Diskusi ICT 42
Komputer riba saya dijangkit virus Shortcut. Beberapa kali sudah diimbas dan dibersihkan tetapi masalah yang sama kembali semula. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?
Tantiana, Alor Akar.
Sebelum ini dalam ruangan Sembang ICT ini ada dibincangkan secara umum cara untuk menghindari daripada jangkitan virus kepada komputer dan cara untuk mengatasinya secara umum sekiranya berlaku jangkitan virus komputer. Boleh rujuk kembali perbincangan tersebut.
Jadi, sekiranya telah dijangkiti dengan virus Shotcut ini, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani masalah ini. Sebenarnya, fail-fail yang dijangkiti virus ini bukannya dimusnahkan atau dirosakan tetapi ia menjadi tersembunyi. Ia berselindung disebalik menjadikan fail-fail ini sebagai fail Shortcut supaya mangsa akan format komputernya untuk kembali kepada keadaan normal. Berikut adalah cara yang boleh diguna pakai untuk menangani masalah ini.
- Sila kemas kini sistem pengoperasian Windows dan perisian anti virus dengan program kemas kini yang terkini.
- Lakukan pengimbasan virus dengan perisian anti virus. Sekiranya masih tidak berjaya untuk mengesan virus tersebut, sila buat pengimbasan dalam mod Safe Mode. Sekiranya masih juga tidak berjaya, cuba mengimbasnya dengan perisian anti virus atau perisian keselamatan yang lain seperti program keselamatan yang dihasilkan oleh Microsoft dan sebagainya. Boleh juga muat turun mana-mana program Virus Shorcut Removal seperti yang terdapat di alamat URL, http://www.svrtool.webs.com/.
- Setelah diimbas dan dikesani, virus-virus ini sepatutya boleh dimusnahkan. Sekiranya masih ada fail-fail Shortcut yang dijangkiti virus tersebut, boleh membuangnya secara manual.
- Fail-fail yang dijangkiti virus ini boleh dikembalikan semula dengan cara manual atau dengan menggunakan aplikasi tertentu. Cara manual boleh digunakan dengan mengubah suai parameter tertentu dalam program Regedit supaya fail tersebut dinampakan semula atau dengan menaip beberapa arahan tertentu dalam program Command Prompt. Ia juga boleh disimpan sebagai fail batch, .bat. Larikan arahan yang berikut, attrib c:*.* /d /s -h -r –s. C adalah untuk pemacu C dalam cakera keras dan atribut-atribut yang digunakan boleh diketahui dengan menaip arahan help attrib.
- Fail-fail yang dijangkiti virus ini juga boleh dikembalikan dengan menggunakan aplikasi komputer tertentu yang berfungsi untuk mengembalikan semula fail-fail yang disembunyikan seperti program Hidden File Tool yang boleh dimuat turun di alamat URL, http://einsync.googlepages.com/hidden_file_tool_1.0.zip. Laksanakan seperti yang diarahakan dalam manual pengguna program tersebut.
- Seterusnya, laksanakan kembali pengimbasan kepada komputer tersebut mengunakan perisian anti virus dan perisian keselamatan.
Di antara cara lain yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengedit kembali struktur fail sistem yang dijangkiti dalam program Regedit dan boleh juga menggunakan program System Restore yang terdapat dalam Windows. Langkah-langkah tersebut juga boleh diaplikasikan kepada masalah-masalah virus yang hampir sama modus operandinya iaitu menyembunyikan fail. Ia juga boleh digunakan kepada pemacu storan USB yang dijangkiti virus ini.
Utusan Online.
No comments:
Post a Comment
Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.