Wednesday, May 25, 2011

Video pada Linux

Perisian video pada Linux

1) Pitivi
2) Kiro
3) Avidemux2

Thursday, May 19, 2011

Al-Quran Menerangkan Komunikasi Tanpa Wayar

Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com
Pengenalan
Kita selalu mendengar tentang “Al-Quran dan Sains”, tapi pernahkah anda dengar tentang “Al-Quran dan ICT”? ICT atau Information Technology Technology memang dijelaskan dengan mendalam di dalam Al-Quran. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang teknologi ICT atau konsep ICT seperti dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11. Sebanyak 11 ayat diturunkan sekali gus dan berturut-turut yang menjelaskan tentang komunikasi tanpa wayar (wireless communication). Tentu anda kehairanan!Malah yang paling hebat yang akan menjadi “breakthrought” dan merubah sistem komunikasi dan “pergerakkan” manusia ialah apabila Al-Quran menjelaskan otak manusia (mungkin juga segala benda yang hidup) dan sel-sel badan berkomunikasi secara “ghaib” dengan menggunakan kuasa tenaga elektro-magnetik! Penemuan terbaru ini adalah amat penting dan seharusnya difahami dan diambil berat oleh semua umat Islam terutama alim-ulama, para pengamal perubatan, pakar saikologi, para pendidik, Saintis dan ICTis. Ianya penting sebab ini adalah hukum Allah dan mempunyai kesan yang amat besar.Sekarang mari kita melihat secara ringkas bagaimana Al-Quran menjelaskan komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan elektro-magnet ini.
Al-Quran mengajar manusia bagaimana komunikasi tanpa wayar dengan memberi tahu manusia bahawa elektron boleh digerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dan juga medan magnet (51:1). Tenaga ini boleh dimuatkan atau dikodkan untuk membawa data (51:2). Kemudian tenaga yang berisi data ini boleh luncurkan (dipancarkan) ke angkasa (51:3). Akhir sekali tenaga ini boleh dikumpulkan dan bahagi-bahagikan dengan menggunakan program (51:4).
Az-Zaariyat 51:1-4 Menejelaskan Komunikasi Tanpa Wayar
Marilah kita kaji dengan lebih terperinci. Di bawah ini adalah terjemahan di ambil dari kitab Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb sebagai rujukan dan renungan.Penjelasan ayat 51:1
Untuk peringkat permulaan ini saya akan menggunakan perkataan “gelombang mikro” dan “kuasa atau tenaga elektro magnet” secara bebas (quite loosely). Tidak dinafikan memang ada perbezaan di antara keduanya. Kita akan menyentuh perbezaan dan persamaannya nanti.Hari ini kita akan mengkaji ayat 1 yang bermakna “Demi Az-Zaariyat yang terbang selaju-lajunya”. Ayat ini bermula dengan ‘Wa’ apa yang dinamakan ‘wau sumpah’ yang bermakna ‘Demi’. Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu benda, ini bermakna benda itu (iaitu ‘Az-Zaariyat’) adalah satu ciptaanNya yang penting dan hebat, dan sangat berguna kepada manusia, dan amat merbahaya sekiranya disalah-guna.

Gambarajah 51: 1 menunjukkan tenaga foton atau gelombang-mikro yang dijana.

Perkataan Az-Zaariyat berasal dari perkataan ‘Zara’ yang bermakna tabur atau terbang. Dari segi nahu ‘Az-Zaariyat’ adalah pembuat/pelaku (ismul faa’il) yang membawa makna Penerbang atau Penabur.

Sementara Perkataan ‘Zarwa’ juga berasal dari perkataan yang sama iaitu ‘Zara’ tetapi dari segi nahu dipanggil ‘infinitif’ atau ‘masdar’ yang bermakna ‘Penerbangan’ atau ‘Penaburan’ tetapi apabila di ‘mansubkan’ ayat ‘Az-Zaariyati Zarwa’ ianya dipanggil (dari segi nahu) ‘al-maf-ul al-mutlaq’ atau absolute/cognate accusative yang membawa makna keadaan semula-jadi atau ‘nature’ yang menaburkan dengan sebanyak-banyaknya dan terbang selaju-lajunya.

