Friday, October 1, 2010

Hebatnya Komputer Kini, Hebat Lagi Manusia Tetapi Maha Hebat Lagi Allah Taala yang Mencipta

ANTARA 10 SEBAB KOMPUTER ANDA MENJADI LEMBAB

Komputer hari ini menjadi satu alat yang hebat pada abad ini kerana kebolehannya melakukan pelbagai kerja untuk manusia. Sehinggakan hari boleh dikatakan kebanyakkan kerja memerlukan penggunaan alat ini.

Namun begitu manusia yang menciptanya lagi hebat kerana berupaya membina satu alat yang kompleks dan boleh melaksanakan pelbagai arahan kerja. Itulah manusia ini dituntut berfikir dalam Al-Quran kerana kelebihan otaknya boleh mengatasi pelbagai masalah dan yang paling penting adalah mencari kebenaran.

Walau bagaimana hebat manusia pun, hebat lagi yang menciptanya iaitu Allah Taala Yang Maha Berkuasa mencipta alam ini bersama-sama dengan makhluk-makhluk. Maha Suci Allah.

Kali ini ini dibincangkan serba sedikit di antara penyebab-penyebab yang membuat kan komputer anda mungkin agak lambat dalam melaksanakan sesuatu arahan atau program. Namun begitu di sini hanya 10 panduan akan disenaraikan. Penerangannya akan dibuat berperingkat dalam blog ini.

Jadi di antara sepuluh sebab yang mebuatkan komputer anda perlahan adalah seperti berikut:-

  1. CPU atau pemproses anda panas pada tahap yang melampau.
  2. Memori atau RAM anda bermasalah atau rosak.
  3. Masalah sistem simpanan pada cakera keras atau hard disk anda.
  4. Masalah antara muka/penyambung dan jenis cakera keras yang digunakan.
  5. Konfigurasi BIOS yang bermasalah.
  6. Larian servis-servis yang tidak diperlukan dalam Windows.
  7. Proses-proses yang berlaku di luar kawalan CPU.
  8. Penyerpihan cakera atau disk fragmentation.
  9. Larian aplikasi-aplikasi latar belakang sistem.
  10. Isu dan masalah dalam sistem fail dan pilihan paparan.
Begitulah ia berkenaan dengan perkara-perkara yang berkemugkinan menyebabkan komputer perlahan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Allah Taala memberi akal kepada manusia untuk mencipta komputer. Maka, dengan akal juga kita gunakan untuk menggunakannya dan mengatasi masalah yang timbul daripadanya.

Tuesday, September 28, 2010

Lima Panduan Pencegahan Jangkitan Malware Daripada Alat Storan Luaran

Seperti yang dibincangkan dalam artikel-artikel terdahulu pada zaman dahulu ketika era 1990-an dan 1980-an kebanyakkan virus atau malware menjangkiti komputer kita menerusi penyebarannya melalui alat storan luaran atau removable media iaitu disket atau floopy disk atau cakera liut.

Namun begitu, penggunaan alat tersebut sudah tidak diamalkan pada masa kini tetapi terdapat banyak alat storan luaran yang digunakan untuk pengurusan data dan maklumat seperti CD, DVD, CD-RW, cakera keras luaran dan cakera simpanan USB atau Pen Drive. Cakera simpanan USB ini adalah antara alat yang paling popular digunakan dalam pengurusan data dan ini membuatkan ia satu alat yang kerap menjadi perantara untuk jangkitan virus komputer atau malware ini ke komputer-komputer yang lain.

Virus atau Malware pada masa kini lebih bijak kerana ia tidak membuat kerosakkan kepada komputer tetapi menjana sumber-sumber yang boleh meberi pendapatan kepada seseorang. Jadi dengan ini, terdapat LIMA PANDUAN untuk pencegahan jangkitan Malware daripada alat storan luaran terutama Media USB.

1. NYAH AKTIFKAN FUNGSI AutoRun

Ini kerana ia bersifat pemasangan apa-apa program secara automatik ke komputer anda. Jadi, sekiranya ada program Malware, ia mudah dijangkiti.

2. HADKAN PENGGUNAAN MEDIA STORAN LUARAN

Hanya menggunakan media-media storan luaran yang diyakini selamat sahaja atau tidak menggunakan langsung peralatan tersebut.

