Penutup bagi tahun 2010 adalah berlakunya satu fenomena pencerobohan maklumat sulit kerajaan-kerajaan di dunia oleh sebuah laman web yang dikenali sebagai WikiLeaks.
Bagaimana sistem pertahanan siber sesebuah negara yang canggih juga dapat dicerobohi. Di sini beri sedikit garis panduan bagi menguatkan pertahanan keselamatan siber.
Semoga untuk tahun 2011, tidak akan berlaku lagi kebocoran maklumat yang sulit ini. Di antaranya adalah:-

- Implementasi polisi penggunaan infrastruktur teknologi maklumat dan kenali kebiasaan corak trafik rangkaian dalam organisasi anda.
- Elakkan pengguna komputer peribadi mempunyai hak login sebagai Administrator pada komputer peribadi tersebut.
- Implementasi dan kuat kuasakan peraturan dan polisi untuk kawalan capaian atau access control.
- Tingkatkan tahap keselamatan siber anda pada tahap yang maksimum pada rangkaian komputer dan keselamatan fizikal.
- Pengurusan dan pengendalian sesuatu kerja itu dibuat penggiliran sesama pekerja-pekerja bagi mengelakkan masalah kebocoran maklumat daripada dalam organisasi.
Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua pada tahun 2011 dengan kejayaan demi kejayaan.
No comments:
Post a Comment
Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.