Showing posts with label internet explorer. Show all posts
Showing posts with label internet explorer. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Sembang ICT 20: Masih Masalah Facebook. Utusan Malaysia. 6 Jun 2011.


Diskusi ICT 20

Setiap kali saya masuk ke akaun facebook saya tiba-tiba keluar perkataan ini di skrin komputer:


INTERNET EXPLORER CANNOT OPEN THE INTERNET SITE http://www.facebook.com/home.php

Operation aborted

Apabila saya pangkah atau tekan OK di kekotak tersebut saya terpaksa login semula. Kadang-kadang hingga 2 atau 3 kali berturut-turut.

Apa masalahnya dan bagaimana untuk mengatasi supaya masalah tersebut tidak berulang lagi?

Sekian,terima kasih.

Sabrie, Kedah.

Bagi menjawab persoalan tersebut saya andaikan talian Internet anda baik, stabil dan tiada masalah. Ini berkemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada pelayar web Internet Explorer (IE) anda. Langkah yang baik adalah kemas kini dan tingkatkan versi pelayar web Internet Explorer yang digunakan atau menggunakan pelayar web yang lain seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera dan lain-lain.

Sekiranya tidak berupaya berbuat demikian atau masalah tersebut masih berlaku, terdapat beberapa cara yang boleh diikuti untuk penyelesaiannya.

  1. Masukan alamat URL Facebook ke dalam ruangan web yang dipercayai yang terdapat pada pelayar web IE. Ia boleh dicapai dengan anda masuk ke IE dan pergi ke Tools > Internet Options > Security > Trusted Sites. Nyah klik pada ruangan Require server verification sekiranya anda tidak menggunakan https pada laman Facebook

  1. Berkemungkinan terdapat beberapa perisian yang menyebabkan berlakunya penghalangan ini terutama perisian anti virus atau sekuriti sama ada yang dipasang atau telah dinyahpasangkan. Jadi, untuk mengelakan ia berlaku boleh lakukan beberapa perkara yang berikut.

· Start > Programs > Accessories > System Tools > IE with no Addons

· IE > Tools > Internet Options > Advanced Tab > klik Restore then click Reset > Apply / OK

· IE > Tools > Internet Options > Security Tab > klik reset all zones to default - Apply / OK

· IE > Tools > Internet Options > Advanced Tab. Nyah tanda bagi "Enable third-party browser extensions"

· IE > Tools > Manage Add-ons > Nyahkan SSV2 sekiranya ada kerana ia boleh menyebabkan masalah tersebut berlaku. Ia akan sentiasa dipasang kepada pelayar sekiranya kemas kini kepada Java dibuat.

· Tutup dan buka semula program IE

  1. Lakukan penyelenggaraan pada Windows bagi membuang dan membaik pulih segala fail sistem yang hilang dan rosak. Dengan itu, boleh lakukan beberapa perkara penyelenggaraan pada Windows seperti langkah-langkah yang seterusnya.

· Larikan program DiskCleanup dengan klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Cleanup.

· Klik Start > RUN. Kemudian taipkan perkataan
sfc /scannow. Klik butang OK.

· Larikan program checkdisk dan jadualkan program tersebut untuk beroperasi pada permulaan buka Windows seterusnya. Klik Apply > OK.

· Larikan perisian anti-virus yang dikemas kini. Boleh dapatkan ia secara percuma sekiranya tiada seperti Malwarebytes di URL, http://www.malwarebytes.org. Berkemungkinan juga ia disebabkan oleh virus seperti Trojan Vundo dan lain-lain.

· Sekiranya ada program Windows Defender, buka dan pergi ke Tools > Software Explorer. Lihat isu-isu berkaitan dengan perisian-perisian yang kelihatan bermasalah. Seterusnya, setkan ia kepada status, not permitted.

· Boleh dapatkan perisian BHOremover untuk membuang secara lebih baik perisian-perisian atau program komputer yang tidak diperlukan. Ia boleh diperolehi di URL, http://securityxploded.com/bhoremover.php.

  1. Terdapat ralat untuk pelayar web IE versi 6 dan 7 untuk membaca laman web yang mengandungi skrip atau kod Site Meter. Ia akan memaparkan mesej ralat yang sama. Bagi mengatasi masalah ini, menaik taraf pelayar web IE ke versi yang terkini atau ikuti langkah yang diberikan seterusnya.

· Buka pelayar web Internet Explorer.

· Klik pada Tools > Internet Options.