Maka ayat 51:1 membawa makna “Demi Penerbang/Penabur yang Menabur sebanyak-banyak taburan yang terbang selaju-lajunya”

Elektron dan Foton
Perhatikan baik-baik. Ada “dua benda” yang hendak dijelaskan pada ayat ini. Satunya “Az-Zaariyat” kita labelkan dia sebagai “E dan kita namakan Elekron”, dan benda yang ke-dua ialah “Zarwa” kita labelkan sebagai “F dan kita namakan foton”. Dengan kata lain, pada ayat 51:1 ini Al-Quran menjelaskan satu hukum atau teori di mana apabila “E” terbang ianya akan menaburkan (mengeluarkan) “F”. Dan sifat “F” ialah satu taburan yang amat banyak dan “F” juga terbang pada kelajuan yang tersangat laju.Cuba lihat betapa pentingnya peranan nahu dan bahasa arab, dan betapa pentingnya kita mengkaji dari sumber asal Al-Quran (orignal source) iaitu mengkaji ayat-ayat dalam bahasa arab (bukannya dari sumber terjemahan). Sekiranya kita hanya mengkaji dari sumber terjemahan yang ada sekarang kita tidak akan nampak makna (bahasa) yang sebenarnya. Sebab “Demi Penerbang yang terbang selaju-lajunya” akan difahami haya satu perkara sahaja iaitu “Penerbang” atau “E” (dalam contoh kita tadi). Sedangkan yang lagi penting ialah “F” yang terselindung di sebalik nahu/grammer (dan memang susah untuk diterjemah secara bahasa atau literal atau lafziyah).Apabila saya katakan “terselindung” di sini bukannya bermakna saya membuat “takwil” atau agak-agak sahaja. Allah SWT melarang sama sekali manusia mengkaji dan menafsir ayat Al-Quran (yang mutashabihat) secara “Takwil” seperti kita takwil mimpi tanpa asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan mendalam. Apa yang saya maksudkan “terselindung” di sini ialah maknanya memang wujud, ada dan jelas pada ayat tersebut tetapi kita tidak nampak sebab ianya terselindung disebalik nahu bahasa arab. Sesiapa yang faham nahu maka dia akan nampak, dan sesiapa yang tidak faham nahu dia tidak akan nampak makna sebenar.
Kaji Ikut Sains
Mari kita kaji dari segi Sains dan ICT. Benda yang bergerak paling laju (yang diketahui manusia) ialah cahaya iaitu pada kelajuan kira-kira 300,000km/saat (dalam vokum). Secara rengkasnya, cahaya adalah merupakan tenaga foton. Tenaga foton ini pula terhasil apabila elektron terbang ‘melompat keluar’ dari orbit tenaganya. Apabila elektron melompat keluar ianya akan melapaskan tenaga dan menaburkan berbilion-bilion tenaga foton yang terbang pada kelajuan yang teramat sangat.Sekarang mungkin kita sudah mula ada sedikit gambaran dalam kepala akan makna atau tafsir ayat 51:1 ini. Kita mungkin boleh bayangkan sebiji bola apabila ditendang bola itu akan terbang ke udara, dan sambil terbang akan tersembur keluar bola-bola halus dari badan bola itu.Yang perlu kita fahami pada ayat ini ialah ada DUA benda penting iaitu “E” (bola) dan “F” (bebola halus). Dua benda ini ialah “E” (elektron) tenaga elektrik, dan “F” (foton) iaitu yang akan menghasilkan tenaga magnet dan cahaya. Tenaga elektrik boleh mengalir pada logam seperti besi, dan tidak boleh mengalir pada penebat seperti plastik dan kayu. Tetapi daya magnet boleh mengalir di mana sahaja. Cuba gerakkan magnet di bawah meja dan lihat pin-klip di atas meja bergerak mengikut magnet.Apabila ditafsir secara Sains dan ICT, ayat 51:1 ini bermakna Allah SWT bersumpah dengan “Az-Zaariyat” iaitu satu benda ghaib (yang memang wujud dan boleh dikesan kewujudannya dengan pelbagai peralatan) tetapi tidak dapat dilihat oleh mata manusia dan tidak boleh dikesan oleh deria “manusia biasa”. Benda “Az-Zaariyat” ini apabila terbang akan menghasil atau mengeluarkan satu tenaga lain yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia biasa. Kedua-dua benda ini (dari segi sains) merujuk kepada tenaga elektro-magnet atau gelombang mikro yang terhasil apabila elektron melompat keluar orbitnya.

