Wednesday, December 8, 2010

Mari kita tengok siapa yang kena: Masalah Keselamatan Katalaluan

Masalah Keselamatan Kata laluan
-------------------------------------------

Kata laluan atau password merupakan satu teknik pengesahan yang digunakan untuk kemasukan seseorang ke dalam satu aplikasi dan sistem komputer.

Setiap daripada kita biasanya mempunyai banyak kata laluan untuk pelbagai tujuan. Ini menyukarkan kita untuk mengingati kesemua kata laluan tersebut. Jadi, jalan mudah adalah menggunakan kata laluan yang mudah dan sama untuk semua aplikasi dan sistem komputer.

Ini merupakan amalan yang tidak baik kerana amalan tersebut mengundang kepada masalah kata laluan yang lemah. Kata laluan yang kuat adalah ia mempunyai sekurang-kurangnya minimum 8 aksara yang dikombinasikan dengan huruf, simbol dan nombor. Ia juga perlu digunakan secara berlainan di antara satu aplikasi dengan aplikasi yang lain. Sila rujuk di sini.

Para penggodam amat tahu berkenaan dengan perkara-perkara ini. Penggunaan kata laluan yang lemah ini akan mudah terdedah kepada serangan kamus atau dictionary attack. Serangan kamus ini merupakan satu serangan yang menggunakan satu senarai kata laluan yang berkemungkinan untuk memasuki sesuatu aplikasi dan sistem komputer secara tidak sah.

PENYELESAIAN:-
--------------------------------

1. Sebagai seorang individu pastikan anda tahu apa tu amalan penggunaan kata laluan yang selamat dan kuat. Praktikan amalan tersebut terutama untuk akaun sistem maklumat yang melibatkan transaksi kewangan dan maklumat peribadi.


2. Sebagai sebuah organisasi, pastikan menyediakan prosedur, polisi dan latihan kepada para pekerja, pengguna dan pelanggan anda berkenaan dengan amalan penggunaan kata laluan yang selamat dan kuat.

3. Pasangkan poster-poster amalan penggunaan kata laluan secara selamat.

Monday, December 6, 2010

Masalah Keselamatan Nol Wayar Rangkaian

Semoga Allah merahmati semuanya.

Nol wayar rangkaian ialah wireless network. Teknologi terkini yang kita pakai kecuali yang menggunakan talian mobil adalah wi-fi. Teknologi wi-fi mudah untuk kita dapat capaiannya di mana-mana seperti di kedai mamak, lapangan terbang, stesen bas dan lain-lain. Begitu juga di syarikat-syarikat swasta dan jabatan-jabatan kerajaan.

Ia menjadi pilihan untuk capaian rangkaian komputer yang seterusnya mencapai capaian internet yang disediakan oleh pihak tertentu. Ia mudah untuk dicapai daripada sesebuah komputer dan bersifat fleksibel tanpa memerlukan wayar sambungan.

Namun begitu, masalahnya ialah keselamatan capaian maklumat menerusi teknologi tanpa wayar ini atau nol wayar. Ini kerana kesemua maklumat-makumat seperti kata laluan, maklumat peribadi, maklumat akaun bank dan lain-lain yang dicapai menerusi internet menerusi rangkaian tanpa wayar ini akan berawangan di ruang udara. Sesiapa yang berupaya untuk mencapainya akan memperolehi maklumat-maklumat tersebut.

Bayangkan maklumat-maklumat perniagaan seperti kertas kerja, e-mel para eksekutif, transaksi jual beli, maklumat projek perniagaan dan lain-lain dengan mudah dicapai oleh seseorang yang tidak berkaitan menerusi teknologi tanpa wayar ini daripada luar organisasi atau dari sebuah bangunan atau pejabat di sebelas organisasi terbabit. Ini kerana teknologi tanpa wayar tidak dibatasi capaiannya dalam bentuk fizikal seperti teknologi berwayar.

PENYELESAIAN
--------------------------------

1. Gunakan teknik enkripsi yang kuat untuk capaian internet tanpa wayar menggunakan teknologi wi-fi dan lain -lain seperti WPK dan lain-lain.

2. Bagi penggunaan capaian secara jarak jauh menggunakan VPN untuk mengurus sesebuah web portal, gunakan kaedah pengesahan dan teknik enkripsi yang kuat.

