Showing posts with label hotmail. Show all posts
Showing posts with label hotmail. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Sembang ICT 32. : Masalah Akaun Hotmail. Utusan Malaysia. 29 Ogos 2011.



Diskusi ICT 33

Salam sejahtera. Saya mempunyai masalah dalam email Hotmail saya. Bila dah login, ia akan keluar mesej dinyahsekat masalah keselamatan. Saya telah menukar password tetapi masih mempunyai masalah yanag sama. Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?


BALAMURUGAN KOPPAN, PORT DICKSON

Terima kasih di atas soalan tersebut. Terlalu ramai pengguna Hotmail mempunyai masalah yang sama dengan Encik Balamurugan. Tiada jawapan yang tepat untuk ini tetapi saya cuba merungkainya dengan baik.

Kenapa ia berlaku ?

Masalah tersebut berlaku kerana pihak Hotmail atau Windows Live mendapati e-mel tersebut telah digunakan menjadi bahan spam untuk hantar ke alamat-alamat e-mel yang lain atau melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dibernarkan.

Ia juga mungkin disebabkan oleh ada seseorang yang tidak bertanggung jawab yang berulang kali untuk cuba masuk ke dalam akaun e-mel tersebut tetapi gagal. Ia juga boleh dilakukan oleh Malware yang bersarang dalam komputer anda. Pihak Hotmail yang mendapati ia merupakan aktiviti yang tidak baik lalu memblok e-mel tersebut.

Ia juga boleh disebabkan oleh seseorang yang cuba menggunakan akaun Hotmail anda untuk masuk ke dalam perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak Windows Live Messenger.

Apa yang perlu dilakukan?

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengesahkan akaun e-mel tersebut dengan pihak Hotmail atau Windows Live Mesengger. Ada dua cara untuk pengesahan seperti yang berikut.

  1. Pengesahan akaun e-mel dengan sistem pesanan ringkas atau SMS di alamat, https://sms.live.com.
  2. Sekiranya pengesahan secara SMS tidak boleh dilakukan sila buat pengesahan akaun e-mel anda di alamat berikut. Sila pilih produk Hotmail.

https://windowslivehelp.com/vi.aspx?id=2f034e2e-938a-4a1c-a754-21878d2c6209

Selain daripada itu, anda juga boleh menulis e-mel atau surat kepada Tehchnical Support atau pihak sokongan di Hotmail atau Windows Live messenger untuk mengesahkan akaun e-mel tersebut. Dapatkan alamat surat menyurat atau e-mel di laman web Windows Live Messenger.

https://support.live.com/ (https://support.live.com/)

Perkara-perkara untuk elakkan masalah ini berulang

1. Pastikan kata laluan yang digunakan itu kental/selamat dan disimpan secara selamat. Elak daripada sewenang-wenang memberi maklumat akaun e-mel di laman web.

2. Pastikan alamat laman Hotmail yang anda masuk itu betul dan bukannya laman web phising.

3. Kemas kini keselamatan pelayar web atau Browser yang digunakan.

4. Kemas kini keselamatan perisian anti-virus, perisian keselamatan dan Windows anda.

5. Pastikan e-mel yang dihantar hanya kepada orang-orang yang dikenali atau rela menerimanya.

6. Pastikan alamat-alamat e-mel dalam buku alamat e-mel anda masih aktif.

7. Hadkan penghantaran e-mel dalam bilangan penerima yang tidak terlalu banyak. Begitu juga dengan bilangan mesej yang dihantar.

Diharapkan ia dapat membantu dalam memulihkan akaun e-mel tersebut. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada pihak Microsoft yang menyediakan perkhidmatan e-mel Hotmail ini. Sekiranya ada perkara-perkara penting, bolehlah dibuat salinan ke komputer, akaun e-mel lain atau ke tempat-tempat lain yang berkaitan.


Utusan online.

