Tuesday, September 28, 2010

Lima Panduan Pencegahan Jangkitan Malware Daripada Alat Storan Luaran

Seperti yang dibincangkan dalam artikel-artikel terdahulu pada zaman dahulu ketika era 1990-an dan 1980-an kebanyakkan virus atau malware menjangkiti komputer kita menerusi penyebarannya melalui alat storan luaran atau removable media iaitu disket atau floopy disk atau cakera liut.

Namun begitu, penggunaan alat tersebut sudah tidak diamalkan pada masa kini tetapi terdapat banyak alat storan luaran yang digunakan untuk pengurusan data dan maklumat seperti CD, DVD, CD-RW, cakera keras luaran dan cakera simpanan USB atau Pen Drive. Cakera simpanan USB ini adalah antara alat yang paling popular digunakan dalam pengurusan data dan ini membuatkan ia satu alat yang kerap menjadi perantara untuk jangkitan virus komputer atau malware ini ke komputer-komputer yang lain.

Virus atau Malware pada masa kini lebih bijak kerana ia tidak membuat kerosakkan kepada komputer tetapi menjana sumber-sumber yang boleh meberi pendapatan kepada seseorang. Jadi dengan ini, terdapat LIMA PANDUAN untuk pencegahan jangkitan Malware daripada alat storan luaran terutama Media USB.

1. NYAH AKTIFKAN FUNGSI AutoRun

Ini kerana ia bersifat pemasangan apa-apa program secara automatik ke komputer anda. Jadi, sekiranya ada program Malware, ia mudah dijangkiti.

2. HADKAN PENGGUNAAN MEDIA STORAN LUARAN

Hanya menggunakan media-media storan luaran yang diyakini selamat sahaja atau tidak menggunakan langsung peralatan tersebut.

3. SEMAK KESEMUA MEDIA STORAN LUARAN DENGAN SISTEM KESELAMATAN SEBELUM IA DIGUNAKAN

Pastikan menggunakan sistem keselamatan IT yang terjamin selamat dan ketat pengawasannya. Kesemua media storan yang hendak digunakan diuji terlebih dahulu melalui sistem keselamatan tersebut seperti komputer pelayan Linux dan lain-lain.

4. HARAMKAN SEPENUHNYA PENGGUNAAN MEDIA STORAN LUARAN

Segala port yang digunakan untuk menyambung ke media storan diblok penggunaannya secara fizikal atau menerusi program perkakasan seperti

5. PENDIDIKKAN

Pendidikkan amat perlu agar semua pengguna dapat menggunakan media storan luaran ini secara selamat seperti peralatan yang digunakan perlu diimbas secara automatik oleh program Anti-Malware terlebih dahulu.

Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang perkongsian boleh di kongsi di ruangan komen.



No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.