Monday, May 3, 2010

Pengalamatan IP : Pengenalan Diri di Internet

Pengalamatan IP : Pengenalan Diri di Internet

oleh : Firkhan Ali Bin Hamid Ali

Setiap manusia di dunia ini mempunyai pengenalan diri masing-masing seperti nama dan kad pengenalan. Begitu juga dengan rumah-rumah kediaman, pejabat-pejabat, kereta-kereta dan sebagainya. Ia memudahkan berlakunya proses komunikasi dan pengurusan di antara objek-objek tersebut.

Dalam dunia komputer juga tidak terkecuali sekiranya ia melibatkan perangkaian di antara satu dengan yang lain.

Terdapat empat jenis alamat pengkomputeran yang dikenali sebagai pengalamatan fizikal, pengalamatan logikal, pengalamatan port dan pengalamatan spesifik yang mengikut jenis aplikasi rangkaian.

Di Internet atau rangkaian komputer awam, setiap peralatan komputer mengenali di antara satu sama lain dengan pengalamatan logikal yang dikenali sebagai pengalamatan IP atau Internet Protocol.

Alamat IP ini berdasarkan kepada protokol rangkaian yang digunakan oleh Internet iaitu protokol TCP/IP.

Jadi, apabila sesebuah komputer atau telefon pintar dapat melayari Internet, satu alamat IP akan diberikan oleh pembekal perkhidmatan Internet seperti TM, Celcom dan sebagainya kepada komputer atau telefon pintar yang digunakan.

Alamat IP ini akan diberikan secara tetap atau berubah-ubah mengikut setiap kali sambungan dibuat ke Internet daripada sesebuah komputer. Ia juga bergantung kepada pakej langganan perkhidmatan Internet yang disediakan oleh pihak syarikat pembekal perkhidmatan Internet sesebuah negara.

Jadi, alamat IP itu berupaya digunakan untuk mengesan sesebuah komputer sekiranya ada keperluan seperti mana yang berlaku suatu ketika dahulu untuk mengesan pencipta dan penyebar virus komputer Love Letter yang berasal daripada Filipina atau individu-individu yang menggunakan komputer dan Internet untuk menghina seseorang di Malaysia menerusi laman web dan sebagainya.

Struktur alamat IP ini ada dua jenis iaitu IPv4 yang mendominasi pasaran Internet dan IPv6 yang baru hendak meluaskan pasaran penggunaannya di Internet.

Alamat IPv4 ditulis dengan satu jujukan yang mengandungi empat nombor yang dipisahkan di antara setiap satunya dengan satu titik seperti berikut:-

10.1.1.1

Setiap nombor tersebut mewakili lapan nombor binari 1 atau 0. Jadi, nombor disetiap tersebut akan berada dalam julat 0 – 255 nombor persepuluh. Saiz bagi setiap alamat IPv4 ini adalah lapan bit didarab dengan empat bahagian yang bersamaan dengan 32 bit. Jumlah alamat IPv4 ini pula adalah 2 kuasa 32 yang bersamaan dengan lebih kurang empat juta alamat IP.

Tidak kesemua alamat-alamat yang ada dalam alamat IPv4 boleh dipakai untuk penggunaan host atau nod di Internet. Ini kerana ada alamat-alamat yang sudah disimpan untuk tujuan tertentu seperti 10.X.X.X yang disimpan khas untuk nod-nod yang digunakan dalam rangkaian secara dalaman, 127.0.0.1 juga disimpan untuk tujuan pengujian dalaman kad antara muka rangkaian dan sebagainya.

Alamat IPv6 pula diguna pakai kerana ia dibina dengan aspek protokol keselamatan dan jumlah alamatnya yang sangat banyak.

Saiz alamat IPv6 adalah bersamaan dengan 128 bit. Jumlah alamat yang dihasilkan adalah lebih banyak berbanding dengan alamat IPv4 iaitu lebih kurang 3.4 X 1038 alamat IP. Menurut APNIC, di antara organisasi yang menguruskan pengalamatan IP ini, alamat IPv4 sudah tinggal tidak lebih daripada 20% ketika ini yakni tahun 2010.

Dari segi keselamatan, dalam pengalamatan IPv4 secara biasanya, data-data tidak dienkripkan dalam rangkaian yang mana-mana sekiranya data-data itu berjaya diceroboh, data-data adalah dalam bentuk asal dan jelas.

Dalam IPv6 pula, data-data tersebut akan dienkripkan dan sekiranya data-data tersebut berjaya diperolehi, data-data tersebut adalah dalam bentuk yang tidak jelas atau enkrip.

Alamat IPv6 ditulis dalam bentuk format hexadesimal iaitu 16 bit setiap bahagian yang dipisahkan dengan kolon seperti berikut:-

2001:1b20:302:442a:110:2fea:a

Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis alamat IP ini menggunakan protokol rangkaian TCP/IP bagi membolehkan ianya beroperasi di persekitaran rangkaian komputer dan Internet.


Internet merupakan satu alat dalam teknologi maklumat yang sangat bermanfaat bukan sahaja di dalam pencarian maklumat tetapi lebih daripada itu seperti semakkan saman, semakkan permohonan tertentu, perbankan Internet, komunikasi dan sebagainya.

Penggunaan Internet boleh menjadi suatu kebaikkan atau keburukkan kepada seseorang. Namun begitu, sekiranya perkara-perkara yang tidak sesuai digunakan dalam persekitaran Internet, ingatlah bahawa alat yang digunakan untul melayari Internet sama ada komputer, komputer riba, telefon pintar dan lain-lain akan mendapat satu pengenalan diri untuk alat tersebut di Internet iaitu alamat IP.