Wednesday, December 28, 2011

21. Sembang ICT 21: Cara Tutup Akaun. Utusan Malaysia. 13 Jun 2011.


Diskusi ICT 21
Saya hendak bertanya berkenaan dengan bagaimana untuk menutup akaun e-mel yang sudah tidak digunakan lagi? Saya menggunakan e-mel yang disediakan oleh pihak Yahoo! dan Hotmail. Saya juga mempunyai dua akaun Facebook dan mahu menutup satu akaun yang lama. Bagaimana cara untuk menutup akaun Facebook tersebut atau dibiarkan sahaja sehingga pihak Facebook memblok akaun saya? Saya rasa tidak selamat bila akaun Facebook dan e-mel dibiarkan begitu saja tanpa ditutup.

Sekian, terima kasih.

Daripada:

Bisnes Kelate, Kelantan.

Terima kasih kembali di atas pertanyaan tersebut. Bagi makluman pihak tuan, walau pun akaun bagi sesebuah laman web sudah ditutup, ia tidak bermakna segala data bagi akaun tersebut dihapuskan. Biasanya ia akan disimpan untuk satu jangka masa tertentu oleh pihak pengendali laman web untuk tujuan keselamatan dan sebagainya. Ia juga bergantung kepada syarat-syarat perjanjian ketika tuan bersetuju untuk membuka akaun laman web dengan pihak pengendali laman web tersebut sama ada ia menyediakan kemudahan e-mel, laman web sosial dan sebagainya.

Ada pihak pengendali laman web tersebut mensyaratkan dalam perjanjian tersebut bahawa segala data yang dimuat turun oleh pihak pengguna ke dalam akaunnya akan menjadi hak milik mereka. Jadi, baca dan fahami terlebih dahulu syarat-syarat perjanjian ketika mendaftar akaun sesebuah laman web.

Ini sama konsepnya yang terdapat dalam pengurusan korporat iaitu maklumat peribadi pekerja yang sudah berhenti kerja tidak sesekali akan dihapuskan. Ia akan disimpan dalam jangka masa 5 ke hingga 10 tahun untuk tujuan audit, keselamatan dan pengurusan.

Namun begitu, adalah lebih baik untuk tuan menutup mana-mana akaun di laman web yang tidak digunakan lagi. Ini kerana ia dapat mengelakkan daripada akaun tersebut dimanipulasi dan digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan yang tidak baik seperti penipuan, penyamaran, penghantaran spam dan lain-lain.

Secara umumnya untuk menutup sesebuah akaun di laman web sama ada ia menyediakan perkhidmatan laman web sosial, e-mel dan sebagainya, laman web itu sendiri akan menyediakan kemudahan atau fungsi menutup akaun ini. Kebiasaannya ia memerlukan pengguna masuk terlebih dahulu ke dalam akaun tersebut bagi membolehkan mencapai fungsi tersebut.

Jadi, bagi para pengguna yang terlupa login dan kata laluan untuk masuk ke akaun mereka atau pihak laman web tersebut tidak menyediakan kemudahan atau fungsi untuk menutup akaun ini, ada hanya satu cara sahaja. Cara tersebut adalah dengan menghantar surat permohonan untuk menutup akaun kepada pihak pengendali laman web tersebut. Ia boleh dihantar menerusi e-mel atau mel biasa berserta dengan maklumat berkenaan dengan akaun anda di laman web tersebut.

Itu adalah gambaran umumnya. Seterusnya saya akan menjawab persoalan tuan dengan lebih spesifik dan teknikal berkenaan dengan penutupan akaun tuan dengan pihak Facebook, Yahoo! dan Hotmail.

Penutupan Akaun Facebook

Pertamanya, tuan perlu masuk ke dalam akaun Facebook dengan login dan kata laluan yang disediakan.

Dalam Facebook, ada disediakan kemudahan untuk penutupan sementara bagi sesebuah akaun. Ia bermakna segala maklumat anda akan dihapuskan daripada servis atau paparan di laman web Facebook. Sesiapa sahaja tidak akan dapat mencari akaun atau melihat maklumat yang berkaitan dengan akaun tersebut. Namun begitu sekiranya, tuan punya akaun tersebut mahu kembali, ia boleh mendapatkan dan mengaktifkan semula akaun Facebook tersebut.

Fungsi ini dinamakan sebagai DEACTIVATE. Ia boleh dicapai di laman Account settings dalam akaun Facebook. Apabila akaun tersebut diaktifkan semula, segala maklumat yang ditinggalkan sebelum ini akan dikembalikan keadaan asalnya.

