Showing posts with label Komputer riba. Show all posts
Showing posts with label Komputer riba. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Sembang ICT 45: Sambungan Wayarles Komputer Riba. Utusan Malaysia. 28 November 2011.

Diskusi ICT 46

Bagaimanakah cara untuk membuat sambungan tanpa wayar di antara sebuah komputer riba dengan komputer riba yang lain?

Din, Mengkarak.

Sambungan tanpa wayar ini dikenali sebagai sambungan atau rangkaian tanpa wayar ad-hoc. Ia boleh digunakan untuk menghubungkan di antara satu komputer riba dengan komputer riba yang lain tanpa perlu infrastruktur rangkaian setempat atau internet.

Kebiasaannya ia lebih pantas dan stabil berbanding sambungan yang dibuat dengan kaedah bluetooth atau infra-red. Antara kelebihan yang diperolehi daripada wireless ad-hoc ini adalah seperti yang berikut:-

  1. Perkongsian sambungan akaun internet tanpa memerlukan wayar dan peralatan rangkaian yang lain dalam LANdengan menggunakan program Internet Connection Sharing.

2. Perkongsian fail dalam rangkaian dan mengurangkan pengunaan peralatan storan kedua seperti storan USB, cakera keras luaran dan lain-lain.

3. Penggunaan program komputer yang memerlukan lebih daripada seorang pengguna seperti permainan komputer secara rangkaian dan lain-lain.

Kaedah Sambungan.

1. Pergi ke program Wireless Network Connection. Klik pada pilihan Properties.

2. Klik butang Add.

3. Pada Network Name , masukan nama SSID atau Network seperti RangkaianP.

4. Masukan security key untuk keselamatan rangkaian.

5. Seterusnya tanda pada kekotak pilihan This is a computer…..

6. Klik OK dan seterusnya klik Continue anyway.

Setelah selesai melakukan konfigurasi ini, komputer riba tersebut boleh dilihat dan disambungkan daripada komputer riba yang lain.

Sekiranya mahu melakukan perkongsian sambungan internet, masuk pada pilihan Network Connection. Seterusnya pilih sambungan internet yang dikehendaki seperti Streamyx, 3G dan lain-lain. Pada sambungan internet tersebut, klik kanan dan pilih Properties > Advanced > Internet Connection Sharing.

Utusan Online

Tuesday, January 3, 2012

Sembang ICT 40.: Elak Komputer dijangkiti Virus Shortcut. Utusan Malaysia. 24 Oktober 2011.

Diskusi ICT 42

Komputer riba saya dijangkit virus Shortcut. Beberapa kali sudah diimbas dan dibersihkan tetapi masalah yang sama kembali semula. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Tantiana, Alor Akar.

Sebelum ini dalam ruangan Sembang ICT ini ada dibincangkan secara umum cara untuk menghindari daripada jangkitan virus kepada komputer dan cara untuk mengatasinya secara umum sekiranya berlaku jangkitan virus komputer. Boleh rujuk kembali perbincangan tersebut.

Jadi, sekiranya telah dijangkiti dengan virus Shotcut ini, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani masalah ini. Sebenarnya, fail-fail yang dijangkiti virus ini bukannya dimusnahkan atau dirosakan tetapi ia menjadi tersembunyi. Ia berselindung disebalik menjadikan fail-fail ini sebagai fail Shortcut supaya mangsa akan format komputernya untuk kembali kepada keadaan normal. Berikut adalah cara yang boleh diguna pakai untuk menangani masalah ini.

  1. Sila kemas kini sistem pengoperasian Windows dan perisian anti virus dengan program kemas kini yang terkini.

  1. Lakukan pengimbasan virus dengan perisian anti virus. Sekiranya masih tidak berjaya untuk mengesan virus tersebut, sila buat pengimbasan dalam mod Safe Mode. Sekiranya masih juga tidak berjaya, cuba mengimbasnya dengan perisian anti virus atau perisian keselamatan yang lain seperti program keselamatan yang dihasilkan oleh Microsoft dan sebagainya. Boleh juga muat turun mana-mana program Virus Shorcut Removal seperti yang terdapat di alamat URL, http://www.svrtool.webs.com/.

  1. Setelah diimbas dan dikesani, virus-virus ini sepatutya boleh dimusnahkan. Sekiranya masih ada fail-fail Shortcut yang dijangkiti virus tersebut, boleh membuangnya secara manual.

  1. Fail-fail yang dijangkiti virus ini boleh dikembalikan semula dengan cara manual atau dengan menggunakan aplikasi tertentu. Cara manual boleh digunakan dengan mengubah suai parameter tertentu dalam program Regedit supaya fail tersebut dinampakan semula atau dengan menaip beberapa arahan tertentu dalam program Command Prompt. Ia juga boleh disimpan sebagai fail batch, .bat. Larikan arahan yang berikut, attrib c:*.* /d /s -h -r –s. C adalah untuk pemacu C dalam cakera keras dan atribut-atribut yang digunakan boleh diketahui dengan menaip arahan help attrib.

  1. Fail-fail yang dijangkiti virus ini juga boleh dikembalikan dengan menggunakan aplikasi komputer tertentu yang berfungsi untuk mengembalikan semula fail-fail yang disembunyikan seperti program Hidden File Tool yang boleh dimuat turun di alamat URL, http://einsync.googlepages.com/hidden_file_tool_1.0.zip. Laksanakan seperti yang diarahakan dalam manual pengguna program tersebut.

  1. Seterusnya, laksanakan kembali pengimbasan kepada komputer tersebut mengunakan perisian anti virus dan perisian keselamatan.

Di antara cara lain yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengedit kembali struktur fail sistem yang dijangkiti dalam program Regedit dan boleh juga menggunakan program System Restore yang terdapat dalam Windows. Langkah-langkah tersebut juga boleh diaplikasikan kepada masalah-masalah virus yang hampir sama modus operandinya iaitu menyembunyikan fail. Ia juga boleh digunakan kepada pemacu storan USB yang dijangkiti virus ini.

Utusan Online.

Tuesday, December 14, 2010

Mana Pilihan Anda, Mahu Data atau Komputer Riba?

Antara Data yang Hilang dengan Komputer Riba

Pada masa kini, kebanyakkan komputer peribadi telah digantikan dengan penggunaan komputer riba. Ini kerana komputer riba mudah dibawa ke mana dan fleksibel. Namun begitu sekiranya ia hilang atau dicuri, apa akan jadi dengan kandungannya?

Aplikasi komputer boleh dicari atau dipasang semual tetapi sekiranya data dan maklumat yang hilang tanpa ada buat salinan pendua di mana-mana. Maka, peninglah kepala kita.

Namun begitu, sekiranya data-data itu sangat penting sehinggakan sekiranya ia jatuh kepada orang lain boleh mengancam nyawa kita dan keluarga kita, Bagaimana?

Terutama sekali, pada hari ini banyak kerja-kerja syarikat yang dibuat menggunakan komputer riba.

PENYELESAIANNYA
_________________________________

1. Polisi - Perlu ada polisi penggunaan komputer riba yang berkaitan dengan data-data dan kerja-kerja dengan syarikat.

2.Pendidikkan - Perlu ada panduan keselamatan dan sebagainya bagaimana untuk mengendalikan penggunaan komputer riba yang baik dan selamat.

3. Perimeter - Laksakakan program enkripsi ke atas data-data dan maklumat-maklumat yang ada dalam cakera keras komputer riba anda. Atau pun boleh melanggan sistem keselamatan yang lebih canggih seperti boleh menggunakan satelit dan sebagainya untuk mengesan dan menjejaki komputer riba tersebut.