Thursday, July 14, 2011

Penyelidikkan AVAST

Daripada penyelidikan daripada pihak AVAST, ramai pengguna komputer masih menggunakan perisian Acrobat Reader versi lama.

Acrobat Reader versi lama ini mempunyai banyak masalah keselamatan dan bug. Ia boleh diekploitasi oleh pihak penggodam untuk menceroboh komputer anda.

Sila nak taraf perisian Adobe Acrobat Reader anda di laman web mereka.

Wednesday, July 6, 2011

Google Plus: Lebih Mudah dan Bermanfaat?

Pihak Google telah menghasilkan laman web sosial versinya yang dikenali sebagai Google Plus.

Mereka akui ia lebih selamat berbanding laman web sosial lain dari segi perkongsian fail dengan rakan-rakan sosial dan keluarga yang dikenali sahaja.

Di antara kelebihan yang akan ditampilkan adalah seperti berikut:-

1. Sembang video secara berkumpulan dengan rakan-rakan tertentu.

2. Integrasi dan naik taraf aplikasi-aplikasi dalam Google App dan mempermudahkan
penggunaannya seperti Gmail, Google Docs, Picasa, Flikr, Calender dan sebagainya.

3. Penyediaan laman kumpulan atau Pages lebih cepat berbanding Facebook.

4. Pengurusan Contact atau informasi hubungan dengan lebih cekap, berkesan dan mudah.

Selamat berlaman web sosial dengan penuh bertanggung jawab.

Tuesday, July 5, 2011

TDL-4

As salam,

Ini bukan nama sejenis bom atau pun nama bagi sebuah peralatan ketenteraan atau pun jet pejuang.

Ia adalah sejenis nama bagi satu jenis Malware yang dikatakan paling bahaya setakat ini.

Ia lahir daripada keluarga malware kategori TDSS rookit.

Pihak penyelidik dan penganalisa keselamatan siber mengatakan ia bahaya dengan bersifat indestructible iaitu ia tidak dapat dimusnahkan.

Namun begitu, pihak Kapersky Lab mengatakan ia boleh dikesan dan dimusnahkan dengan program TDSS Killer mereka yang telah dikemaskini.

Program Malware ini akan disertakan dalam program Scareware dan disebarkan ke merata dalam siber dengan program Malware Affiliate Marketing.

Jadi, sentiasalah berwaspada bila berada di dunia siber. Kemas kini program antivirus dan OS anda. Sentiasa lakukan pengimbasan keselamatan kepada komputer anda.