Sekiranya perlu untuk membuang secara terus dan total sesebuah akaun Facebook, sila klik ke alamat URL yang seterusnya.

http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account

Setelah itu, diperlukan masuk login dan kata laluan ke laman Facebook tersebut. Sekiranya tidak ingat kata laluan dan sebagainya, kata laluan tersebut perlu disetkan semula dengan mengklik pada sambungan Forgot your password. Seterusnya, ikut arahan yang diberikan sehingga selesai akaun Facebook tersebut dihapuskan.

Penutupan Akaun Yahoo!

Sekiranya perlu untuk menutup akaun di Yahoo!, ikuti arahan-arahan yang terdapat pada laman penutupan akaun Yahoo! di URL yang berikutnya.

https://edit.yahoo.com/config/delete_user

Seterusnya, perlu dimasukkan login dan kata laluan ke dalam akaun Yahoo! tersebut. Sekiranya lupa kata laluan, seperti biasa perlu disetkan semula. Satu paparan pengesahan akan dipaparkan sekali lagi setelah anda berjaya masukkan login dan kata laluan. Anda perlu masukkan sekali lagi beberapa maklumat penting termasuk kata laluan.


Baca terlebih dahulu di laman penutupan akaun berkenaan dengan syarat-syarat, kesan-kesan dan sebagainya. Seterusnya, jika setuju, klik butang YES untuk penutupan akaun. Sekiranya berjaya, ikuti arahan-arahan yang diberikan sehingga selesai prose penutupan akaun Yahoo!.

Perlu diingatkan, apabila akaun Yahoo! ini ditutup, segala perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun tersebut juga akan dihapuskan seperti e-mel, Yahoo! Messenger, Yahoo! Address Book, My Yahoo!, Yahoo! Groups dan lain-lain. Jadi, fikir dahulu sebelum ditutup akaun tersebut atau buat salinan ke tempat lain sekiranya ada data-data yang diperlukan.

Namun begitu, penutupan akaun Yahoo! tidak akan menghapuskan maklumat anda di dalam perkhidmatan Yahoo! People Search. Jadi, perlu diklik alamat URL yang berikutnya untuk menutup maklumat anda di Yahoo! People Search.

http://info.yahoo.com/privacy/us/yahoo/peoplesearch/details.html

Sekiranya akaun Yahoo! tersebut dilanggan secara berbayar, pastikan langganan tersebut dibatalkan terlebih dahulu sebelum akaun ditutup. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, pihak Yahoo! ada menyediakan borang di alamat URL yang berikut.

http://help.yahoo.com/l/us/yahoo/mail/classic/technical_howto.html

Penutupan Akaun Hotmail

Langkah pertamanya masih sama, perlu dimasukkan login dan kata laluan akaun Hotmail terlebih dahulu ke laman web Hotmail atau Windows Live sehingga berjaya. Seterusnya pergi ke nama akaun di hujung atas kanan dan klik menu Account. Kemudian, cari dan klik pada menu Close your account.



Seterusnya satu laman penutupan akan dipaparkan termasuk syarat-syarat dan kesan-kesan sekiranya satu penutupan akaun dibuat. Baca dengan teliti dan fahami segala kenyataan pihak Hotmail sebelum menutup sesebuah akaun. Di ruangan laman ini, sekali lagi diperlukan untuk masuk kata laluan untuk tujuan pengesahan. Klik butang Yes sekiranya bersetuju. Langkah yang berikut, ikuti arahan-arahannya sehinggalah proses penutupan akaun tersebut selesai.


Hotmail merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan Windows Live. Penutupan akaun tersebut juga membuatkan segala kemudahan yang terdapat di dalam Windows Live akan ditutup.

Bagi memastikan sama ada sesebuah akaun laman web tersebut sudah ditutup sepenuhnya atau tidak, login kembali menggunakan akaun tersebut sama ada di Facebook, Yahoo!, Hotmail dan lain-lain. Penutupan akaun laman web yang tidak aktif adalah penting untuk keselamatan siber tetapi buatlah salinan data yang penting terlebih dahulu ke tempat lain.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm