Diskusi ICT 41
Selalu dibincangkan amalan selamat dalam mengendalikan komputer berasaskan Windows dan Linux, bagaimana pula untuk komputer yang berasaskan Apple Mac?
Nathan, Kuantan.
Terima kasih. Secara umumnya, amalan yang selamat adalah sama sahaja iaitu pastikan data atau fail yang digunakan atau didapatkan daripada mana-mana punca adalah selamat dan bukannya virus atau malware. Begitu juga ketika melayari Internet, amalkan budaya yang selamat dalam melayari Internet. Namun begitu, di sini saya bincangkan beberapa amalan selamat yang lebih spesifik untuk pengguna komputer peribadi yang berasaskan Apple Mac.
- Hindari daripada amalan login atau masuk ke dalam komputer secara automatik. Ia boleh dikonfigur pada Login Option di Account dalam System Preference. Masukan nilai Off pada Automatic Login dan tukar kepada Display Login Windows dengan Name and Password.
- Pasang perisian anti-virus kepada komputer Mac dan kemas kini fail enjinnya selalu. Walaupun dikatakan komputer Mac kebal kepada virus tetapi ia boleh menjadi pembawa virus dan seterusnya menjangkiti komputer yang lain. Di antara perisian anti virus yang digunakan untuk komputer Mac adalah seperti CalmXav, Sophos dan lain-lain.
- Amalkan budaya selamat dalam melayari Internet. Boleh menggunakan aplikasi OpenDNS dan Google Public DNS untuk mengurangkan masalah Spoofing dan Phising ketika melayari Internet. Penggunaannya tidak memerlukan proses pemasangan tetapi hanya memasukkan alamat IP bagi aplikasi DNS tersebut ke dalam konfigurasi rangkaian atau pelayar web yang digunakan. Sebagai contoh, untuk OpenDNS, masukkan alamat IP 208.67.222.222 dan 208.67.220.220 pada ruangan kosong DNS. Bagi Google Public DNS, masukkan alamat IP 8.8.8.8 and 8.8.4.4 pada ruangan kosong DNS.
- Hidupkan dan konfigur dengan selamat aplikasi Firewall Lion dalam komputer Mac. Ia membantu menghalang keluar dan masuk trafik rangkaian yang tidak perlu dalam sesebuah komputer Mac. Lebih banyak servis yang diblok akan menyukarkan proses pencerobohan ke atas sesebuah komputer.
- Penggunaan aplikasi FileVault dalam komputer Mac. Ia merupakan satu aplilkasi yang digunakan untuk perlindungan data dan fail yang ada di dalam komputer Mac. Ia juga mempunyai fungsi enkripsi untuk sesuatu data yang penting dan sensitif. Buat kajian yang terperinci terlebih dahulu sekiranya ia perlu digunakan dan pastikan ia berada dalam polisi teknologi maklumat sekirany perlu.
Penggunaan komputer yang selamat perlu bagi mengelakan masalah yang lebih besar lagi menimpa seperti kehilangan data, reputasi diri, wang dan nyawa. Kos penyediaan perimeter keselamatan ini lebih murah berbanding kos untuk mengembalikan data yang telah rosak atau hilang. Fikir-fikirkanlah ketika menggunakan komputer.
No comments:
Post a Comment
Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.