3. SEMAK KESEMUA MEDIA STORAN LUARAN DENGAN SISTEM KESELAMATAN SEBELUM IA DIGUNAKAN

Pastikan menggunakan sistem keselamatan IT yang terjamin selamat dan ketat pengawasannya. Kesemua media storan yang hendak digunakan diuji terlebih dahulu melalui sistem keselamatan tersebut seperti komputer pelayan Linux dan lain-lain.

4. HARAMKAN SEPENUHNYA PENGGUNAAN MEDIA STORAN LUARAN

Segala port yang digunakan untuk menyambung ke media storan diblok penggunaannya secara fizikal atau menerusi program perkakasan seperti

5. PENDIDIKKAN

Pendidikkan amat perlu agar semua pengguna dapat menggunakan media storan luaran ini secara selamat seperti peralatan yang digunakan perlu diimbas secara automatik oleh program Anti-Malware terlebih dahulu.

Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang perkongsian boleh di kongsi di ruangan komen.



Thursday, September 23, 2010

Tiada Tali, Akar pun Berguna 2: Peralatan Penyelamat Komputer Anda

Ini adalah sambungan berkenaan dengan peralatan-peralatan atau program-program komputer yang boleh kita muat turun secara percuma di Internet dan manfaatkannya untuk komputer kita.

Ini kerana pada bulan Ramadhan yang lalu saya dihubungi sahabat yang sedang belajar di Australia dalam PHD meminta bantuan kerana komputernya bermasalah dan langsung tidak boleh buka apa-apa program komputer.

Perkara ini sebenarnya susah juga untuk didiagnosis secara jauh kerana tidak pasti apa masalah nya. Diharakan panduan-panduan yang diberi dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi.

Jadi, untuk kali ini disenaraikan lima lagi tools yang boleh membantu kita yang dalam kesusahan disebabkan komputer bermasalah.

6. UBUNTU RESCUE REMIX

Ia merupakan program komputer untuk pembaikkan semula data yang sangat popular seperti juga program-program Linux yang lain. Di antara manfaatnya ialah ia berupaya menyelamat dan membaik pulih fail dan fail sistem bagi sistem pengoperasian Mac, membaik pulih data daripada cakera keras luaran (external), membaik pulih fail-fail yang telah dibuang dan lain-lain. Cumanya kekurangannya ialah ia tiada program anti virus. Ia boleh dilarikan menerusi CD atau cakera USB.

7. F-SECURE RESCUE CD

Ia merupakan satu program CD Bootable yang berasaskan kepada Knoppix. Ia berupaya untuk membuat semakkan berkenaan integriti sesuatu perisian yang dipasangkan, berupaya membaik pulih dan mendapatkan semula data yang rosak atau hilang dengan cara yang lebih canggih lagi, membaik pulih data daripada gangguan Malware, dan lain-lain.

8. Ddrescue

Ia merupakan program berasaskan Linux yang perlu dilarikan menerusi cakera keras yang dipasangkan sistem pengoperasian Linux. Ia berupaya untuk membuat baik pulih dan mengembalikan data dengan menyalin semula data daripada satu blok fail cakera keras yang rosak teruk dan tidak boleh dibaca kepadanya.

9. SAFECOPY

Ia merupakan program sama seperti Ddrescue dari segi fungsinya. Di samping itu ia membenarkan untuk baca data daripada CD dalam mod RAW, begitu juga dengan peralatan yang telah di reset. Ia juga boleh digunakan untuk menyerupai media atau cakera yang rosak untuk tujuan pengujian dan penandaarasan.

10. LINUX RESCUE MODE

Ia merupakan program penyelamat yang tidak boleh dimuatturunkan secara berasingan kerana ia berfungsi dalam sistem pengoperasian Linux. Ia membantu untuk kemasukkan ke dalam cakera keras Linux yang rosak menerusi Linux Boot CD dan seterusnya berupaya membantu membaik pulih sistem yang bermasalah tersebut. Di antaranya ialah mendapatkan semula kata laluan root, baik pulih program Boot Loader dan lain-lain. Ia dilokasikan dalam sistem di direktori /mnt/sysimage.


Itulah dia 10 program atau peralatan komputer untuk membaik pulih, menyelamat dan membantu selesaikan masalah yang berlaku pada komputer dalam persekitaran Linux, Windows dan Mac.

Semoga manfaat untuk semua dan dirahmati Allah Taala. Amin.