Diskusi ICT 38
Ketika saya membuka program System Information dalam Windows terdapat masalah seperti yang terdapat dalam gambar yang berkut. Apakah yang perlu saya lakukan?
Johari, Tanjung Lumpur.
Bagi menyelesaikan masalah ini anda perlu aktifkan servis atau program Help and Support yang terdapat dalam Windows. Konfigur servis tersebut menjadi automatik supaya setiap kali Windows dibuka ia akan secara automatik diaktifkan.
Cara untuk konfigur program ini adalah seperti berikut:-
- Bagi membuka program ini ada dua cara iaitu dengan klik kepada START > RUN dan seterusnya taipkan perkataan Services.msc. Cara yang kedua ialah klik kanan pada My Computer dan klik Manage. Seterusnya klik Services and Applications dan klik Services.
- Seterusnya, dwi klik pada perkataan Help and Support yang terdapat disebelah kanan dalam tetingkap Services.
- Konfigurkan pada parameter Startup type kepada Automatic.
- Akhirnya klik pada butan Start dan klik OK.
Sekiranya, servis atau program Help and Support ini tiada dalam Services ini, sila cari dan muat turun fail helpsvc.zip. Seterusnya unzipped fail tersebut dan extract fail helpsvc.reg pada komputer. Dwi klik fail tersebut dan ia akan penuhkan maklumat yang perlu kepada program Registry dalam Windows. Ia akan mengembalikan servis Help and Support ke dalam program Services di Windows.
Perkara ini berlaku disebabkan mungkin tersilap buang fail tersebut di mana-mana bahagian dalam Windows terutama dalam Registry. Dengan sebab itu, ia tiada dalam senarai fail Services.msc.
Selain daripada itu ada dua cara untuk kembalikan servis Help and Support ini ke dalam Windows iaitu:-
1. Klik START>RUN dan tapi perkataan, %windir%\INF. Seterusnya, klik OK. Cari fail pchealth.inf, klik kanan dan pilih Install. Seterusnya ia memerlukan program pemasangan Windows seperti menerusi CD atau DVD. Seterusnya arahkan ia ke folder i386 dan klik OK.
2. Klik START>RUN dan taip cmd.exe. Dalam cmd.exe, taip baris demi baris arahan-arahan skrip yang berikut. Setiap baris yang ditaip perlu diikuti dengan Enter. Ia juga boleh dilakukan dengan menaip keseluruhan skrip dan simpan ia sebagai fail .bat seperti contoh FixHelp.bat. Seterusnya larikan fail tersebut. Skrip tersebut adalah seperti berikut:-
net stop helpsvc cd /d %windir%\pchealth\helpctr\binaries start /w helpsvc /svchost netsvcs /regserver /install start /w helpsvc /register start /w helpctr /regserver
|
Semoga ia bermanfaat untuk kita semua dalam menyelusuri lebuh raya maklumat dengan tujuan yang baik.
No comments:
Post a Comment
Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.