Untuk memahami ilmu abstrak atau ghaib ini memang agak sukar sebab kita tidak dapat gambarkan dalam kepala kita. Terdapat beberapa website di internet yang agak menarik yang munfkin dapat membantu anda memahami tentang elektron, foton, dan gelombang mikro seperti www.howstuffworks.com, www.colorado.edu/physics, dan sebagaimya.

Kesimpulan
Al-Quran menjelaskan beberapa hukum dan teori yang hebat pada surah Az-Zaariyat ayat 1-11. Allah SWT menjelaskan beberapa hukum dan teori yang amat penting, amat berguna dan juga amat besar kesannya kepada manusia.

Pada ayat pertama (51:1), Allah menjelaskan tentang satu kuasa ghaib yang terbang dan menaburkan satu kuasa atau tenaga ghaib yang lain. Apabila dikaji dari segi ICT dan Sains, ianya mungkin merujuk kepada pergerakkan elektron yang melompat keluar dari orbit tenaganya dan melepas satu tenaga iaitu tenaga foton yang bertabur sebanyak-banyaknya dan yang terbang selaju-lajunya.

Insyaallah pada siri berikutnya kita akan melihat bagaimana Al-Quran menjelaskan tenaga ini boleh dimuatkan dengan data (51:2), dan seterusnya ianya boleh dipancarkan dengan mudah (51:3), dan kemudian data-data boleh dikumpul dan disebar dengan menggunakan program (51:4).
Wallahu A’lam

Tuesday, May 10, 2011

Penarafan universiti pincang

Oleh Nazmi Yaakub

2011/05/10

Ketidakseimbangan kuantitatif berbanding kualitatif jejas mutu

PENARAFAN institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut membabitkan budaya ilmu tidak boleh mengikuti sistem nilai dan kaedah dari Barat semata-mata, sebaliknya perlu menggunakan pandangan alam Islam dan mengambil kira keperluan setempat.
Tidak hairanlah keghairahan sebahagian universiti di negara ini dengan penarafan dari kaca mata Barat ditempelak pada Forum Penarafan Universiti: Hanya Beban Pengurusan? di Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Malah, sistem penarafan universiti dunia yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) dan QS World University Rankings (QS) turut dianggap menggunakan neraca yang tidak stabil dan kayu ukur yang berubah-ubah.

Meskipun kesan positif penarafan dapat meningkatkan kualiti kerja dan memperbanyakkan penerbitan, Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail menganggap ia tidak mengambil kira falsafah pendidikan yang sebenar.

“Ia semata-mata mengejar tuntutan globalisasi tanpa mengira destinasi, tujuan dan paradigma yang berbeza antara Barat dengan Timur. Kita memang mahukan teknologi sebaik Amerika Syarikat (AS), tetapi kita mahu membina tamadun yang berasaskan nilai sendiri,” katanya pada forum yang dipengerusikan personaliti RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Dr Mat Rofa yakin bahawa penarafan hanya mengkaji aspek kuantitatif semata-mata, sedangkan Falsafah Pendidikan Negara mahu melahirkan pelajar yang bersepadu daripada aspek intelek, jasmani dan rohani.
“Memang teknologi AS berjaya melepasi angkasa raya, tetapi nilai kemanusiaan mereka jatuh sehina-hinanya dan jauh berbeza daripada falsafah pendidikan negara kita. Kita bermula dengan ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu’, iaitu pembacaan, kajian dan analisis ilmu untuk mengenal kebenaran,” katanya pada forum anjuran Unit Syubban, Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Beliau berkata, penarafan yang hanya mengambil kira kuantitatif adalah tindakan memperdagangkan ilmu yang akhirnya membentuk kuantiti pelajar yang besar, tetapi kosong jiwanya.

“Ini kerana matlamat dan metodologi universiti meletakkan ilmu setaraf dengan produk kilang serta melatih pelajar untuk menjadi robot. Kita sewajarnya membezakan antara sistem nilai dengan teknologi kerana matlamat pendidikan adalah mengiktiraf keagungan Tuhan,” katanya.

Dr Mat Rofa mengakui teknologi dari Barat boleh diambil, tetapi dengan syarat sistem nilai yang ada di Barat perlu diubah mengikut paradigma dan roh kita sebagai Muslim, sekali gus menapis ilmu yang dibawa pulang.

