Thursday, January 27, 2011

Keselamatan Laman Sosial : Tunduk Dahulu Sebelum Terhantuk

Dewasa ini fenomena laman web sosial begitu hebat sekali melanda masyarakat kita. Malah ia bukan sahaja bertujuan sosial semata-mata malah menjadi alat untuk pemasaran, promosi, pengiklanan, pengurusan, dapatkan maklum balas dan sebagainya.

Ada laman web sosial yang bersifat umum dan ada yang bersifat peribadi. Laman web sosial yang bersifat peribadi biasanya mengakui ia hanyalah untuk menghubungkan komunikasi kita hanya dengan kawan-kawan dan saudara mara kita dan sebaliknya bagi laman web sosial yang bersifat umum.

Namun begitu, ia hanyalah sekadar akuan sahaja dan bersifat privasi lebih sedikit berbanding laman web sosial yang bersifat umum. Secara realitinya, apabila kawan-kawan kita berkembang dalam laman web sosial tersebut, sesiapa sahaja boleh dapatkan maklumat kita menerusinya dan berkawan dalam laman web sosial tersebut. Kadang kala, laman web sosial yang bersifat privasi katanya tersebut mencadangkan ahli-ahli dalam akaunnya yang kita tidak kenal.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam bersosial dalam laman web sosial walau pun ia akui ia adalah privasi. Pastikan maklumat-maklumat yang disalurkan menerusinya pada tahap yang minima sahaja.

Antara cadangan maklumat-maklumat yang tidak perlu kita salurkan kepada akaun laman web sosial kita demi untuk keselamatan diri dan keluarga adalah:-

1. Maklumat tarikh lahir diri dan ahli keluarga.
2. Maklumat status perhubungan.
3. Maklumat lokasi semasa kita berada.
4. Maklumat berkenaan dengan kita bersendirian di rumah.
5. Maklumat berkenaan dengan ahli-ahli keluarga terutama gambar-gambar
dan maklumat-
maklumat berkenaan anak-anak kita.


Perkara-perkara tersebut boleh mendedahkan maklumat tertentu kepada orang luar yang berniat jahat atau penjenayah. Ia akan menggunakan peluang untuk mendapatkan maklumat tersebut untuk membuat sesuatu yang tidak baik.

Gunalah laman web sosial dengan penuh berhati-hati dan menjaga maklumat privasi kita dan keluarga kita.

Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.

1 comment:

  1. Assalamualaikum encik, saya selalu nampak iklan di Internet dan pelbagai produk di Internet, tetapi secara jujurnya saya tidak yakin dengan ketelusan semua iklan itu. Saya juga tidak yakin untuk berususan secara online untuk membeli sesuatu barang kerana takut selepas bayar, duit lesap. Apakah tips untuk melakukan urusan jual beli di Internet dan cara untuk mengelak daripada ditipu? Jawapan daripada encik saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.