Wednesday, September 22, 2010

Tiada Rotan, Akar pun Berguna 1: Peralatan Penyelamat Komputer Anda

Hari ini komputer atau teknologi maklumat menjadi satu perkara yang amat penting dalam membuat apa-apa pekerjaan. Namun sekiranya masalah menimpa komputer kita, gelabah juga jadinya. Maklumlah banyak perkara dan urusan yang tersangkut.

Bagi memudahkan kerja, hantar sahaja ke kedai tetapi tidak tahulah berapa lama siapnya dan berapa pula harganya. Kalau kena pada harga dan servisnya, syukur tetapi kalau ditipunya.

Jadi, di sini ada beberapa program atau peralatan yang boleh kita gunakan terlebih dahulu bagi membaik pulih masalah-masalah yang dihadapi oleh komputer kita.

1. KNOPPIX

Ia adalah program berasaskan Linux yang mempunyai pelbagai program komputer untuk kita baiki atau kenal pasti masalah komputer. Ia boleh digunakan larian terus daripada CD dan gunakannya untuk pindah data ke tempat yang lain.

2. TRINITY RESCUE KIT

Program ini boleh dimasukkan dan dilarikan menerusi pemacu USB anda. Dengan itu anda boleh larikan pelbagai program anti virus seperti Clamav, antivir, bitfefender dan lain-lain menerusi pemacu USB dan imbas komputer anda.

3. AVIRA AntiVir

Ia merupakan program anti virus yang boleh anda larikan menerusi CD dan imbas virus pada komputer anda yang sakit.

4. GParted LIVE

Ia merupakan program berasaskan Linux untuk anda manipulasi pembahagian-pembahagian atau partitions pada cakera keras komputer anda dengan larikannya menerusi CD. COntohnya seperti bina, buang dan pensaizan semula pembahagian-pembahagian pada cakera keras anda.

5. SystemRescueCD

Ini juga merupakan program berasaskan Linux yang boleh dilarikan menerusi CD atau cakera USB. Di dalamnya terdapat banyak program bantuan masalah komputer anda seperti manipulasi partition, pencarian fail yang hilang, pengujian cakera keras, FTP dan format cakera keras.

Wednesday, September 8, 2010

Fail DLL: Bom Jangka Komputer Anda

Ralat bagi fail DLL yang terdapat dalam Windows membolehkan penceroboh siber mencerobohi komputer anda sekiranya sistem keselamatan komputer tidak diselenggara dengan betul. Ia membolehkan penceroboh mengawal komputer yang dijangkiti secara dari jarak jauh. Ia dijangka akan mengjangkiti banyak aplikasi-aplikasi komputer.


APA ITU FAIL DLL?

DLL adalah singkatan nama bagi Dynamic Link Libararies. Fail ini berfungsi dalam sistem pengoperasian Windows untuk pengaksesan kod aplikasi-aplikasi komputer dan seterusnya membolehkan aplikasi-aplikasi tersebut beroperasi dalam Windows. Ia boleh digunakan oleh banyak aplikasi komputer pada satu masa secara serentak. Masalah ini bermula apabila setiap aplikasi komputer disusun atur agar akan membuka fail DLL secara automatik yang berada dalam direktorinya setiap kali aplikasi tersebut dibuka.


Terdapat pakar IT mengatakan dengan masalah ini, terdapat lebih ratusan cara yang boleh digunakan untuk menceroboh komputer yang dijangkiti. Tiada jalan penyelesaian yang mudah dan bersepadu dalam mengatasi masalah ini.

Perlu sentiasa kemaskini Windows dan aplikasi-aplikasi komputer yang digunakan.


Tuesday, September 7, 2010

Badan Baru, Baju Lama atau Badan Baru, Baju Baru?

Salam Ramadhan bagi umat Islam.

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin.

Ketika ini sibuklah umat Islam membuat persiapan untuk menyambut hari kemenangan iaitu Aidil Fitri. Ketika hari tersebut disunatkan berpakaian baru bagi yang mampu.

Ketika kita sibuk mahu memakai pakaian baru, ada pulak yang dapat badan baru tetapi pakaiannya masih lama. Bagaimana pula ya? Ini berkenaan dengan cakera keras atau hard disk baru menggunakan sistem pengoperasian atau operating system yang lama.

Terdapat banyak masalah penggunaan cakera keras baru dengan sistem pengoperasian yang lama seperti Windows XP. Ini terjadi adalah disebabkan format pembinaanya yang berlainan daripada cakera keras yang lama. Mari kita bedah isu ini.

Tempat simpanan data dalam cakera keras ini adalah sebuah cakera di dalamnya dan ia akan dibahagikan kepada sektor-sektor. Saiz bagi sektor ini sudah berubaha pada cakera keras baru iaitu setiap sektor bersaiz 4Kb. Ia akan menjadi piawaian utama pada tahun 2011 nanti. Saiz setiap sektor bagi cakera lama pula adalah hanya 512 bait sahaja.

Teknologi baru ini dikenali sebagai Advanced Format. Ini terjadi kerana sektor-sektor dalam cakera keras bukan sahaja untuk menyimpan data tetapi ada juga digunakan sebagai penanda, kod ralat dan peruang. Saiz sektor yang besar juga menyebabkan bilangan sektor menjadi kurang. Ini akan meningkatkan prestasi cakera keras kerana kurang sektor yang menyimpan maklumat-maklumat tambahan ini perlu diproses. Ruang yang besar juga bagus untuk penempatan kod-kod ralat dan ini meningkatkan reliabiliti cakera keras itu sendiri.

Jadi, apabila badan yang baru ini dipakaikan dengan baju yang lama seperti Windows XP, akan menyebabkan ia bermasalah atau perlaksanaannya menjadi perlahan kerana ia tidak mengjangka saiz sektor adalah 4Kb.

Proses pemindahan data-data terutama data-data yang kritikal perlu dirancang dan dilaksanakan dengan baik sekiranya mengkehendaki komputer anda menggunakan cakera keras yang baru. Perlu diingat sistem pengoperasiannya juga perlu ditukar kepada versi yang baru seperti Windows 7 atau Windows Vista.

Mungkin inilah agaknya sebab pihak Microsoft tidak sanggup lagi menyelenggara sistem pengopersian yang lama seperti Windows 98, Windows NT dan lain-lain.

Di hari raya ini ada yang dapat badan baru. Syukurlah kalau kita dapat badan yang baru, berhasilah puasa kita. Kalau tidak badan lama kita pakailah baju baru.

Semoga kita dapat badan baru dan pakai baju baru di hari Raya ini.

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin.