Friday, January 28, 2011

Thursday, January 27, 2011

Keselamatan Laman Sosial : Tunduk Dahulu Sebelum Terhantuk

Dewasa ini fenomena laman web sosial begitu hebat sekali melanda masyarakat kita. Malah ia bukan sahaja bertujuan sosial semata-mata malah menjadi alat untuk pemasaran, promosi, pengiklanan, pengurusan, dapatkan maklum balas dan sebagainya.

Ada laman web sosial yang bersifat umum dan ada yang bersifat peribadi. Laman web sosial yang bersifat peribadi biasanya mengakui ia hanyalah untuk menghubungkan komunikasi kita hanya dengan kawan-kawan dan saudara mara kita dan sebaliknya bagi laman web sosial yang bersifat umum.

Namun begitu, ia hanyalah sekadar akuan sahaja dan bersifat privasi lebih sedikit berbanding laman web sosial yang bersifat umum. Secara realitinya, apabila kawan-kawan kita berkembang dalam laman web sosial tersebut, sesiapa sahaja boleh dapatkan maklumat kita menerusinya dan berkawan dalam laman web sosial tersebut. Kadang kala, laman web sosial yang bersifat privasi katanya tersebut mencadangkan ahli-ahli dalam akaunnya yang kita tidak kenal.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam bersosial dalam laman web sosial walau pun ia akui ia adalah privasi. Pastikan maklumat-maklumat yang disalurkan menerusinya pada tahap yang minima sahaja.

Antara cadangan maklumat-maklumat yang tidak perlu kita salurkan kepada akaun laman web sosial kita demi untuk keselamatan diri dan keluarga adalah:-

1. Maklumat tarikh lahir diri dan ahli keluarga.
2. Maklumat status perhubungan.
3. Maklumat lokasi semasa kita berada.
4. Maklumat berkenaan dengan kita bersendirian di rumah.
5. Maklumat berkenaan dengan ahli-ahli keluarga terutama gambar-gambar
dan maklumat-
maklumat berkenaan anak-anak kita.


Perkara-perkara tersebut boleh mendedahkan maklumat tertentu kepada orang luar yang berniat jahat atau penjenayah. Ia akan menggunakan peluang untuk mendapatkan maklumat tersebut untuk membuat sesuatu yang tidak baik.

Gunalah laman web sosial dengan penuh berhati-hati dan menjaga maklumat privasi kita dan keluarga kita.

Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.

Monday, January 17, 2011

Buku Artikel dalam IT





Buku Himpunan artikel Teknologi Maklumat terbitan Penerbit UTHM berada di pasaran.

Semoga memberi manfaat kepada manusia sejagat. Amin

Tuesday, January 4, 2011

Agakkan Anjakan Teknologi Pengkomputeran di Tahun 2011

Tahun 2010 telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam perkembangan teknologi yang digunakan dalam pengkomputeran. Teknologi-teknologi yang baru diperkenalkan seperti pengkomputeran awanan , i-pad dan lain-lain berpotensi untuk dikembangkan dan bersama-sama membantu meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat.

Di sini disenaraikan lima jenis teknologi maklumat yang dijangka akan mendapat anjakan baru pada tahun 2011 ini. Antaranya adalah:-

1. Telefon Pintar dan I-Pad Sebagai Alat Perniagaan Sesebuah
Organisasi.


Perkembangan telefon pintar yang boleh menjadi alat komunikasi bersepadu dengan ada kemudahan telefon, e-mel, capaian internet dan sebagainya. Ia akan menjadi alat penting dalam pemasaran dan komunikasi untuk sesebuah syarikat terutama dengan teknologi yang diperkenalkan oleh Apple dan Android.

2. Teknologi Pengkomputeran Awanan.

Teknologi pengkomputeran awanan ini akan menjadikan pusat data atau komputer sesebuah organisasi menjadi lebih kecil dan mesra alam. Ia berupaya mengurangkan kos perbelanjaan operasi infrastruktur teknologi maklumat dan menjadikan infrastruktur teknologi maklumat digunakan dengan lebih cekap.

3. Penkomputeran Pengguna - Desktop Virtualization.

Dengan teknologi pengkomputeran awanan dan pemayaan, komputer peribadi yang digunakan di syarikat-syarikat akan ditukar ganti dengan komputer yang lebih mudah dan minima spesifikasinya kerana kapasiti perisian dan perkakasan dijalankan secara maya dan berpusat.

4. Kepenggunaan Ramai dalam Alat Teknologi Maklumat - IT Policy.

Ini bermakna industri teknologi maklumat akan menjadi satu industri yang berpotensi dan berpermintaan tinggi. Ini kerana alat-alat IT akan berupaya dimiliki oleh ramai orang. Ini akan menjadikan ramai pekerja lebih gemar untuk menggunakan komputer atau alat IT masing-masing dalam melakukan pekerjaan mereka. Dengan ini, jabatan IT perlu melihat bagaimana untuk melaksanakan polisi yang berkesan untuk menangani situasi ini.

5. Gabungan Aspek Perniagaan dengan Bidang Teknologi Maklumat.

Ini kerana setiap jabatan yang terlibat dengan urusan perniagaan bagi sesebuah organisasi akan melihat lebih jauh akan kepentingan aspek teknologi maklumat dalam urusan mereka. Ini akan menimbulkan permintaan untuk mereka memiliki aset dan pakar teknologi maklumat sendiri berbanding bergantung kepada jabatan teknologi maklumat.

Itulah gaya anjakaan baru dalam teknologi maklumat bagi tahun 2011. Ini berdasarkan kepada perkembangan perkara-perkara tersebut pada tahun 2010.