Thursday, October 7, 2010

Tak Nak Jadi 'So Chai'

LIMA PANDUAN BERBERLANJA DI INTERNET

Dunia sempadan hari ini memudahkan segala urusan kita termasuk berbelanja atau membeli barang-barang. Namun begitu ia juga memudahkan jenayah merampas hak orang lain berlaku seperti menggunakan kad kredit orang lain tanpa diketahui atau menceroboh akaun bank seseorang.

Jadi,di sini dikongsikan bersama panduan dalam kita berbelanja di Internet secara selamat.

  1. Pertamanya, pastikan laman web yang kita nak berurusan atau melakukan sebarang transaksi kewangan boleh dipercayai dengan memastikan alamatnya betul dan menggunakan program pengecaman web bersama-sama dengan pelayar web anda atau browser seperti Web of Trust, LinkExtend, McAfee SiteAdvisor dan lain-lain.
  2. Keduanya, pastikan sambungan Internet anda adalah selamat digunakan untuk sebarang transaksi kewangan. Ini dengan memastikan web tersebut mengunakan https pada alamatnya yang mana https adalah protokol keselamatan untuk sesebuah laman web. Ia menggunakan certificate keselamatan untuk sebarang sambungan.
  3. Ketiga, berhati-hati dengan tawaran pengiklanan yang bukan dalam Internet dan jangan sewenang-wenangnya melanggan atau memberi informasi kepada tawaran pengiklanan yang diragui tersebut. Ia juga dikenali sebagai coupon-click fraud dalam istilah keselamatan IT.
  4. Keempat, sekiranya kita kerap menggunakan perkhidmatan Internet dalam transaksi kewangan atau berbelanja, pastikan semak sekerap mungkin akaun bank atau kad kredit anda. Sila buat laporan dengan segera sekiranya didapati ada transasksi yang mencurigakan.
  5. Akhirnya, sekiranya boleh atau ada, pastikan anda menggunakan kad kredit yang mempunyai nombor sirinya untuk sekali transaksi sahaja dan berubah untuk transaksi yang lain.
Diharapkan kemudahan dalam melaksanakan transaksi kewangan di INternet memudahkan kita dan tidak menakutkan. Sebab itu sekarang ini CyberSecurity kerap berkempen untuk melayari Internet secara selamat. Pengetahuan dan pendidikkan penting agar kita dapat melayari Internet secara selamat dan bukan sahaj untuk berbelanja.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.