Showing posts with label fail hilang. Show all posts
Showing posts with label fail hilang. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Sembang ICT 44: Masalah Fail Tidak Dijumpai. Utusan Malaysia. 21 November 2011.

Diskusi ICT 45

Setiap kali saya membuka PC, akan keluar pop up "Problem starting C:/Users/user/cnmss. The specified module could be found" seperti didalam gambar rajah, apa yang perlu saya lakukan?.



Yang Benar
Rafeah Md. Noor

Kenapa ia berlaku?

Secara umumnya, masalah ini berlaku kerana fail atau direktori (folder) tersebut tidak dijumpai oleh sistem komputer atau ia tidak wujud dalam komputer. Sekiranya ia wujud, fail atau direktori tersebut tidak boleh dibuang kerana ia sedang digunakan oleh sistem komputer. Jadi, ketika program Windows mula dilarikan dan ia mencari fail atau direktori tersebut tetapi tidak menjumpainya.

Simptomnya adalah seperti yang terdapat dalam gambar rajah. Antara simptom-simptom yanag lain adalah terdapat mesej ralat yang mempunyai ayat-ayat berikut iaitu "Cannot find...", "Cannot start...”, "Cannot load...", "Could not run...", Cannot run", "Error loading..." atau "specific module could not be found".

Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu;-

  1. Proses pembuangan sesebuah program komputer dibuat secara tidak lengkap atau proses pembuangannya bermasalah.

  1. Fail tersebut berada dalam senarai fungsi Startup Windows tetapi ia sudah tiada dalam komputer.

  1. Berlaku masalah gangguan terhadap sistem komputer Windows yang normal disebabkan oleh ada fail sistem Windows yang dibuang atau dijangkiti virus dan Malware.

Biasanya fail yang berkaitan dengan nama cnmss adalah kepunyaan sesebuah program komputer yang dihasilkan oleh pihak Canon seperti program pemacu pencetak Canon dan sebagainya.

Cara untuk mengatasinya?

Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah, sila kemas kini program Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Kemudian, boleh laksanakan mana-mana cara yang akan dibincangkan seterusnya.

  1. Imbas keseluruhan komputer dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini. Sekiranya ada virus, sila kenal pasti jenis virus dan ikuti langkah-langkah pembuangannya atau baik pulih.

  1. Sila membuat pembuangan program atau aplikasi komputer yang berkaitan secara bersih dan teratur. Sekiranya perlu, boleh dimuat turun aplikasi komputer yang digunakan untuk membuang mana-mana program komputer secara teratur dan bersih. Seterusnya, larikan program komputer tersebut dalam komputer.

  1. Fail atau direktori yang dikatakan hilang itu boleh dibuang secara manual dengan membuangnya dalam persekitaran mod selamat Windows atau Safe Mode. Ini sekiranya fail atau direktori tersebut masih ada dalam komputer.

  1. Sila buang fail atau direktori tersebut daripada konfigurasi senarai fail dalam Startup Windows. Ia boleh dilakukan secara manual dalam program msconfig pada tab Startup atau secara automatik dengan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti Autoruns dan lain-lain. Ia juga boleh dibuang secara manual menerusi program Regedit dengan melaksanakan pencarian fail terlebih dahulu. Pastikan program Regedit itu dibuat salinan pendua terlebih dahulu.

Program Autoruns dihasilkan secara percuma oleh pihak Microsoft. Ia boleh dimuat turun menerusi alamat URL, http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb963902.aspx.

Sekiranya ia disebabkan oleh virus atau malware, proses pengimbasan komputer boleh dilaksanakan dalam mod selamat. Pastikan juga komputer tersebut bebas daripada rangkaian dan internet.

Akhir sekali, sila kemas kini sekali lagi program Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Seterusnya, imbas kembali komputer yang bermasalah itu dengan perisian anti-virus.

Utusan Online.

Tuesday, January 3, 2012

Sembang ICT 35.: Tangani Fail Hilang. Utusan Malaysia. 19 September 2011

Diskusi ICT 36

Saya telah membeli sebuah Imation Apollo Portable Hard Disk Drive 500GB. Selepas itu saya telah memasukkan fail-fail penting ke dalam hard disk tersebut. Malangnya baru-baru ini hard disk tersebut tidak dapat digunakan kerana tiba-tiba tidak dapat dibaca oleh komputer saya dan komputer yang lain.


