Friday, July 23, 2010

Hentam Saja Labu : Linux OS Maya

LINUX OS Maya: Konsep Perisian Berasaskan Keterbukaan Kod Sumber

Linux merupakan satu sistem pengoperasian yang berasaskan sumber terbuka yang mana kod sumbernya dibuka kepada sesiapa sahaja dengan tujuan untuk mendapatkan yang terbaik. Ini kerana sesiapa sahaja boleh membuat pengujian dan pembetulan terhadap bug atau kesilapan kod yang wujud di dalamnya.

Ini berbeza dengan konsep perisian-perisian komersial yang lain yang mana kod sumbernya adalah tertutup atau tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak yang lain. Sekiranya terdapat bug atau kesilapan kod, hanya pihak pengeluar sahaja yang boleh membetulkannya.

Namun begitu perisian yang berasaskan sumber terbuka ini bukan bermakna semuanya percuma. Perniagaan boleh diwujudkan dengan menjual perkhidmatan dan penyelenggaraan terhadap perisian-perisian tersebut.

Kini, terdapat banyak sistem pengoperasian Linux ini dihasilkan dalam bentuk Bootable Live Disc. Ini bermakna, anda tidak memerlukan memasangkan sistem pengoperasian (OS) pada komputer tetapi OS tersebut boleh dilarikan daripada alat seperti CD, DVD atau Pen Drive. Namun begitu komputer anda perlu ada RAM yang besar untuk kelancaran penggunaannya kerana sistem pengoperasian ini akan dilarikan menerusi RAM apabila dibuka menerusi CD, DVD atau Pen Drive.

Namun begitu penggunaan OS Linux Maya ini boleh digunakan untuk sesuatu tujuan selain daripada penggunaan yang biasa. Antaranya adalah seperti berikut:-

1. Belajar atau Membuat Pengujian tehadap Sesuatu Jenis Linux OS atau Perisian yang
Berasaskan Sumber Terbuka.

2. Melarikan Linux OS pada Perkakasan atau Komputer Lama yang Mana Spesifikasinya
Sangatlah Rendah - Puppy Linux / Damn Small Linux etc.
(Jangan buang komputer lama.)

3. Membuat Pembaikkan Semula dan Pencarian Semula Fail yang Hilang Terhadap Kegagalan
Fungsi OS bagi Sesebuah Komputer - Ultimate Boot CD.
(Masalah OS corrupted atau kerosakkan pada cakera keras.)

4. Keselamatan Rangkaian Komputer atau Internet - Zeroshell Sebagai Gateway atau Router.
(Akses Internet tanpa perlu ada cakera keras, menerusi RAM sahaja)


Itulah antaranya keadaan-keadaan yang sesuai yang boleh kita gunakan terutama ketika keadaan genting dan terdesak. Jadi hentam sahajalah labu asalkan membantu kita dalam pekerjaan.

Untuk dapatkan distro-distro Linux OS Maya ini boleh Google atau Wikipedia. Nak Senang klik kat sambungan ini:-

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_live_CDs

Firkhan Ali ...




2 comments:

  1. thanks kerana memberi en
    encik nape kita xmenggunakan open source semasa pembelajaran
    ini akan membebankan pelajar uthm yg akan berkhidmat pada swasta

    ReplyDelete

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.