Tuesday, November 23, 2010

Bom Jangka Komputer: Kerosakkan RAM dan Kesan Pada Komputer

Salah satu punca yang menyebabkan sesebuah komputer itu tidak berfungsi dengan baik, selalu tersangkut-sangkut dan perlahan perjalanannya ialah komponen RAM-nya bermasalah.
RAM atau Random Access Memory merupakan satu lokasi ingatan tidak kekal dan sementara yang menyimpan maklumat-maklumat berkenaan dengan komputer yang sedang dijalankan.
Masalah RAM ini bukan sahaja akan menyebabkan operasi komputer menjadi perlahan malah ia boleh menyebabkan berlakunya letupan kecil pada papan utama menerusi sistem BIOS dan virus generasi baru kini berupaya beroperasi dalam memori RAM tersebut.
Di sini terdapat beberapa sebab yang akan menyebabkan prestasi RAM pada sesebuah komputer menurun iaitu:-
  1. Spesifikasi RAM yang digunakan tidak sesesuai dengan spesifikasi keperluan RAM bagi sesebuah komputer.
  2. Ruang storan bagi RAM terlalu penuh.
  3. Masalah kepanasan haba pada RAM.
  4. Kecacatan yang wujud pada RAM.

RAM berperanan penting dalam memberi impak kelajuan pada sesebuah komputer. Namun begitu jenis dan saiz RAM digunakan perlulah mengikut spesifikasi sistem komputer yang digunakan pada sistem pengoperasian dan spesifikasi papan utama atau motherboard.

Apa yang penting dari segi fizikalnya adalah RAM tersebut menyokong kelajuan papan utama dan bilangan slot yang terdapat padanya.

Sekiranya RAM yang dipasangkan itu tidak sama kelajuannya berkemungkinan ia boleh beroperasi tetapi prestasi capaiannya akan menurun dan perlahan.

Begitu juga dengan campuran RAM yang berlainan dari segi kelajuannya seperti PC 133, PC 256 dan sebagainya akan menyebabkan komputer menjadi perlahan kerana komputer berkemungkinan memilih RAM yang berkelajuan rendah yang terdapat dalam sesuatu slot pada papan utama.

Biasanya sekiranya komputer anda hanya menyokong atau bersaiz 16 bit. Maka maksimum saiz RAM yang berupaya adalah 2 kuasa 16 sahaja bersamaan 512Mb sahaja . Sekiranya terlebih, komputer masih boleh beroperasi tetapi prestasi capaiannya akan menurun atau perlahan.

Seterusnya adalah masalah kapasiti RAM yang tidak mengcukupi untuk melarikan sesebuah perisian atau program komputer. Kuota lokasi memori sudah penuh sepenuhnya. Ia juga menyebabkan prestasi operasi komputer menurun atau perlahan.

Ini bergantung kepada sesejenis perisian atau program yang digunakan. Setiap perisian atau program komputer ada keperluan minimum saiz RAM yang diperlukan. Sebagai contoh sistem pengoperasian itu sendiri seperti Windows XP 32 bit menghadkan saiz RAM kepada 4GB.

Penambahan bilangan atau saiz RAM kepada nilai maksimum yang menepati spesifikasi sesebuah sistem komputer dapat membantu meningkatkan prestasi capaian sesebuah komputer.

Kepanasan RAM yang melampau juga boleh memperlahankan prestasi capaian sesebuah komputer. Namun begitu teknologi RAM kini berupaya mengurangkan masalah ini seperti yang dicapai oleh SDRAM.

Sekiranya perlu boleh menambah aksesori kipas penyejukkan RAM pada sesebuah komputer dan pastikan kaki RAM tersebut bersih. Kerana pengumpulan habuk atau bendasing pada kaki RAM boleh meningkatkan pengeluaran haba dan seterusnya menyebabkan berlaku overheating.

Kecacatan yang berlaku pada RAM biasanya dapat dikesan dengan menggunakan alat-alat yang tertentu. Kadang kala ada sesetengah program komputer yang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah ini.

Masalah ini berlaku dalam kadar yang sedikit sahaja. Biasanya berlaku pada RAM yang dihasilkan dengan kualiti yang rendah atau sangat murah harganya.

RINGKASAN PERMASALAHAN RAM - KOMPUTER PERLAHAN

  1. Saiz dan jenis RAM yang tidak sesuai.
  2. Kapasiti RAM yang rendah.
  3. Pemanasan RAM melampau.
  4. RAM tersebut bermasalah secara fizikalnya.