Pandangan Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom, tidak kurang menarik apabila beliau menganggap keghairahan mengejar penarafan boleh mendorong kepada manipulasi kaedah penilaian tanpa memperbaiki kualiti universiti.

“Universiti menggunakan penarafan sebagai asas untuk mencari kualiti sedangkan penarafan sebenarnya bukan matlamat kepada penubuhannya.

“Senario semasa menunjukkan kriteria penilaian dalam penarafan itu dijadikan metode untuk memperbaiki mutu universiti dengan menganggap kenaikan dalam kedudukannya dapat mempertingkatkan kualiti,” katanya.

Dr Azmi memberikan contoh kriteria bilangan pelajar antarabangsa boleh dimanipulasi dengan menarik seberapa ramai pelajar dan kakitangan asing tanpa mempedulikan latar mereka.

“Saya suka pelajar dari luar yang boleh memberikan pandangan dan pendapat lain serta memperluaskan pemikiran kita, tetapi ada sebabnya pelajar asing memilih universiti di negara ini, iaitu pendidikan yang baik.

“Hal ini perlu dibina secara natural sehingga mereka sendiri memilih universiti kita kerana pendidikan serta kita pula menyaring mereka untuk mendapatkan pelajar yang berkelayakan,” katanya.

Dalam konteks jurnal ISI, beliau menganggap sesuatu jurnal dipilih bukan kerana isi kandungannya, sebaliknya kualiti editorial termasuk ketepatan masa terbitan.

Pandangan itu diperakukan Pensyarah Fakulti Perubatan UM, Prof Dr Kamaruddin Mohd Yusoff yang menolak sistem penarafan universiti dari luar negara yang tidak menilai secara menyeluruh, sebaliknya hanya melihat aspek teknikal seperti jumlah penerbitan jurnal dan kertas kerja.

Bagaimanapun, beliau mengakui keperluan penarafan untuk menggalakkan universiti bersaing secara akademik, sekali gus menyarankan penarafan dibuat dalam negara dengan kriteria penilaian ditentukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN).

“Adalah mustahil untuk membandingkan universiti di seluruh dunia seperti UM dengan 27,000 pelajar yang majoriti ijazah pertama dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT) dengan 10,000 pelajar yang kebanyakannya sarjana.

“Dengan jumlah 6,000 pelajar sarjana di MIT, tidak mustahil untuk institusi itu mengeluarkan lebih banyak kertas kerja dan tesis, manakala sebahagian IPT yang lain pula adalah universiti teknikal,” katanya.

Dengan melihat UM, Prof Dr Kamaruddin berkata, IPT itu memiliki semua fakulti termasuk Akademi Pengajian Islam (API) yang tidak banyak mengeluarkan jurnal dalam ISI kerana mereka menerbitkannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.

“Kita tidak menolak kuantitatif kerana ia melekat kepada kualitatif seperti roh bersatu pada jasad, tetapi tidak boleh hanya mengangkat kuantitatif. Sekiranya pengukuran universiti hanya berdasarkan penarafan, bagaimana kita menilai ilmu yang dibina ulama dan ilmuwan silam,” katanya.

Beliau memberi contoh kedudukan Universiti al-Azhar yang tidak termasuk dalam senarai penarafan itu, tetapi pengiktirafan terhadap institusi terbabit terjelma melalui penghormatan dan nilai intelektual pensyarahnya.

“Apabila kita menjadi ahli ekonomi yang menjual ilmu dan membentuk pelajar secara kuantitatif, tidak hairanlah pelajar yang memperoleh CGPA 4 apabila menjadi jurutera yang membina jambatan dan hospital, binaan itu runtuh,” ujarnya.


Thursday, May 5, 2011

Aplikasi Pelayan Berasaskan Sumber Terbuka

1. Sistem Pengoperasian (OS)

Sistem Pengoperasian CentOS yang berasaskan kepada Linux. Ia di bina daripada pakej Red Hat Enterprise Linux.

http://www.centos.org

2. Sistem Aplikasi Pengesahan Pengguna

Dalam OS yang berasaskan sumber terbuka tiada aplikasi ACTIVE DIRECTORY untuk pengesahan para pengguna dalam satu rangkaian. Namun begitu bagi menguruskan para pengguna dan direktori faill dalam rangkaian, Linux mempunya aplikasi yang dikenali sebagai LDAP.

http://www.openldap.org

Ianya sangat mudah digunakan seperti juga Acitve directory.


