Sunday, September 25, 2011

Surah al-Muzzammil 1

Sebagai ikhtiar mengalahkan musuh dan memusnahkan orang zalim.

Baca Surah al-Muzzammil (سورة المزمل) sebanyak 21X atau setengah qil 49X dalam satu majlis. Selesai khatam hendaklah berdoa atas dimaksud iaitu agar Allah membalas perbuatan orang yang telah berbuat jahat ke atas kita tanpa menyebut bagaimana bentuk balasan. Terserah pada Allah membalasnya. Afdhal dibuat selama seminggu.

Waktu terbaik ialah pada waktu tengah malam seusai solat hajat, beristighfar dan berselawat. Dan untuk beramal harus dengan syarat persiapan sebelum beramal sebagaimana telah sedia maklum bagi ahli hikmah.

Surah al-Fatihah 5

عن أبي سعيد بن الْمُعَلَّى قَالَ: كُنْتُ أُصَلِّي فِي الْمَسْجِدِ فَدَعَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ أُجِبْهُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ أُصَلِّي فَقَالَ:
أَلَمْ يَقُلْ اللَّهُ [اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ] سورة الأنفال: 24،
ثُمَّ قَالَ لِي: لَأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ السُّوَرِ فِي الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ الْمَسْجِدِ،
ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِي؛ فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ قُلْتُ لَهُ: أَلَمْ تَقُلْ لَأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِ؟
قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ.
[البخاري]

Ertinya: Dari Abu Sa’id bin Al Mu’alla r.a dia berkata; Suatu saat saya sedang melaksanakan solat di masjid, tiba-tiba Rasulullah SAW memanggilku namun saya tidak menjawab panggilannya hingga solatku selesai. Setelah itu, saya menemui baginda dan berkata; “Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya pada waktu itu saya sedang solat.

Baginda SAW bersabda: Bukankah Allah SWT telah berfirman; Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu. [Al-Anfal:24]

Baginda SAW bersabda lagi: Sungguh, saya akan mengajarimu tentang surat yang paling agung yang terdapat di dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid. Kemudian baginda memegang tanganku, dan saat baginda hendak keluar masjid, saya pun berkata: Bukankah engkau berjanji; “Saya akan mengajarimu surat yang paling agung yang terdapat di dalam al-Quran.”

Baginda SAW menjawab; (iaitu surah) AL HAMDU LILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN (Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam), ia adalah As Sab’ul Mathani, dan al Quranul Azim yang telah diwahyukan kepadaku.
[HR Bukhari]

Dalam lafaz yang hampir sama dalam Sunan Ibnu Hibban daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW berkata kepadanya: Mahukah aku khabarkan kepada engkau surah paling afdhal dalam al-Quran?

Jawab Anas: Mahu wahai Rasulullah SAW. Bagidan SAW menjawab: Bacalah AL HAMDU LILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN.
[HR Hibban]

Friday, September 9, 2011

Windows 8 : Satu Preview

Baru sahaja sistem pengoperasian Windows 7 berada di pasaran, pihak Microsoft selangkah lagi dengan menghasilkan Windows 8.

Menurut jurutera programnya, Alex Simons, Windows 8 mempunyai kelebihan dalam mengurus operasi fail dengan lebih mudah, pantas dan tersusun. Sebagai contoh dalam menyalin atau memindahkan sejumlah fail yang bersaiz besar, ia akan memaparkan maklumat status yang lebih baik berbanding sebelumnya. Maklumat ini membolehkan anda mengawal proses yang sedang berlaku.

Windows 8 juga berupaya menguruskan masalah nama fail yang konflik dengan lebih baik dan cepat. Fail yang sedang disalin atau pindah boleh di pause kan.


W20110908 BS Copy Windows 8 preview: Easier file management














Di atas adalah contoh prosedur salin dalam Wndows 8 yang di ambil daripada blog Windows 8.

Diharapkan harganya berpatutan dan aspek keselamatan juga ditambah baik.