Wednesday, December 8, 2010

Mari kita tengok siapa yang kena: Masalah Keselamatan Katalaluan

Masalah Keselamatan Kata laluan
-------------------------------------------

Kata laluan atau password merupakan satu teknik pengesahan yang digunakan untuk kemasukan seseorang ke dalam satu aplikasi dan sistem komputer.

Setiap daripada kita biasanya mempunyai banyak kata laluan untuk pelbagai tujuan. Ini menyukarkan kita untuk mengingati kesemua kata laluan tersebut. Jadi, jalan mudah adalah menggunakan kata laluan yang mudah dan sama untuk semua aplikasi dan sistem komputer.

Ini merupakan amalan yang tidak baik kerana amalan tersebut mengundang kepada masalah kata laluan yang lemah. Kata laluan yang kuat adalah ia mempunyai sekurang-kurangnya minimum 8 aksara yang dikombinasikan dengan huruf, simbol dan nombor. Ia juga perlu digunakan secara berlainan di antara satu aplikasi dengan aplikasi yang lain. Sila rujuk di sini.

Para penggodam amat tahu berkenaan dengan perkara-perkara ini. Penggunaan kata laluan yang lemah ini akan mudah terdedah kepada serangan kamus atau dictionary attack. Serangan kamus ini merupakan satu serangan yang menggunakan satu senarai kata laluan yang berkemungkinan untuk memasuki sesuatu aplikasi dan sistem komputer secara tidak sah.

PENYELESAIAN:-
--------------------------------

1. Sebagai seorang individu pastikan anda tahu apa tu amalan penggunaan kata laluan yang selamat dan kuat. Praktikan amalan tersebut terutama untuk akaun sistem maklumat yang melibatkan transaksi kewangan dan maklumat peribadi.


2. Sebagai sebuah organisasi, pastikan menyediakan prosedur, polisi dan latihan kepada para pekerja, pengguna dan pelanggan anda berkenaan dengan amalan penggunaan kata laluan yang selamat dan kuat.

3. Pasangkan poster-poster amalan penggunaan kata laluan secara selamat.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.