Sunday, September 25, 2011

Surah al-Fatihah 5

عن أبي سعيد بن الْمُعَلَّى قَالَ: كُنْتُ أُصَلِّي فِي الْمَسْجِدِ فَدَعَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ أُجِبْهُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ أُصَلِّي فَقَالَ:
أَلَمْ يَقُلْ اللَّهُ [اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ] سورة الأنفال: 24،
ثُمَّ قَالَ لِي: لَأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ السُّوَرِ فِي الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ الْمَسْجِدِ،
ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِي؛ فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ قُلْتُ لَهُ: أَلَمْ تَقُلْ لَأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِ؟
قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ.
[البخاري]

Ertinya: Dari Abu Sa’id bin Al Mu’alla r.a dia berkata; Suatu saat saya sedang melaksanakan solat di masjid, tiba-tiba Rasulullah SAW memanggilku namun saya tidak menjawab panggilannya hingga solatku selesai. Setelah itu, saya menemui baginda dan berkata; “Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya pada waktu itu saya sedang solat.

Baginda SAW bersabda: Bukankah Allah SWT telah berfirman; Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu. [Al-Anfal:24]

Baginda SAW bersabda lagi: Sungguh, saya akan mengajarimu tentang surat yang paling agung yang terdapat di dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid. Kemudian baginda memegang tanganku, dan saat baginda hendak keluar masjid, saya pun berkata: Bukankah engkau berjanji; “Saya akan mengajarimu surat yang paling agung yang terdapat di dalam al-Quran.”

Baginda SAW menjawab; (iaitu surah) AL HAMDU LILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN (Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam), ia adalah As Sab’ul Mathani, dan al Quranul Azim yang telah diwahyukan kepadaku.
[HR Bukhari]

Dalam lafaz yang hampir sama dalam Sunan Ibnu Hibban daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW berkata kepadanya: Mahukah aku khabarkan kepada engkau surah paling afdhal dalam al-Quran?

Jawab Anas: Mahu wahai Rasulullah SAW. Bagidan SAW menjawab: Bacalah AL HAMDU LILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN.
[HR Hibban]

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.