Thursday, January 21, 2010

Tingkatkan Kelajuan Rangkaian Komputer Anda

Salam,

Kadangkala tanpa disedari terdapat lebih daripada satu atau kadangkala sampai 10 sambungan rangkaian atau network connection terdapat dalam komputer atau notebook.

Perkara ini merupakan satu gambaran buruk kepada komputer anda kerana CPU dan RAM anda terpaksa bekerja untuk memastikan kesemua hubungan rangkaian pada komputer anda berfungsi.

Jadi, keadaan ini perlu diurus tadbir dengan baik sempena satu lagi terma popolar di tahun 2010 ini iaitu Governan IT.

Bagaimana untuk menguruskannya ?

Anda boleh menggunakan pelbagai cara mengurusnya menerusi aplikasi atau servis yang disediakan oleh komputer atau sistem pengoperasian anda seperti Windows XP.

Pada Network Connection atau sambungan rangkaian, nyah aktifkan fungsi sambungan rangkaian yang tidak perlu. Berkemungkinan memadai hanya satu sahaja sambungan atau dua.

Dalam sambungan rangkaian tersebut anda boleh pergi ke fungsi konfigurasinya dan buang atau nyah aktifkan mana-mana fungsi yang tidak perlu. Namun ia perlu dibuat berhati-hati kerana sedikit kesilapan akan membuatkan sambungan rangkaian anda terputus.

Di dalam Windows XP anda boleh menyusun servis-servis yang ada dalam mengikut keutamaan penggunaan protokol atau penyedia perkhidmatan dengan menggunakan butang anak panah
disebelahnya.

Ini kerana ia dapat meningkatkan prestasi sambungan dan capaian dalam rangkaian komputer anda.

Semoga Allah Taala merahmati dan memberkati kita semua.

Saturday, January 9, 2010

Sekadar Pendapat : Latihan Industri (LI) di Akhir Semester atau di Pertengahan Semester

Salam,

Pertamanya tahniah diucapkan kepada UTHM kerana tergolong di antara 5 IPTA yang mempunyai tahap dapatan pekerjaan pelajar tertinggi.

Tahniah juga buat Encik Bob dan rakan-rakan yang telah bertungkus lumus membina program BIT dan DIT. Walaupun mungkin ada kekurangan tetapi matlamat utama untuk menjadikan program-program tersebut yang mesra pekerjaan kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat boleh dikatakan berjaya.

Pengalaman-pengalaman ketika membuat lawatan LI rata-rata pihak majikan berpuas hati dengan pelajar IT, FTMM, UTHM. Malah ada yang mengatakan pelajar-pelajar kita lebih baik daripada IPTA-IPTA yang sudah lama bertapak dalam negara ini.

Pada pandangan saya, antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah para pelajar boleh dikatakan sudah lengkap ilmunya yakni kesemua subjek sudah diambil termasuk subjek yang sangat penting iaitu Projek Sarjana Muda dan Projek Diploma (sudah dimansuhkan).

Secara keseluruhannnya para pelajar tiada masalah untuk melaksanakan LI dengan cemerlang dan baik.

Di sini saya gariskan tiga kebaikkan melaksanakan LI di akhir Semester berbanding di pertengahan semester:-

1. Peningkatan Peluang Pekerjaan kepada Pelajar

Para pelajar yang dapat menjalani LI dengan baik, biasanya di akhir LI, sekiranya ada kekosongan akan ditawarkan terus pekerjaan oleh para majikan terbabit.

Ia bukan sahaja memberi kebaikkan kepada para pelajar, ibu bapa tetapi juga kepada fakulti kerana tahap pelajar mendapat pekerjaan akan lebih tinggi dan baik.

Inilah di antara elemen atau perkara yang perlu dimasukkan ke dalam sesuatu program. Sebab itu ada berlakunya berlebihan guru pada masa ini seperti yang diwarwarkan oleh media. Yang mana , timbalan menteri pelajaran mengatakan universiti menawarkan bilangan pengambilan pelajar melebihi daripada keperluan yang ditetapkan.