Alamat IP ini boleh dijejaki untuk dikenal pasti siapa yang empunya atau yang menggunakan alat tersebut. Gunalah sesuatu kemudahan itu untuk manfaat yang baik kepada diri dan masyarakat dan jangan di ambil kesempatan yang tidak baik ke atasnya.

Friday, April 23, 2010

Taskirah Jumaat 1 : Antara Dua Darjat

Salam Jumaat semua,


Di sini dibicarakan berkenaan dengan soal anak perempuan yang sudah dewasa.

Hak dan kebebasan mereka ada dua acuan di sini iaitu mengikut undang-undang sivil atau undang-undang Islam.

Ini adalah untuk anak perempuan yang belum berkahwin kerana sudah jelas dalam perkahwinan, beliau perlu mentaati suami selagi tidak menduakan atau melanggar perintah Allah Taala.

Mengikut undang-undang sivil, apabila si anak itu sudah sampai pada umur tertentu, ia sudah bebas daripada ibu bapa dalam membuat keputusan dan sebagainya. Tak silap kalau di Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Bagaimana hak ibu bapa dalam untuk mendidik anak-anak mereka agar berakhlak mulia?

Namun begitu dalam Islam, anak dara atau anak-anak perempuan selagi mana ia belum dalam ikatan perkahwinan, adalah menjadi hak kepada ibu dan bapa menjaganya termasuklah soal dalam akhlak untuk ketaatan kepada Allah walaupun si anak itu berjawatan menteri atau sudah lanjut umurnya menjangkai lebih 60 an.

Sekiranya berlaku apa-apa yang tidak baik atau tidak berakhlak, ibu bapa lah yang akan dipertanggung jawabkan nanti kerana mereka masih lagi dalam kawalan ibu bapa. Kawalan di sini tidak bermaksud mengongkong tetapi memastikan ia sentiasa dalam keadaan mentaati Allah Taala. Bahkan makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya juga menjadi tanggung jawab ibu dan bapa.

Disebabkan oleh ada dua jenis fahaman yang berbeza ini, kadang kala ibu bapa Islam tidak boleh buat apa-apa terhadap anak-anak perempuan mereka yang engkar di sebabkan oleh batasan ini.

Ibu bapa Islam marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita agar berakhlak mulia dan mentaati Allah Taala.

Anak-anak Islam sekalian taatlah pada Ibu Bapa selama mana tidak melanggar perintah Allah Taala dan sekiranya ada masalah layanilah mereka dengan amat baik kerana di situ terletak kunci untuk ke syurga.

Para-para ilmuan, pakar perundangan dan penguatkuasa serta ahli-ahli parlimen perlu melihat kontradiksi perkara ini agar Islam itu dapat diamalkan dengan bijaksana menuruti kandungan-kandungannya yang amat bestari.

Semoga Allah Taala merahmati kita, keluarga kita , masyarakat kita dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau mati.

Wednesday, April 21, 2010

Panduan Implementasi Pengkomputeran Awanan dengan Baik

Pengkomputeran awanan ? Kalau dulu awanan atau cloud akan merujuk pada Internet. Namun yang ini adalah berkenaan dengan infrastruktur IT yang kita boleh beli di mana-mana menerusi web mengikut keperluan seperti dengan Microsoft, Google dan sebagainya.

Implementasinya terdapat dua isu utama iaitu keselamatan dan privasi kerana data-data kita tidak diketahui berada di mana dan siapa yang akan akses kepadanya kerana platfom atau infrastrukturnya disediakan oleh pihak ketiga yang mempunyai rangkaian infrastruktur IT yang luas menjangkaui batasan negara.

Namun begitu ada beberapa perkara yang boleh kita renungi bersama sekiranya untuk menjalankan pengkomputeran awanan ini atau cloud computing.


1. Mengetahui Lokasi Infrastruktur Penyedia Perkhidmatan Pengkomputeran Awanan ini.

Ini penting untuk memastikan data-data perniagaan anda dilindungi dari segi undang-undang dan teknikal. Memudahkan untuk membuat satu sistem perancangan kesinambungan bisnes atau recovery terhadap data-data bisnes yang disimpan.


2. Undang-undang Perampasan dan Pencarian Maklumat

Dalam pengkomputeran awanan data-data akan disimpan dalam infrastruktur yang melangkaui sempadan negara . Dengan itu, kita perlu tahu negara-negara tersebut dan undang-undang yang berkaitan agar tidak mengganggu gugat perjalanan bisnes kita terutama negara Amerika dan China yang jelasa sangat ketat dengan undang yang sebegitu.

3. Pastikan Lokasi Simpanan Data Anda di Negara yang Menggalakkan Aktiviti Bisnes

Ini penting dalam melancarkan aktiviti bisnes sesebuah organisasi. Tersilap pilih negara menyebabkan pelbagai jenis masalah dalam menjalankan bisnes terutama budaya yang berbeza dan sebagainya.


4. Selenggara Postur Keselamatan Aplikasi dan Data

Dalam persekitaran pengkomputeran awanan ini, strategi keselamatan sangat penting untuk sistem pengoperasian, aplikasi dan data. Patuhi segala prosedur keselamatan seperti juga dengan infrastruktur IT yang biasa. Pastikan tiada ancaman dan kelemahan wujud dalam infrastruktur IT anda.


Kesimpulannya, untuk memastikan keempat-empat perkara ini diambil kira dalam implementasi pengkomputeran awanan, perbincangan dengan penyedia perkhidmatan ini sangat penting dan perlu dibuat dengan lebih telus dan terbuka. Perjanjian dan segala macam undang-undang perlu diambil maklum dan diperhalusi dengan lebih terperinci.