· Klik pada tab Security.

· Klik pada ikon Restricted Sites.

· Klik pada butang Sites.

· Pada ruangan Add this website to the zone, taipkan perkataan ‘*.sitemeter.com ’

· Klik pada butang Add. Klik pada Close dan OK.

  1. Boleh nyah aktifkan fungsi mesej ralat pada HTTP ini pada pelayar IE. Mesej ralat tersebut akan masih dipaparkan pada pelayar tetapi ia tidak akan ke laman yang lain dalam pelayar tersebut. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:-

· Buka menu Tools dan klik pada Internet Options.

· Pada tab Advanced, biarkan kosong kotak tanda sebelah pilihan Show friendly HTTP error messages. Ia berada di bawah tajuk Browsing.

· Klik butang OK.


  1. Nyah aktifkan fungsi Active Scripting dalam pelayar web IE. Ia akan mengelakkan daripada mana-mana skrip berfungsi dalam pelayar IE. Ini boleh dilakukan dengan beberapa langkah seperti yang berikut.

· Pada menu Tools, klik Internet Options.

· Pada tab Security, pilih zon yang akan membaca laman web tersebut.

· Cari bahagian Scripting, setkan Active Scripting kepada Disabled untuk halang mana-mana skrip atau kepada Prompt untuk maklumkan kepada kita terlebih dahulu sama ada untuk larikan atau tidak sesesuatu skrip yang dibaca oleh pelayar web IE.

· Klik OK.


  1. Ia juga boleh disebabkan masalah konfigurasi perisian paparan komputer DirectX. Sila benarkan fungsi DirectX Features beroperasi dalam program DirectX tersebut. Ini boleh dilakukan dengan pergi ke Start > Run > taip dalam kotak perkataan dxdiag > dan klik OK.. Seterusnya pada tab Display di ruangan Direct X Features, benarkan atau ENABLED fungsi untuk Direct Draw Acceleration dan Direct 3D Acceleration.

Itulah di antara beberapa perkara yang berkemungkinan boleh menyelesaikan masalah tersebut. Ia juga boleh disebabkan oleh pelayar web tersebut dipenuhi dengan terlalu banyak program plug-ins dan add-ons atau program-program tersebut tidak sesuai dengan versi atau pelayar web yang digunakan. Boleh juga dilakukan dengan mengosongkan ruangan cache pada pelayar web anda.

Walau bagaimanapun, cara yang terbaik adalah kemas kini pelayar web anda dan tingkatkan ia kepada versi yang paling terkini dan stabil.

Monday, December 12, 2011

Sembang ICT 12: Kenapa Cache Perlu Kosong ? Utusan Malaysia. 11 April 2011.

Setiap kali selepas keluar atau log out daripada laman web perbankan internet, sering kali ada arahan untuk meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa perlu mengosongkannya?

Murni, Temerlohs

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer. Ia akan berada di dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer.

Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut. Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan.

Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya. Namun begitu, sekiranya ia adalah komputer kepunyaan sendiri, bagaimana?

Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain? Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet.

Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman. Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi.

Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan. Seterusnya adalah kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox.

Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

  • Klik "Tools"
  • Pilih "Internet Options"
  • Klik "General"
  • Pada ruangan “Browsing History”, klik "Delete"
  • Pilih "Temporary Internet Files" dan klik "Delete"
  • Klik "OK"
Klik "OK" sekali lagi untuk menutup Internet Options.

Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

  • Klik "Tools"
  • Pilih "Options"
  • Pilih "Advanced" dan klik “Network”
  • Pada ruangan "Offline Storage" , klik "Clear Now"
  • Klik "OK"

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

  • Klik "Tools"
  • Pilih "Options" , pilih "Privacy"
  • Pada ruangan “History”, setkan bahagian “Firefox will:” kepada “Use custom settings for history”.
  • Klik kotak semakan untuk “Clear history when Firefox closes”.
  • Klik pada “Settings”, akan dipapar satu tetingkap ”Settings for Clearing History”.
  • Klik pada kotak semakan untuk ruangan ”Cache”.
  • Klik "OK" dan klik sekali lagi “OK”

Itulah maklumat dan panduan berkenaan dengan cache yang ada dalam pelayar web yang digunakan. Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web. Di sini, saya berikan panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox sahaja.

Sekiranya ada permintaan untuk pelayar-pelayar web yang lain, sila e-melkan kepada saya. Semoga semuanya memberi manfaat kepada semua.