Showing posts with label hard disk. Show all posts
Showing posts with label hard disk. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Sembang ICT 35.: Tangani Fail Hilang. Utusan Malaysia. 19 September 2011

Diskusi ICT 36

Saya telah membeli sebuah Imation Apollo Portable Hard Disk Drive 500GB. Selepas itu saya telah memasukkan fail-fail penting ke dalam hard disk tersebut. Malangnya baru-baru ini hard disk tersebut tidak dapat digunakan kerana tiba-tiba tidak dapat dibaca oleh komputer saya dan komputer yang lain.


Lalu, saya telah pergi ke kedai tersebut dan dimaklumkan tiada apa yang boleh dilakukan dan hard disk itu perlu diformat. Saya tidak berpuashati kerana fail-fail yang terdapat di dalam hard disk tersebut sangat penting.

Malah, mereka tidak mahu menggantikan hard disk baru dan mahu menghantar hard disk saya ke KL untuk pemeriksaan. Saya sangat kesal dengan situasi ini kerana fail-fail tersebut amat penting untuk saya. Apa yang boleh saya lakukan?

Norbiha KL.

Sekiranya cekera keras atau hard disk tersebut dihantar untuk dapatkan jaminan mendapat cakera keras yang baru atau pembaikiannya, data-data yang ada di dalamnya tidak akan dikembalikan. Jadi, perlu dapatkan kembali data-data tersebut terlebih dahulu sekiranya perlu sebelum dihantar ke pihak pengeluar.

Kenapa ini berlaku?

  1. Masalah kabel yang bermasalah. Cuba menggunakan kabel USB yang lain untuk hubung ke komputer lain.
  2. Masalah bekalan kuasa atau power supply. Cuba menggunakan bekalan kuasa yang lain.
  3. Komponen Controller dalam cakera tersebut tidak berfungsi.
  4. Komponen cakera dalam cakera tersebut gagal berfungsi dengan baik. Kebiasaanya jangka hayat cakera ini lebih kurang 5 tahun.

Masalah kegagalan fungsi untuk cakera keras luaran ini tidak boleh dijangka dan kadang kala ia boleh berlaku di awal pembelian. Cakera keras luaran ini hanya sesuai untuk simpanan data bagi sementara waktu sahaja. Pastikan anda membuat salinan pendua data-data tersebut ke media-media lain seperti cakera keras dalaman, CD, DVD dan sebagainya.

Bagaimana untuk dapatkan data-data?

  1. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pastikan ia boleh berfungsi atau dibaca daripada komputer yang lain.
  2. Dalam Windows, cari program Disk Manager yang boleh dicapai di START> CONTROL PANEL> ADMINISTRATIVE TOOLS> COMPUTER MANAGEMENT> DISK MANAGEMENT.
  3. Cuba gunakan kabel USB yang lain atau yang sedia ada baik.
  4. Cuba gunakan bekalan kuasa yang lain.
  5. Kadangkala cara terakhir ini boleh membantu iaitu cakera tersebut dipanaskan atau disejukan. Jadi, masukan cakera keras tersebut selama 15 minit ke dalam peti sejuk. Kemudian, data-data tersebut berkemungkinan boleh dicapai dalam masa yang tidak lama.
  6. Hantar cekera keras tersebut kepada pihak pakar dengan bayaran yang agak mahal juga seperti di Vbuster, http://www.diskdoctors.com dan lain-lain.
  7. Cuba muat turun program-program komputer untuk kembalikan data daripada cakera keras yang bermasalah.

Program-program komputer untuk kembalikan data:-

  1. TestDisk – Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.

http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk

  1. Recuva – Ia digunakan untuk pelantar Windows. Terdapat versi freeware tetapi mempunyai fungsi yang terhad. http://www.recuva.com/

  1. PhotoRec - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.

http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec

  1. Restoration - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Ia adalah percuma.

http://www.aumha.org/a/recover.php

  1. Undelete Plus – Ia digunakan untuk pelantar Windows dan Mac. Ia adalah percuma.

http://undelete-plus.com/

  1. Getdataback - http://www.runtime.org/

Akhir kata, cakera keras luaran ini hanya untuk simpanan data sementara sahaja. Pastikan data-data yang berada di dalamnya dibuat salinan pendua ke tempat lain. Lakukan penjagaan yang baik dengan memastikan kurang gegaran berlaku ke atasnya. Pastikan juga sambungan yang dibuat untuk pemasangan pada komputer dilakukan dengan baik dan berhati-hati. Begitu juga untuk memisahkan atau eject daripada komputer yang digunakan, lakukannya dengan baik.

Utusan Online

Thursday, December 16, 2010

Kegagalan Fungsi atau Data Hilang ?: Cakera Keras

Penjagaan Cakera Keras

-------------------------------------

Hard disk atau cakera keras merupakan satu komponen penting dalam komputer untuk menyimpan data atau maklumat. Harga cakera keras di pasaran sekarang ini adalah pada tahap yang sangat murah berbanding kapasitinya tinggi.

Dengan itu, cakera keras yang rosak boleh diganti atau dibeli dengan mudah dan murah. Namun begitu, data yang berada dalam cakera keras itu sangat penting. Sekiranya ia rosak atau hilang, kos untuk mengembalikannya sangatlah tinggi. Bagi mengembalikannya juga merupakan satu usaha yang rumit dan sukar.

Penjagaan cakera keras yang baik amat penting untuk menjaga data yang ada di dalamnya agar selamat.

Terdapat beberapa panduan penjagaan cakera keras iaitu:-

1. Sentiasa membuat Check Disk dan Disk Defragment dengan menggunakan program yang sedia ada dalam Windows seperti program chkdsk dan defragment. Ia penting untuk membuat penyelenggaraan ruang-ruang data yang ada dalam cakera keras. Ia juga boleh mengesan sebarang kerosakkan yang ada pada cakera keras tersebut.

2. Membuat bahagian cakera keras atau partition yang khusus untuk penyimpanan data dalam cakeras keras tersebut. Kenapa?

3. Sekiranya mengendalikan secara fizikal cakera keras tersebut, elakan daripada ia daripada terkena gelombang elektrostatik dan magnetik. Ia boleh merosakkan data dan cakera keras tersebut.

4. Pastikan persekitaran bilik yang menempatkan komputer dan sistem pengudaraan dalam komputer tersebut adalah baik dan berada pada suhu yang tidak panas.

5. Sekiranya perlu membuat sistem salinan pendua cakera keras itu kepada satu cakera keras yang lain.

6. Pastikan kedudukaan cakera keras dalam komputer itu stabil atau tidak bergerak-gerak. Ini boleh pastikan skru-skru yang digunaka diikat dengan baik. Sekiranya menggunakan cakera atau flash drive ia akan wujud secara lebih tetap pada sistem komputer. Ini akan mengurangkan cakera tersebut bergerak-gerak yang boleh merosakkan data atau cakera keras.

7. Wujudkan sistem pengurusan guna tenaga elektrik dengan baik dengan menggunakan program-program komputer tertentu. Seperti dalam Windows 7 ada program Balanced POwer Saving untuk itu.

8. Boleh menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu untuk mengawasi tahap kesihatan cakera keras seperti Acronis Drive MOnitor yang boleh dimuat secara percuma di internet.

Begitulah, panduan-panduan yang boleh kita praktikan untuk cakera keras kita di rumag atau di tempat kerja. Sekiranya ada panduan-panduan lain atau pertanyaan boleh dibuat pada komen ini atau e-mel ke sembangict@yahoo.com

Terima kasih. Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.