Wednesday, February 23, 2011

Ku Lihat Hijau : Panduan Jimat Guna Tenaga

Begitu pentingnya penjimatan tenaga elektrik sehinggakan negara kita ada kementerian yang menggunakan nama tenaga hijau. Ini semua adalah untuk menjaga alam sekitar yang lestari.

Namun begitu setiap hari kita akan menggunakan tenaga elektrik terutama sekali komputer peribadi atau komputer riba atau telefon bestari. Tidak kiralah sama ada tujuannya untuk kerja, belajar, santai atau main permainan.

Sedikit-sedikit lama-lama akan menjadi bukit begitula pepatah melayu lama kerana penggunaan tenaga elektrik untuk penggunaan komputer tidak banyak tetapi sekiranya lama penggunaannya sudah tentulah semakin banyak penggunaan tenaga elektrik.

Jadi, di bawah ini ada sedikit panduan kepada kita semua yang prihatin dalam menjaga kelestarian alam sekitar untuk penggunaan tenaga elektrik yang berhemah ketika menggunakan komputer iaitu:-

1. Tutup sepenuhnya komputer atau shut down sekiranya kita tidak menggunakan komputer. Ia boleh berada pada mod hibernate atau sleep tetapi gunalah pada keadaan yang memerlukan sahaja kerana ia masih mengggunakan tenaga elektrik pada tahap yang minima.

2. Cabut palam bagi kesemua peralatan yang digunakan bersama komputer tetapi kita tidak menggunakannya seperti pencetak, pengimbas, modem dan lain-lain. Ia menggunakan jumlah tenaga elektrik yang sangat kecil tetapi sedikit-sedikit, lama-lama akan jadi bukit.

3. Rancang penggunaan tenaga elektrik yang berhemah bagi komputer anda.Konfigurasinya yang betul dan bijak boleh dibuat dalam perisian sistem pengurusan tenaga dalam sesebuah komputer. Anda boleh selaraskan di antara keperluan tenaga elektrik dengan tahap prestasi penggunaan CPU yang diperlukan bagi sesebuah komputer. Ini kerana tahap penggunaan CPU yang tinggi memerlukan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi seperti permainan komputer 3D dan lain-lain.

4. Penggunaan Screen Saver. Sekiranya anda prihati, tidak perlu menggunakan Screen Saver kerana ia hanya memaparkan perkara tertentu ketika komputer anda tidak digunakan dan ia masih menggunakan tenaga elektrik. Tidak menggunakannya dapat menjimat tenaga.Tutup sahaj komputer sekiranya tidak digunakan.

5. Selain daripada perisian sistem pengurusan tenaga, anda juga boleh menggunakan mana-mana perisian yang digunakan untuk memantau penggunaan tenaga elektrik dalam komputer anda seperti CO2 saver dan lain-lain.

Ini adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil sekiranya prihatin untuk kelestarian lama sekitar. Ia mungkin nampak mudah dan kecil tetapi berupaya membantu kita menghijaukan alam.