Wednesday, September 30, 2009

Kaedah Mengatasi Fail Word yang Bermasalah

  1. Cuba buka fail bermasalah tersebut di komputer yang lain - Berkemungkinan bukan fail anda yang bermasalah tetapi aplikasi Word atau Windows.
  2. Buat salinan bagi fail yang bermasalah tersebut - Ia mengelakkan fail yang bermasalah itu hilang atau semakin teruk ketika proses pembaikkan.
  3. Lihat kembali e-mel anda - Berkemungkinan fail tersebut ada anda e-melkan kepada sesiapa.
  4. Larikan aplikasi Chkdsk kepafa fail yang bermasalah terebut - Ia dapat memperbaiki masalah sistem fail sekiranya itu masalahnya dan menguji integriti sistem fail tersebut.
  5. Cuba alihkan fail tersebut ke format yang lain seperti .RTF , .TXT dan lain-lain dan cuba berulang kali membukannya dengan aplikasi-aplikasi Word yang lain.
  6. Guna aplikasi lain seperti editor fail untuk ekstrak isi teks dalam fail tersebut seperti menggunakan Hex Editor.
  7. Menggunakan Word's text converter untuk menyelamatkan kandungan teks dalam fail tersebut.
  8. Menggunakan fungsi Open and Repair yang terdapat dalam aplikasi Word.
  9. Bagi Windows Vista cuba dapatkan shadow copy bagi fail tersebut yang biasanya akan disimpan dalam cakera keras.
  10. Bina semula fail header fail tersebut yang berkemungkinan bermasalah.
  11. Menggunakan aplikasi pembaikkan seperti OfficeRecovery, OnTrackEasyRecovery dan lain-lain.
Beringat itu lebih baik daripada terlajak. Terlajak sampan, nak mengundur amatlah payah.

Jadi, sekiranya ada fail-fail yang penting, cubalah buat salinan back up nya dan kalau boleh ada kod nama sebagai label fail tersebut tersangat pentng, penting, sederhana dan lain-lain.

Selamat Mencuba.

4 comments:

  1. Sallam, macam mana cara nak menggunakan words text converter dan open and repair. Kalau boleh buatkan penerangan terperinci, langkah demi langkah untuk topik ini sahaja...Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Insya'allah ada masa saya akan catitkan..

    Cumanya kalaunak kecepat...

    Cuba google.. banyak cerita pasal tu tapi dalam english lah...

    Insya'allah puan.. terima kasih atas permintaan tuh..

    ReplyDelete
  3. Sebagai panduan.. open and repair tu fungsinya ada dalam microsoft word...yang satu lagi tu kena cari tools nya lah...

    Ada masa , isya'allah saya akan updatekan panjang lebar...

    ReplyDelete
  4. Untuk open and repair....

    sedari open fail yang nak dibuka dan baiki...
    klik kat fail tu lepas di bahagian kanan ada tulis open..dengan arrow ke bawah klik arrow tu dan pilih open and repair...

    Harap boleh mncubanya....

    ReplyDelete

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.