Wednesday, September 16, 2009

Kisah Kecintaan Nabi pada Umatnya, Iman Para sahabat dan Malam Lailatul Qadar

Ketika dan saat ini dan seterusnya berlumba-lumbalah umat Islam mencari satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, malam di mana turunnya Al-Quran. Malam yang penuh rahmat Allah S.W.T.

Ada beberapa kisah berkenaan dengan malam lailatul qadar ini yang boleh kita ambil sebagai iktibar.

Ada satu kisah di mana secara tiba-tiba Rasulullah S.A.W terasa amat sedih mengenangkan nasib umat ini ketika baginda sudah tidak ada di bumi ini kelak. Ini kerana ketika baginda masih hidup, baginda dapat menyampaikan salam Allah S.W.T pada umatnya secara terus. Sebaliknya , bagaimana pula.

Itulah Rasulullah S.W.T yang sangat mencintai umatnya lebih daripada dirinya sendiri. Bagaimanakah kita termasuk diri ini? Maha suci Allah.

Disebabkan kesedihan baginda, Allah S.W.T telah mewahyukan kepada baginda bahawa Allah akan kurniakan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W satu malam yang sangat mulia. Di mana pada setiap malam tersebut pada tiap-tiap tahun Allah S.W.T sendiri akan menyampaikan salam-Nya kepada umat Nabi Muhammad menerusi malaikat-malaikat yang berduyun-duyun akan turun ke bumi pada malam itu. Malam itu adalah malam Lailatul Qadar. Subhanallah. begitulah kecintaan Nabi S.A.W kepada umatnya.

Kisah kedua pula, Nabi muhammad S.A.W menceritakan kepada para sahabat baginda berkenaan satu kisah pahlawan yahudi yang sangat gagah perkasa menegakkan ajaran Allah S.W.T pada satu ketika masa dahulu yang bernama, Syam'un.

Kegagahannya tiada tolok banding tidak terkalah oleh sekalian musuhnya. Namun beliau telah dikhianati oleh isterinya sendiri yang mengetahui akan kelemahan Syam'un. Kelemahan Syam'un itu telah dimanipulasikan oleh pihak musuh sepenuhnya.

Tertangkaplah Syam'un oleh musuhnya dengan dipotong beberapa bahagian tubuh badannya sehinggakan Syam'un cacat dengan secacat-cacatnya.

Dengan keadaan fizikal yang cacat dan sangat lemah itu, beliau telah bermunajat kepada Allah S.W.T selaku hambanya yang dizalimi.

Dengan izin Allah S.W.T, Syam'un telah pulih seperti sedia kala daripada keadaannya yang sangat cacat sebelum ini. Kekuatannya juga bertambah pulih dan gagah seperti dahulu.

Lalu, beliau pun menghapuskan musuhnya-musuhnya dengan amat mudah sekali.

Setelah itu, beliau telah pergi bermunajat dan mengabdikan diri beribadah kepada Allah S.W.T selamat 84++ tahun sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T.

Tiba-tiba, ramai sahabat baginda S.A.W berasa cemburu kepada Syam'un yang dikurniakan kekuatan tersebut. Adakah kekuatan itu yang dicemburui oleh para sahabat. Tidak.

Sahabat-sahabat mengatakan bahawa alangkah bahagianya Syam'un yang boleh beribadah kepada Allah tanpa henti dan terus menerus selama 84++ tahun. Sedangkan umur umat nabi Muhammad adalah sekitar 63 tahun sahaja.

Itulah dia iman sahabat Nabi S.A.W. Begitu hebat dan amat dikagumi kita sekalian dan tidak hairanlah Malaikat pun berasa malu kepada mereka.

Lalu, Allah S.W.T mengurniakan malam lailatu qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Di mana pada malam tersebut sesiapa yang dapat beribadah, malam tersebut adalah lebih baik daripada 1000 bulan yang menyamai 80++ tahun.

Semoga saya dan kita semua beroleh malam lailatul qadar dan selamanya beroleh rahmat Allah S.W.T

7 comments:

  1. Salam Tuan Prof.

    Balik kampung ker raya ni?

    ReplyDelete
  2. salam sedara..

    koi berminat nak link blog ini ke blog http://koianakpahang.blogspot.com

    selamat hari raya dari kome sekluarge..

    ReplyDelete
  3. Al-mankaraqi: Insya'allah kala tak der aral melintang..kawan sampai lah kat petang esok..awok tak der bisnes lemang ker..boleh kawan tempah...kalau awok jadi third party pun tak per..keknya cuba cari hak sedap ....

    mazru : Terima kasih bebanyak lah....kawan pun sama..salam raya & bebanyok maaf drp kawan sekeluarga. MOga Allah memberi rahmat kepada kita semua.Ameen..

    ReplyDelete
  4. Lagi ser...al-mankaraqi..kawan bukannya profesor..heheh kalau awok doa...ribu kali kawan ameen kan...

    Bukan senang nak dapat title tu weihhhh

    ReplyDelete
  5. Maza: Kawan tok leh nak komen kat blog awok kenapanya ya?

    ReplyDelete

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.