Wednesday, April 27, 2011

Rangkaian Komputer: Antara Teknologi Web Dengan Keselamatan Maklumat

Assalamualaikum W.B.T,

Sekadar pandangan dan cetusan idea.

Rangkaian komputer diperlukan oleh teknologi web tetapi rangkaian komputer penting bagi keselamatan maklumat.

Dalam teknologi web itu sendiri merupakan sejenis rangkaian komputer pelayan pelanggan. Ia memerlukan pelayan web dan kemahiran dalam rangkaian untuk membangunkannya. Sekiranya tidak, bagaimana ia akan berfungsi.

Banyak subjek-subjek dalam teknologi web memerlukan rangkaian seperti subjek2 diperingkat awal dan cloud computing.

Begitu juga sistem komputer dan senibina tidak boleh dipisahkan dengan rangkaian komputer ibarat irama dengan lagu.

Jadi, teknologi web memerlukan rangkaian komputer sebagaimana kita memerlukan makan dan minum.

Bagi keselamatan maklumat pula, rangkaian komputer penting baginya kerana ia merupakan satu domain daripada 10 domain utama dalam keselamatan rangkaian seperti yang diperkenalkan oleh CISSP.

Jadi, rangkaian komputer bagi keselamatan maklumat ibarat kita semua memerlukan sebuah rumah banglo tetapi memadai pondok kecil masih boleh kita berlindung daripada hujan dan panas.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Firkhan Ali.

Friday, April 22, 2011

Penyapu Komputer

Kalau dahulu kala, kita membuang fail yang tidak diperlukan dalam sesebuah komputer secara manual dan perlu tahu fail apa yang nak dibuang.

Namun kini kita sudah ada pelbagai program yang boleh digunakan sebagai penyapu untuk membuang fail-fail yang tidak perlu yang akan membebankan ruang cakera keras kita seperti Ccleaner.

Namun begitu masih perlu tahu cara penggunaan yang bestari. Iaitu antaranya adalah:-

  • Sekiranya perlu buat analisa terlebih dahulu fail apa yang hendak dibuat dengan menekan butang ANALYZER.
  • Sekiranya anda larikan Ccleaner, kesemua cookies akan dibuang. Jadi, sekiranya ada cookies yang diperlukan. Sila klik pada butang Option dan seterusnya butang Cookies. Mana-mana cookies yang kita mahu sila tambahkan pada ruangan Exclusion List.
  • Sentiasa membuat salinan pendua atau back up pada registry dalam Windows. Ini kerana sekiranya berlaku masalah seperti sistem bermasalah, ada ralat dan sebagainya, ia akan merosakkan konfigurasi pada Registry dalam Windows.
  • Menggunakan fungsi pengurusan STARUP aplikasi. Anda boleh aktifkan. nyah aktifkan atau buang program-program yang ada dalam STARTUP ini.
  • Akhir sekali dia mempunyai fungsi Uninstaller untuk membuang program-program komputer yang ada dalam komputer anda dengan lebih baik lagi.
Di dalam setiap rumah mesti ada sebatang penyapu untuk kebersihan rumah. Begitu juga dalam komputer kita perlu ada program seperti ini dan anda boleh muat turunnya secara percuma di Internet.

Penyelengaraan berkala dan kerap sesebuah komputer berupaya menambahkan lagi prestasi komputer yersebut.

Bengang PC terpadam


1. Assalamu'alaikum. Saya menggunakan komputer jenis PC. Jenis Windows ME. RAM saya 256 MB. Kadang-kadang ia terpadam dengan sendiri, kemudian PC tersebut akan restart semula. Desktop saya dalam Safe Mode. Saya tak boleh nak pilih 1.Normal. Skrin jadi hitam. Apabila saya tutup komputer, mesej yang tertera tidak terpadam seperti yang sepatutnya."You can switch off your computer now !". Mesej tersebut tidak terpadam selama beberapa minit. Jadi saya tutup suis kotak(suis utama). Apa yang patut saya buat selain hantar ke kedai ? Kalau boleh saya nak cuba baiki sendiri.

Wan Muhammad Faiz. Kg. Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu



Wa’alaikumussalam. Apa yang saudara hadapi adalah simptom-simptom daripada masalah sebenar yang dihadapi. Banyak perkara perlu dilihat. Sebelum saya memberi beberapa panduan secara teknikal dengan simptom-simptom yang dihadapi, perlu diketahui bahawa masalah tersebut perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

Proses untuk mengenal pasti masalah komputer ini ada beberapa peringkat atau lapisan iaitu:-

  1. Perisian.
  2. Sistem pengoperasian.
  3. Sistem BIOS (Basic Input Output System).
  4. Perkakasan.

Jadi, diperingkat permulaan berkemungkinan ada masalah dari segi perkakasan kerana saya andaikan komputer saudara sudah terlalu lama disebabkan penggunaan Windows ME yang sudah tidak disokong oleh pihak Microsoft pada masa kini. Namun begitu ia tidak mustahil berpunca daripada masalah perisian, sistem BIOS atau sistem pengoperasian Windows.

