Saturday, January 9, 2010

Sekadar Pendapat : Latihan Industri (LI) di Akhir Semester atau di Pertengahan Semester

Salam,

Pertamanya tahniah diucapkan kepada UTHM kerana tergolong di antara 5 IPTA yang mempunyai tahap dapatan pekerjaan pelajar tertinggi.

Tahniah juga buat Encik Bob dan rakan-rakan yang telah bertungkus lumus membina program BIT dan DIT. Walaupun mungkin ada kekurangan tetapi matlamat utama untuk menjadikan program-program tersebut yang mesra pekerjaan kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat boleh dikatakan berjaya.

Pengalaman-pengalaman ketika membuat lawatan LI rata-rata pihak majikan berpuas hati dengan pelajar IT, FTMM, UTHM. Malah ada yang mengatakan pelajar-pelajar kita lebih baik daripada IPTA-IPTA yang sudah lama bertapak dalam negara ini.

Pada pandangan saya, antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah para pelajar boleh dikatakan sudah lengkap ilmunya yakni kesemua subjek sudah diambil termasuk subjek yang sangat penting iaitu Projek Sarjana Muda dan Projek Diploma (sudah dimansuhkan).

Secara keseluruhannnya para pelajar tiada masalah untuk melaksanakan LI dengan cemerlang dan baik.

Di sini saya gariskan tiga kebaikkan melaksanakan LI di akhir Semester berbanding di pertengahan semester:-

1. Peningkatan Peluang Pekerjaan kepada Pelajar

Para pelajar yang dapat menjalani LI dengan baik, biasanya di akhir LI, sekiranya ada kekosongan akan ditawarkan terus pekerjaan oleh para majikan terbabit.

Ia bukan sahaja memberi kebaikkan kepada para pelajar, ibu bapa tetapi juga kepada fakulti kerana tahap pelajar mendapat pekerjaan akan lebih tinggi dan baik.

Inilah di antara elemen atau perkara yang perlu dimasukkan ke dalam sesuatu program. Sebab itu ada berlakunya berlebihan guru pada masa ini seperti yang diwarwarkan oleh media. Yang mana , timbalan menteri pelajaran mengatakan universiti menawarkan bilangan pengambilan pelajar melebihi daripada keperluan yang ditetapkan.

Kita juga boleh belajar daripada masalah bakal guru yang kita hasilkan sendiri di Universiti ini ketika dahulu. Sebelum ini kita ada Ijazah kejuruteraan dengan pendidikkan. Kemudian diubah kepada pendidikkan teknikal bagi mengelakkan guru-guru ini keluar daripada profesion perguruan kerana mereka boleh menjadi seorang jurutera.

Namun begitu, jadi masalah yang lain kepada program tersebut. yang mana pelajar-pelajar ini ada masalah untuk pekerjaan kerana guru sudah cukup dan untuk menjadi seorang jurutera tidak boleh. Jadi, kita perlu menteladani perkara-perkara yang sudah terjadi ini untuk masa hadapan dalam program-program sarjana muda dan diploma.

Elemen keilmuan itu sangat penting dalam membina program tetapi perlu juga difikirkan peluang pekerjaan untuk mereka pada masa depan.

Kita tidak boleh berfikir bahawa kalau syarikat itu hendak pelajar kita, dia kena tunggulah beberapa semester. Persekitaran hari ini sangat luas persaingannya dan terhad peluang yang ada. Sekiranya begini, habislah peluang pelajar kita. Sementara dia menunggu, lebih baik pihak majikan tersebut mencari pekerja yang lain dan dalam tempoh menunggu itu, mereka boleh melatih pekerja lain kecualilah ada sesuatu keistimewaan yang ada pada pelajar itu.


2. Memperkasakan Imej dan Kedaulatan Fakulti

Apabila para pelajar kita menjadi seorang yang sangat berdedikasi apabila setelah mereka membuat Projek Sarjana Muda atau Projek Diploma ketika menjalani Latihan industri, secara automatik para majikan akan lebih hormat dan memandang baik kepada fakulti kita.

Mungkin kita beroleh peluang-peluang atau manfaat yang lain daripada pihak industri seperti berkolaborasi dan sebagainya.

Para majikan akan ada dalam minda mereka FTMM hebat dan semua pelajar FTMM bagus dan boleh buat kerja,


3.Menjadikan FTMM sebagai sebuah Fakulti yang Unik dan Di Terima

Ini kerana boleh dikatakan kesemua IPTA melaksanakan Latihan Industrinya ditengah-tengah semester. Keunikan sesuatu programlah yang membuatkan UiTM di dalam akhbar baru-baru ini melaksanakan kursus profesional secara berkembar dan bakal pensyarah mesti ada pengalaman kerja 5 tahun.

Jadi apa perlu kita mengikut rentak IPTA-IPTA lain. Sekiranya isunya adalah perkongsian ilmu yang diperolehi oleh pelajar-pelajar ketika membuat Latihan Industri tidak dapat diperolehi fakulti. Maka, mungkin kita boleh buatkan satu seminar pembentangan di akhir selepas mereka melalui Latihan Industri sebab ramai juga yang balik ke Fakulti memberi buku log mereka kepada pensyarah.

Bagi para pelajar lepasan Diploma yang mungkin boleh melihat sesuatu di Universiti lebih terbuka berbanding pelajar sijil atau matrikulasi, kebaikkan LI dibuat diakhir semester yang memudahkan peluang pekerjaan akan menjadi pilihan kepada mereka dan menjadi satu topik bualan yang hangat dikalangan mereka. Ini satu peluang.


Ini hanyalah luahan pendapat sahaja untuk kebaikkan fakulti , pelajar dan universiti. Mungkin juga pendapat yang diberikan ini ada yang tidak betul atau tidak memberi apa-apa manfaat tetapi sekadar hiburan minda untuk kita semua fikir-fikirkan sahaja.

Di sini juga tidak dibincangkan berkenaan dengan kelebihan atau kekurang membuat LI di pertengahan semester. Masing-masing mungkin boleh berfikir dengan apa yang telah dipendapatkan oleh saya.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.