kena: Masalah Keselamatan Katalaluan

Masalah Keselamatan Kata laluan
-------------------------------------------

Kata laluan atau password merupakan satu teknik pengesahan yang digunakan untuk kemasukan seseorang ke dalam satu aplikasi dan sistem komputer.

Setiap daripada kita biasanya mempunyai banyak kata laluan untuk pelbagai tujuan. Ini menyukarkan kita untuk mengingati kesemua kata laluan tersebut. Jadi, jalan mudah adalah menggunakan kata laluan yang mudah dan sama untuk semua aplikasi dan sistem komputer.

Ini merupakan amalan yang tidak baik kerana amalan tersebut mengundang kepada masalah kata laluan yang lemah. Kata laluan yang kuat adalah ia mempunyai sekurang-kurangnya minimum 8 aksara yang dikombinasikan dengan huruf, simbol dan nombor. Ia juga perlu digunakan secara berlainan di antara satu aplikasi dengan aplikasi yang lain. Sila rujuk di sini.

Para penggodam amat tahu berkenaan dengan perkara-perkara ini. Penggunaan kata laluan yang lemah ini akan mudah terdedah kepada serangan kamus atau dictionary attack. Serangan kamus ini merupakan satu serangan yang menggunakan satu senarai kata laluan yang berkemungkinan untuk memasuki sesuatu aplikasi dan sistem komputer secara tidak sah.

PENYELESAIAN:-
--------------------------------

1. Sebagai seorang individu pastikan anda tahu apa tu amalan penggunaan kata laluan yang selamat dan kuat. Praktikan amalan tersebut terutama untuk akaun sistem maklumat yang melibatkan transaksi kewangan dan maklumat peribadi.


2. Sebagai sebuah organisasi, pastikan menyediakan prosedur, polisi dan latihan kepada para pekerja, pengguna dan pelanggan anda berkenaan dengan amalan penggunaan kata laluan yang selamat dan kuat.

3. Pasangkan poster-poster amalan penggunaan kata laluan secara selamat.

Monday, December 6, 2010

Masalah Keselamatan Nol Wayar Rangkaian

Semoga Allah merahmati semuanya.

Nol wayar rangkaian ialah wireless network. Teknologi terkini yang kita pakai kecuali yang menggunakan talian mobil adalah wi-fi. Teknologi wi-fi mudah untuk kita dapat capaiannya di mana-mana seperti di kedai mamak, lapangan terbang, stesen bas dan lain-lain. Begitu juga di syarikat-syarikat swasta dan jabatan-jabatan kerajaan.

Ia menjadi pilihan untuk capaian rangkaian komputer yang seterusnya mencapai capaian internet yang disediakan oleh pihak tertentu. Ia mudah untuk dicapai daripada sesebuah komputer dan bersifat fleksibel tanpa memerlukan wayar sambungan.

Namun begitu, masalahnya ialah keselamatan capaian maklumat menerusi teknologi tanpa wayar ini atau nol wayar. Ini kerana kesemua maklumat-makumat seperti kata laluan, maklumat peribadi, maklumat akaun bank dan lain-lain yang dicapai menerusi internet menerusi rangkaian tanpa wayar ini akan berawangan di ruang udara. Sesiapa yang berupaya untuk mencapainya akan memperolehi maklumat-maklumat tersebut.

Bayangkan maklumat-maklumat perniagaan seperti kertas kerja, e-mel para eksekutif, transaksi jual beli, maklumat projek perniagaan dan lain-lain dengan mudah dicapai oleh seseorang yang tidak berkaitan menerusi teknologi tanpa wayar ini daripada luar organisasi atau dari sebuah bangunan atau pejabat di sebelas organisasi terbabit. Ini kerana teknologi tanpa wayar tidak dibatasi capaiannya dalam bentuk fizikal seperti teknologi berwayar.

PENYELESAIAN
--------------------------------

1. Gunakan teknik enkripsi yang kuat untuk capaian internet tanpa wayar menggunakan teknologi wi-fi dan lain -lain seperti WPK dan lain-lain.

2. Bagi penggunaan capaian secara jarak jauh menggunakan VPN untuk mengurus sesebuah web portal, gunakan kaedah pengesahan dan teknik enkripsi yang kuat.