1. Bagaimana untuk membina kata laluan yang kuat dan selamat?
Beberapa panduan boleh diikuti untuk membina kata laluan iaitu:-
- Tidak menggunakan maklumat peribadi seperti nama, nombor plat kereta dan lain-lain.
- Tidak menggunakan perkataan yang biasa digunakan dalam sesuatu bahasa seperti buku, sekolah dan lain-lain.
- Pastikan perkataan yang dibina untuk kata laluan menggabungkan pelbagai jenis aksara seperti huruf, simbol dan angka.
- Pastikan kata laluan yang dibina tidak digunakan oleh aplikasi atau sistem komputer yang lain.
- Pertukaran kata laluan yang digunakan bagi setiap 30 atau 60 hari sekali.
- Menggunakan kata laluan yang sukar untuk diteka oleh pihak lain.
- Panjang aksara yang digunakan untuk satu kata laluan adalah antara 12 hingga 15 aksara. Lebih panjang lebih baik kerana ia lebih sukar untuk dipecah masuk.
- Kata laluan yang dibina boleh menjadi satu singkatan bagi satu ayat yang panjang bagi memudahkan untuk mengingatinya
2. Apakah yang menyebabkan berlakunya CPU itu menjadi panas yang melampau?
Ini perlu melihat keadaan CPU itu sendiri. Walau bagaimana pun terdapat beberapa sebab yang boleh kita nukilkan di sini iaitu:-
1. Kipas CPU yang berfungsi tidak sempurna.
2. Keadaan heat sink yang tidak baik.
3. Sistem pengudaraan dalam casing yang tidak baik.
4. Melakukan teknik overclocking terhadap CPU sedia ada.
5. CPU tersebut bermasalah atau rosak
Jadi, lakukan diagnosis secara satu demi satu pada komponen-komponen yang dinyatakan bagi mengenal pasti masalahnya.
3. Apakah yang menyebabkan sesuatu komputer itu menjadi semakin perlahan?
Masalah komputer menjadi semakin perlahan boleh disebabkan oleh perkakasan atau perisian yang digunakan. Di sini disenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan sesebuah computer tersebut menjadi perlahan operasinya iaitu:-
1. Berlaku pemanasan yang melampau terhadap CPU.
2. Keadaan memori RAM yang digunakan tidak baik. Ini mungkin disebabkan oleh kapasitinya yang tidak mencukupi, pemanasan, spsesifikasi yang tidak tepat atau RAM itu rosak.
3. Komponen cakera keras atau hard disk bermasalah atau kapasitinya tidak mencukupi.
4. Masalah dalam konfigurasi BIOS.
5. Masalah larian proses-proses dan servis-servis yang tidak perlu dalam sistem pengoperasian Windows.
6. Masalah fragmentasi dalam cakera keras. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam Windows.
7. Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.
Perkara-perkara di atas boleh dilakukan dengan melakukan diagnosis pada komponen-komponen perkakasan terlebih dahulu. Sekiranya tiada masalah pada perkakasan, lakukan dianosis pada BIOS, sistem pengoperasian dan aplikasi komputer dalam bahagian perisian.
4. Bagaimanakah untuk melakukan sebarang aktiviti belian di Internet secara selamat?
Dunia sempadan hari ini memudahkan segala urusan kita termasuk berbelanja atau membeli barang-barang. Namun begitu, ia juga memudahkan berlakunya jenayah merampas hak orang lain seperti menggunakan kad kredit orang lain tanpa diketahui atau menceroboh masuk ke akaun bank seseorang.
Jadi,di sini dikongsikan bersama beberapa panduan dalam kita berbelanja di Internet secara selamat.
- Pastikan berurusan dengan laman web boleh dipercayai terutama bagi melakukan sebarang transaksi kewangan. Justeru, pastikan alamat URL-nya betul dan menggunakan program pengecaman web bersama-sama dengan pelayar web anda atau browser seperti Web of Trust, LinkExtend, McAfee SiteAdvisor dan lain-lain.
- Pastikan sambungan Internet anda adalah selamat digunakan untuk sebarang transaksi kewangan. Ini dengan memastikan web tersebut mengunakan https pada alamatnya yang mana https adalah protokol keselamatan untuk sesebuah laman web. Ia menggunakan sijil keselamatan untuk sebarang sambungan dan transaksi.
- Berhati-hati dengan tawaran pengiklanan yang bukan dalam Internet dan jangan sewenang-wenangnya melanggan atau memberi informasi kepada tawaran pengiklanan yang diragui tersebut. Ia juga dikenali sebagai coupon-click fraud dalam istilah keselamatan IT.
- Sekiranya kita kerap menggunakan perkhidmatan Internet dalam transaksi kewangan atau berbelanja, pastikan menyemak sekerap mungkin akaun bank atau kad kredit anda. Sila buat laporan dengan segera kepada pihak bank sekiranya didapati ada transasksi yang mencurigakan atau bermasalah.
- Akhirnya, pastikan anda menggunakan kad kredit yang mempunyai nombor sirinya untuk sekali transaksi sahaja dan berubah untuk transaksi yang lain atau pun penggunaan TAC untuk sebarang transaksi dalam perbankan Internet.
Diharapkan kemudahan dalam melaksanakan transaksi kewangan di INternet memudahkan kita dan tidak menakutkan. Sebab itu sekarang ini CyberSecurity kerap berkempen untuk melayari Internet secara selamat. Pengetahuan dan pendidikkan penting agar kita dapat melayari Internet secara selamat dan bukan sahaj untuk berbelanja.
5. Kenapa peralatan berasaskan USB tidak berfungsi pada komputer saya?
Pertamanya, perlu dipastikan fungsi sambungan USB pada BIOS dihidupkan. Seterusnya, pastikan sistem pengoperasian yang digunakan menyokong penggunaan sambungan atau peralatan USB. Sebagai contoh, Windows 95 dan Windows NT tidak menyokong penggunaan sambungan atau peralatan USB. Pastikan juga versi peralatan USB yang digunakan disokong oleh computer dan system pengoperasian yang digunakan seperti USB 2.0, USB 3.0 dan lain-lain. Akhirnya, sambungkan peralatan USB tersebut secara terus tanpa menggunakan hub USB..
No comments:
Post a Comment
Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.