Tuesday, July 5, 2011

TDL-4

As salam,

Ini bukan nama sejenis bom atau pun nama bagi sebuah peralatan ketenteraan atau pun jet pejuang.

Ia adalah sejenis nama bagi satu jenis Malware yang dikatakan paling bahaya setakat ini.

Ia lahir daripada keluarga malware kategori TDSS rookit.

Pihak penyelidik dan penganalisa keselamatan siber mengatakan ia bahaya dengan bersifat indestructible iaitu ia tidak dapat dimusnahkan.

Namun begitu, pihak Kapersky Lab mengatakan ia boleh dikesan dan dimusnahkan dengan program TDSS Killer mereka yang telah dikemaskini.

Program Malware ini akan disertakan dalam program Scareware dan disebarkan ke merata dalam siber dengan program Malware Affiliate Marketing.

Jadi, sentiasalah berwaspada bila berada di dunia siber. Kemas kini program antivirus dan OS anda. Sentiasa lakukan pengimbasan keselamatan kepada komputer anda.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.