Lalu, saya telah pergi ke kedai tersebut dan dimaklumkan tiada apa yang boleh dilakukan dan hard disk itu perlu diformat. Saya tidak berpuashati kerana fail-fail yang terdapat di dalam hard disk tersebut sangat penting.

Malah, mereka tidak mahu menggantikan hard disk baru dan mahu menghantar hard disk saya ke KL untuk pemeriksaan. Saya sangat kesal dengan situasi ini kerana fail-fail tersebut amat penting untuk saya. Apa yang boleh saya lakukan?

Norbiha KL.

Sekiranya cekera keras atau hard disk tersebut dihantar untuk dapatkan jaminan mendapat cakera keras yang baru atau pembaikiannya, data-data yang ada di dalamnya tidak akan dikembalikan. Jadi, perlu dapatkan kembali data-data tersebut terlebih dahulu sekiranya perlu sebelum dihantar ke pihak pengeluar.

Kenapa ini berlaku?

  1. Masalah kabel yang bermasalah. Cuba menggunakan kabel USB yang lain untuk hubung ke komputer lain.
  2. Masalah bekalan kuasa atau power supply. Cuba menggunakan bekalan kuasa yang lain.
  3. Komponen Controller dalam cakera tersebut tidak berfungsi.
  4. Komponen cakera dalam cakera tersebut gagal berfungsi dengan baik. Kebiasaanya jangka hayat cakera ini lebih kurang 5 tahun.

Masalah kegagalan fungsi untuk cakera keras luaran ini tidak boleh dijangka dan kadang kala ia boleh berlaku di awal pembelian. Cakera keras luaran ini hanya sesuai untuk simpanan data bagi sementara waktu sahaja. Pastikan anda membuat salinan pendua data-data tersebut ke media-media lain seperti cakera keras dalaman, CD, DVD dan sebagainya.

Bagaimana untuk dapatkan data-data?

  1. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pastikan ia boleh berfungsi atau dibaca daripada komputer yang lain.
  2. Dalam Windows, cari program Disk Manager yang boleh dicapai di START> CONTROL PANEL> ADMINISTRATIVE TOOLS> COMPUTER MANAGEMENT> DISK MANAGEMENT.
  3. Cuba gunakan kabel USB yang lain atau yang sedia ada baik.
  4. Cuba gunakan bekalan kuasa yang lain.
  5. Kadangkala cara terakhir ini boleh membantu iaitu cakera tersebut dipanaskan atau disejukan. Jadi, masukan cakera keras tersebut selama 15 minit ke dalam peti sejuk. Kemudian, data-data tersebut berkemungkinan boleh dicapai dalam masa yang tidak lama.
  6. Hantar cekera keras tersebut kepada pihak pakar dengan bayaran yang agak mahal juga seperti di Vbuster, http://www.diskdoctors.com dan lain-lain.
  7. Cuba muat turun program-program komputer untuk kembalikan data daripada cakera keras yang bermasalah.

Program-program komputer untuk kembalikan data:-

  1. TestDisk – Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.

http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk

  1. Recuva – Ia digunakan untuk pelantar Windows. Terdapat versi freeware tetapi mempunyai fungsi yang terhad. http://www.recuva.com/

  1. PhotoRec - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.

http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec

  1. Restoration - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Ia adalah percuma.

http://www.aumha.org/a/recover.php

  1. Undelete Plus – Ia digunakan untuk pelantar Windows dan Mac. Ia adalah percuma.

http://undelete-plus.com/

  1. Getdataback - http://www.runtime.org/

Akhir kata, cakera keras luaran ini hanya untuk simpanan data sementara sahaja. Pastikan data-data yang berada di dalamnya dibuat salinan pendua ke tempat lain. Lakukan penjagaan yang baik dengan memastikan kurang gegaran berlaku ke atasnya. Pastikan juga sambungan yang dibuat untuk pemasangan pada komputer dilakukan dengan baik dan berhati-hati. Begitu juga untuk memisahkan atau eject daripada komputer yang digunakan, lakukannya dengan baik.

Utusan Online