Friday, July 16, 2010

Dulu Lain Sekarang Lain, Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin

KESELAMATAN USB PEN DRIVE


Dalam dunia digital ini, alat untuk menyimpan data-data sangat penting seperti hard disk, disket dan USB Pen Drive atau USB Thumb Drive.

Namun begitu, sejak penggunaan Idisket lagi, storan data luaran ini menjadi punca utama jangkitan virus atau malware komputer kepada sesebuah komputer.

Bila dijangkiti virus, mulalah komputer akan meragam di sana sini. Kita yang memerlukannya untuk menyiapkan kerja-kerja dan sebagainya mulalah panik.

Itulah masa komputer itu dalam keadaan baik tidak dijaga dengan baik. Tiada masa untuk kemas kini fail patch atau security fix dan kemas kini perisian anti virus.

Namun begitu ketika penggunaan disket dahulu, ada cara untuk menyekat virus yang ada dalam disket itu merebak ke dalam komputer dan pada masa yang sama fail itu boleh dibaca pada komputer. Masih ingat? Pada bucu penjuru kanan atau kirinya terdapat suis yang terdapat simbol kunci mangga terbuka dan terkatup.

Dengan fungsi suis itulah kita dapat menyekat virus daripada disket merebak ke dalam komputer. Fungsi ini dinamakan sebagai Write Protected. Maknanya fail-fail yang ada dalam disket itu hanya boleh dibaca sahaja. Ia tidak boleh disalin atau diedit. Dengan itu virus-virus komputer tidak dapat merebak ke dalam komputer.

Konsep yang sama juga boleh dipraktikkan kepada USB Pen Drive atau Thumb Drive yang kini mengambil alih peranan yang dimainkan oleh disket hampir 99%. Mungkin masih ada lagi yang pakai disket.

Namun begitu, kebanyakkan USB Pen Drive ini tiada konsep suis atau kunci untuk Write Protected. Agak sukar untuk mencarinya di pasaran Malaysia dan sekiranya ada, ia berada pada harga yang mahal.

Oleh itu, kita boleh guna perisian pada komputer untuk menghidupkan fungsi Write Protected pada USB Pen Drive. Antara laman web yang boleh muat turun perisian ini adalah:

http://www.gaijin.at/dlusbwp.php

Jadi, bolehlah mencubanya untuk perlindungan komputer kita daripada dijangkiti virus daripada USB Thunb atau Pen Drive ini.

Selain daripada itu, kita boleh gunakan storan di Internet yang disediakan oleh pihak tertentu seperti SkyDrive daripada pihak Microsoft. Namun begitu saiz naik turun ke ruang storan itu dihadkan hanya kepada 50Mb sahaja.

Alamat webnya, http://www.windowslive.com/online/skydrive

Itulah, dulu lain sekarang dah lain. Dulu pakai disket, sekarang dah pakai USB Pen Drive.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.