Monday, August 30, 2010

Kedaulatan Negara di Dunia Siber: Isu Blackbery

Baru-baru ini kita digemparkan oleh satu berita berkenaan dengan isu pengharaman penggunaan telefon pintar Blackberry oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Ini kerana syarikat berkenaan yang mengurus telefon pintar ini berupaya menghalang segala pemantauan terhadap e-mel dam mesej yang melaluinya kerana ia menggunakan rangkaiannya tersendiri iaitu RIM (Research in Motion)

Dengan alasan itu, ia membolehkan pihak-pihak yang berniat jahat menggunakan saluran itu sebagai satu alat komunikasi sesama mereka untuk merancang satu tindakkan yang tidak baik seperti keganasan dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, bagaimana dengan banyak alat-alat komunikasi dan rangkaian yang mempunya pintu belakang atau 'back end entrance' yang membolehkan syarikat terbabit menceroboh atau mendapatkan data-data daripada alat-alat tersebut. sebagai contoh ada, sistem pengoperasian server yang mempunyai 6 akaun lalai yang tidak diketahui oleh pengguna. Ini membolehkan jurutera-jurutera mereka masuk ke alat itu secara dari jarak jauh.

Begitu juga dengan e-mel percuma, pastikan tidak menggunakannnya untuk tujuan perkara-perkara perkerjaan kita atau perkara-perkara yang sensisitif.

Tepuk dada, tanya akal dan iman. Fikir-fikirkanlah.

Friday, July 23, 2010

Hentam Saja Labu : Linux OS Maya

LINUX OS Maya: Konsep Perisian Berasaskan Keterbukaan Kod Sumber

Linux merupakan satu sistem pengoperasian yang berasaskan sumber terbuka yang mana kod sumbernya dibuka kepada sesiapa sahaja dengan tujuan untuk mendapatkan yang terbaik. Ini kerana sesiapa sahaja boleh membuat pengujian dan pembetulan terhadap bug atau kesilapan kod yang wujud di dalamnya.

Ini berbeza dengan konsep perisian-perisian komersial yang lain yang mana kod sumbernya adalah tertutup atau tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak yang lain. Sekiranya terdapat bug atau kesilapan kod, hanya pihak pengeluar sahaja yang boleh membetulkannya.

Namun begitu perisian yang berasaskan sumber terbuka ini bukan bermakna semuanya percuma. Perniagaan boleh diwujudkan dengan menjual perkhidmatan dan penyelenggaraan terhadap perisian-perisian tersebut.

Kini, terdapat banyak sistem pengoperasian Linux ini dihasilkan dalam bentuk Bootable Live Disc. Ini bermakna, anda tidak memerlukan memasangkan sistem pengoperasian (OS) pada komputer tetapi OS tersebut boleh dilarikan daripada alat seperti CD, DVD atau Pen Drive. Namun begitu komputer anda perlu ada RAM yang besar untuk kelancaran penggunaannya kerana sistem pengoperasian ini akan dilarikan menerusi RAM apabila dibuka menerusi CD, DVD atau Pen Drive.

Namun begitu penggunaan OS Linux Maya ini boleh digunakan untuk sesuatu tujuan selain daripada penggunaan yang biasa. Antaranya adalah seperti berikut:-

1. Belajar atau Membuat Pengujian tehadap Sesuatu Jenis Linux OS atau Perisian yang
Berasaskan Sumber Terbuka.

2. Melarikan Linux OS pada Perkakasan atau Komputer Lama yang Mana Spesifikasinya
Sangatlah Rendah - Puppy Linux / Damn Small Linux etc.
(Jangan buang komputer lama.)

3. Membuat Pembaikkan Semula dan Pencarian Semula Fail yang Hilang Terhadap Kegagalan
Fungsi OS bagi Sesebuah Komputer - Ultimate Boot CD.
(Masalah OS corrupted atau kerosakkan pada cakera keras.)

4. Keselamatan Rangkaian Komputer atau Internet - Zeroshell Sebagai Gateway atau Router.
(Akses Internet tanpa perlu ada cakera keras, menerusi RAM sahaja)


Itulah antaranya keadaan-keadaan yang sesuai yang boleh kita gunakan terutama ketika keadaan genting dan terdesak. Jadi hentam sahajalah labu asalkan membantu kita dalam pekerjaan.

Untuk dapatkan distro-distro Linux OS Maya ini boleh Google atau Wikipedia. Nak Senang klik kat sambungan ini:-

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_live_CDs

Firkhan Ali ...




Friday, July 16, 2010

Dulu Lain Sekarang Lain, Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin

KESELAMATAN USB PEN DRIVE


Dalam dunia digital ini, alat untuk menyimpan data-data sangat penting seperti hard disk, disket dan USB Pen Drive atau USB Thumb Drive.

Namun begitu, sejak penggunaan Idisket lagi, storan data luaran ini menjadi punca utama jangkitan virus atau malware komputer kepada sesebuah komputer.

Bila dijangkiti virus, mulalah komputer akan meragam di sana sini. Kita yang memerlukannya untuk menyiapkan kerja-kerja dan sebagainya mulalah panik.

Itulah masa komputer itu dalam keadaan baik tidak dijaga dengan baik. Tiada masa untuk kemas kini fail patch atau security fix dan kemas kini perisian anti virus.

Namun begitu ketika penggunaan disket dahulu, ada cara untuk menyekat virus yang ada dalam disket itu merebak ke dalam komputer dan pada masa yang sama fail itu boleh dibaca pada komputer. Masih ingat? Pada bucu penjuru kanan atau kirinya terdapat suis yang terdapat simbol kunci mangga terbuka dan terkatup.

Dengan fungsi suis itulah kita dapat menyekat virus daripada disket merebak ke dalam komputer. Fungsi ini dinamakan sebagai Write Protected. Maknanya fail-fail yang ada dalam disket itu hanya boleh dibaca sahaja. Ia tidak boleh disalin atau diedit. Dengan itu virus-virus komputer tidak dapat merebak ke dalam komputer.

Konsep yang sama juga boleh dipraktikkan kepada USB Pen Drive atau Thumb Drive yang kini mengambil alih peranan yang dimainkan oleh disket hampir 99%. Mungkin masih ada lagi yang pakai disket.

Namun begitu, kebanyakkan USB Pen Drive ini tiada konsep suis atau kunci untuk Write Protected. Agak sukar untuk mencarinya di pasaran Malaysia dan sekiranya ada, ia berada pada harga yang mahal.

Oleh itu, kita boleh guna perisian pada komputer untuk menghidupkan fungsi Write Protected pada USB Pen Drive. Antara laman web yang boleh muat turun perisian ini adalah:

http://www.gaijin.at/dlusbwp.php

Jadi, bolehlah mencubanya untuk perlindungan komputer kita daripada dijangkiti virus daripada USB Thunb atau Pen Drive ini.

Selain daripada itu, kita boleh gunakan storan di Internet yang disediakan oleh pihak tertentu seperti SkyDrive daripada pihak Microsoft. Namun begitu saiz naik turun ke ruang storan itu dihadkan hanya kepada 50Mb sahaja.

Alamat webnya, http://www.windowslive.com/online/skydrive

Itulah, dulu lain sekarang dah lain. Dulu pakai disket, sekarang dah pakai USB Pen Drive.