3. Sistem Aplikasi DNS

Terdapat aplikasi BIND yang boleh digunakan untuk tujuan sistem penamaan domain atau DNS.

http://www.isc.org/software/bind

Pemasangannya sangat mudah dengan hanya 6 langkah utama sahaja.

4. Pelayan Web

Bagi sistem pengoperasian Linux, pelayan web yang stabil dan mudah digunakan adalah Apache. Malah ia mempunyai pakej Apache, PHP dan MySQL dalam satu aplikasi yang dikenali sebagai LAMP.

http://www.apache.org/

5. Pelayan E-mel

Di peringkat awal aplikasi sendmail digunakan dengan luas dalam OS linux. Kini, terdapat aplikasi e-mel yang lebih mudah dan stabil yang dikenali sebagai postfix.

http://www.postfix.org/

6. Pelayan Groupware

Bagi menggantikan aplikasi Microsoft Exchange untuk aplikasi kerja berkumpulan, terdapat pelbagai aplikasi sumber terbuka yang sebanding dengannya seperti Zimbra, EGroupware dan Open X Change.

http://www.zimbra.com/

http://www.egroupware.org/

http://oxpedia.org/index.php?title=Main_Page_CE#quickinstall

7. Pelayan DHCP

Dalam OS CentOS sudah ada aplikasi DHCP dipasang secara lalai. Iaitu failnya boleh diperolehi di etc/dhcpd.conf. Ia memudahkan untuk kita mengurusa nod-nod dalam rangkaian yang kompleks.

8. Pelayan Fail

Bagi aplikasi berasaskan sumber terbuka untuk pelayan fail bagi perkongsian fail dalam rangkaian komputer, aplikasi Samba adalah pilihan yang tepat.

http://www.samba.org/

Ini adalah alternatif kepada sistem pelayan Windows bagi mahukan yang percuma dan berasaskan sumber terbuka. Namun begitu ia memerlukan konfigurasi dan pemasangan yang mantap dan berhati-hati.







Wednesday, May 4, 2011

Lima Asas Selenggara Windows Anda

Penyelenggaraan yang teratur berupaya untuk mengelakan perkara yang tidak elok berlaku atau pun dapat meminimakan risiko berlakunya sesuatu kejadian yang tidak elok.

Begitu juga dengan komputer, perlu dilakukan penyelenggaraan yang teratur dan baik. Ia bukan sahaja berupaya untuk mengelakan berlakunya masalah kepada komputer tetapi dapat meningkatkan prestasi pacuan komputer tersebut dalam kita melakukan kerja-kerja.

Sekurang-kurang ada lima perkara yang perlu kita sentiasa lakukan kepada komputer untuk membantu melicinkan lagi perjalanan sesebuah komputer. Antaranya adalah:-

1. Sentiasa kemas kini fail difinasi atau enjin imbasan perisian anti-virus atau anti-malware.

2. Kemas kini Program Registry pada sistem Windows komputer.

3. Buangkan segala fail sementara Internet atau Temporary Internet Files.

4. Lakukan Defragment pada pemacu-pemacu dalam cakera keras.

5. Laksanakan Disk Check pada cakera keras.

Itulah lima perkara yang boleh kita lakukan pada komputer. Sebagai umat Islam kita diwajibkan solat Lima waktu sebagai selenggara rohani dan jasmani tubuh kita.

Tuesday, May 3, 2011

Antara kata-kaat iblis kepada syaitan-syaitan

Si iblis akan memakaikan mahkota kepada syaitan2 yang berjaya menggoda orang-orang Islam.

Ada syaitan datang berkata dia sudah berjaya memutuskan perhubungan seseorang manusia. Iblis berkata ia masih belum berjaya kerana ia akan boleh berhubung semula.

Ada yang mengatakan aku berjaya menceraikan suami isteri. Iblis mengatakan ia akan rujuk semula.

Ada syaitan mengatakan aku berjaya membuatkan mereka minum arak. Ini yang aku mahu kata iblis.

Ada syaitan mengatakan aku berjaya membuatkan mereka berzina. Ini yang aku mahu kata iblis.

Ada syaitan mengatakan aku berjaya membuatkan mereka membunuh orang. Ini yang aku mahu kata iblis.

Semoga Allah Taala merahmati dan meredhai kita semua. Amin.