Saudara juga boleh pergi ke Control Panel > System > Advance > Start Up and Recovery > Settings. Pada ruangan System Failure, kosongkan kotak bagi pilihan Automatically restart. Ini adalah untuk mengelakkan system Windows daripada berulang kali memulakan semula program Windows setiap kali ia dibuka.


Seterusnya untuk melihat masalah yang dihadapi kenapa sistem Windows kerap kali membuka semula atau restart programnya, sila ke My Computer > Manage > Computer Management > Event Viewer > System. Sila lihat pada simbol pangkah berwarna merah kenapa sistem Windows komputer tersebut bermasalah.


Di sini disenaraikan beberapa punca yang menyebabkan komputer saudara bermasalah dan mempunyai simptom seperti yang dinyatakan iaitu:-

  1. Masalah virus komputer seperti lsass.exe. Jadi imbas komputer anda dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini.

  1. Masalah perisian pemacu perkakasan yang dipasang bermasalah. Sila semak di My Computer > Properties > Hardware > Device Manager. Sekiranya ada yang bermasalah, sila buang dan pasang semula program pemacu tersebut.

  1. Masalah pemasangan kad paparan atau kad bunyi pada komputer atau slot kadnya bermasalah.

  1. Masalah konfigurasi paparan dalam Windows seperti resolusi yang tidak sesuai dan sebagainya.

  1. Masalah konfigurasi pada BIOS bagi kad paparan atau kad bunyi. Ini kerana kebanyakan papan utama atau motherboard pada masa kini mempunyai kad paparan dan bunyi yang terbina di dalamnya. Jadi, ia perlu dinyah aktifkan terlebih dahulu sekiranya mahu memasang kad paparan atau kad bunyi yang lain. Ia boleh dikonfigurasi pada jumper atau BIOS.

  1. Komponen memori RAM bermasalah atau slotnya yang digunakan bermasalah. Laksanakan pengujian terhadap RAM dengan program komputer yang tertentu. Terdapat program berasaskan sumber terbuka seperti memtest86+ yang boleh dimuat turun di http://www.memtest.org.

  1. Masalah kepanasan yang melampau pada CPU. Sila semak perbincangan sebelum ini.

  1. Masalah bekalan kuasa. Ia perlu diganti dengan yang baru sekiranya bermasalah atau sudah terlalu lama digunakan.

  1. Masalah pada papan utama. Ia perlu diganti dengan yang baru sekiranya bermasalah atau sudah terlalu lama digunakan.

Sekiranya masalah tersebut berpunca daripada perisian atau sistem penggoperasian Windows, lakukan penyelenggaraan terhadap sistem pengoperasian Windows. Seterusnya, lakukan langkah-langkah pembaikan semula Windows dengan menggunakan program baik pulih Windows, konfigurasi semula sistem Registry dan sebagainya. Sekiranya bermasalah juga, buat salinan data ke tempat lain. Format cakera keras dan pasang semula sistem pengoperasian Windows.

Sekiranya masalah tersebut berpunca daripada perkakasan, komponen-komponen komputer tersebut perlu digantikan dengan yang baru. Cara untuk mengenal pastinya, boleh menggunakan program-program komputer tertentu, menggunakan alat pengesan arus elektrik dan kaedah cuba jaya. Kaedah cuba jaya ini kita uji komponen-komponen tersebut dengan cara memasangnya pada komputer lain atau pasang tanggal pada komputer yang sedia ada.

Thursday, April 21, 2011

Awas Pemilik iPhone, Anda diperhatikan

Pengkaji IT dapati terdapat satu fail namanya consolidated.db dalam Apple iOS yang boleh menjejak telefon anda dan memperolehi maklumat anda berada di mana.

Ia berupaya menyimpan jejak-jejak anda dan pergerakkan anda di mana-mana.

Untuk apa? Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Tuesday, April 5, 2011

Tiada Yang Sempurna: NASA

NASA atau National Aeronautics and Space Administration merupakan satu agensi yang sangat kritikal dan menjadi keutamaan penting bagi negara US malah dunia.


Baru-baru ini satu audit keselamatan rangkaian komputer telah dibuat di NASA dan didapati terdapat banyak kelemahan dalam infrastruktur teknologi maklumatnya. Antaranya adalah sistem komputer pelayan yang lemah yang membolehkan para penggodam mengawal komputer tersebut dari jarak jauh dan seterusnya melumpuhkan atau menganggu sistem di angkasa lepas.

Selain daripada itu, didapati juga kata laluan dan kekunci enkripsi yang tidak dilindungi keselamatannya.

Ini merupakan satu organisasi yang canggih dalam teknologi maklumat pun bermasalah dalam keselamatannya. Bagaimana pula dengan organisasi kita atau komputer kita di rumah?