Kita juga boleh belajar daripada masalah bakal guru yang kita hasilkan sendiri di Universiti ini ketika dahulu. Sebelum ini kita ada Ijazah kejuruteraan dengan pendidikkan. Kemudian diubah kepada pendidikkan teknikal bagi mengelakkan guru-guru ini keluar daripada profesion perguruan kerana mereka boleh menjadi seorang jurutera.

Namun begitu, jadi masalah yang lain kepada program tersebut. yang mana pelajar-pelajar ini ada masalah untuk pekerjaan kerana guru sudah cukup dan untuk menjadi seorang jurutera tidak boleh. Jadi, kita perlu menteladani perkara-perkara yang sudah terjadi ini untuk masa hadapan dalam program-program sarjana muda dan diploma.

Elemen keilmuan itu sangat penting dalam membina program tetapi perlu juga difikirkan peluang pekerjaan untuk mereka pada masa depan.

Kita tidak boleh berfikir bahawa kalau syarikat itu hendak pelajar kita, dia kena tunggulah beberapa semester. Persekitaran hari ini sangat luas persaingannya dan terhad peluang yang ada. Sekiranya begini, habislah peluang pelajar kita. Sementara dia menunggu, lebih baik pihak majikan tersebut mencari pekerja yang lain dan dalam tempoh menunggu itu, mereka boleh melatih pekerja lain kecualilah ada sesuatu keistimewaan yang ada pada pelajar itu.


2. Memperkasakan Imej dan Kedaulatan Fakulti

Apabila para pelajar kita menjadi seorang yang sangat berdedikasi apabila setelah mereka membuat Projek Sarjana Muda atau Projek Diploma ketika menjalani Latihan industri, secara automatik para majikan akan lebih hormat dan memandang baik kepada fakulti kita.

Mungkin kita beroleh peluang-peluang atau manfaat yang lain daripada pihak industri seperti berkolaborasi dan sebagainya.

Para majikan akan ada dalam minda mereka FTMM hebat dan semua pelajar FTMM bagus dan boleh buat kerja,


3.Menjadikan FTMM sebagai sebuah Fakulti yang Unik dan Di Terima

Ini kerana boleh dikatakan kesemua IPTA melaksanakan Latihan Industrinya ditengah-tengah semester. Keunikan sesuatu programlah yang membuatkan UiTM di dalam akhbar baru-baru ini melaksanakan kursus profesional secara berkembar dan bakal pensyarah mesti ada pengalaman kerja 5 tahun.

Jadi apa perlu kita mengikut rentak IPTA-IPTA lain. Sekiranya isunya adalah perkongsian ilmu yang diperolehi oleh pelajar-pelajar ketika membuat Latihan Industri tidak dapat diperolehi fakulti. Maka, mungkin kita boleh buatkan satu seminar pembentangan di akhir selepas mereka melalui Latihan Industri sebab ramai juga yang balik ke Fakulti memberi buku log mereka kepada pensyarah.

Bagi para pelajar lepasan Diploma yang mungkin boleh melihat sesuatu di Universiti lebih terbuka berbanding pelajar sijil atau matrikulasi, kebaikkan LI dibuat diakhir semester yang memudahkan peluang pekerjaan akan menjadi pilihan kepada mereka dan menjadi satu topik bualan yang hangat dikalangan mereka. Ini satu peluang.


Ini hanyalah luahan pendapat sahaja untuk kebaikkan fakulti , pelajar dan universiti. Mungkin juga pendapat yang diberikan ini ada yang tidak betul atau tidak memberi apa-apa manfaat tetapi sekadar hiburan minda untuk kita semua fikir-fikirkan sahaja.

Di sini juga tidak dibincangkan berkenaan dengan kelebihan atau kekurang membuat LI di pertengahan semester. Masing-masing mungkin boleh berfikir dengan apa yang telah dipendapatkan oleh saya.

Friday, January 8, 2010

KELEBIHAN TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit boleh membantu dikala kecemasan.

Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.

Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar..Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.

Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu,t api bagi kereta yangmenggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.

Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.

Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon
bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.

Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Selamat mencuba. Namun kesemua petua ini tiada jaminan keberkesannnya.