Showing posts with label salinan pendua. Show all posts
Showing posts with label salinan pendua. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Sembang ICT 31.: Perisian untuk Salinan Pendua. Utusan Malaysia. 22 Ogos 2011.

Diskusi ICT 31

Salam. Saya ada beberapa soalan iaitu:-

1) Adakah kita perlu back up driver sebelum format dan restore semula selepas format?

Apakah perisian yang digunakan untuk back up?

2) Apakah perbezaan antara Windows 7 versi Ultimate, Home Premium dan

Professional?

3) Manakah versi Windows 7 yang paling ringan dan stabil?

Terima kasih.

Mamat, KL.

Wassalam.Terima kasih kembali di atas soalan tersebut.

Perisian pemacu atau driver tidak semestinya perlu dibuat salinan pendua atau back up sebelum format sesebuah komputer. Salinan pendua perisian pemacu perlu dibuat sekiranya tiada perisian pemacu tersebut untuk dipasang semula ke dalam sistem Windows atau memudahkan pemasangan semula perisian pemacu tersebut ke dalam sistem Windows.

Di antara perisian yang digunakan untuk membuat salinan pendua perisian pemacu tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Windows Backup
  2. Semper Driver Backup.
  3. Double Driver.
  4. DriverMax.

Salinan pendua perisian pemacu ini juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan fail batch.

Apa yang penting adalah kita perlu tahu lokasi di mana letaknya perisian pemacu tersebut dengan pergi ke Device Manager dan dwi klik mana-mana perisian pemacu dan pergi ke menu Driver > Driver Details. Biasa ia di simpan dalam C:\Windows\System32\Drivers.

Windows 7

Windows 7 adalah keluaran terkini sistem pengoperasian Microsoft Windows yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft untuk kegunaan komputer peribadi. Terdapat tujuh versi atau edisi keluaran Windows 7 ini iaitu Windows 7 Starter, Windows 7 Home Basic, Windows 7 Home Premium, Windows 7 Professional, Windows 7 Enterprise dan Windows 7 Ultimate.

Keperluan minimum perkakasan komputer untuk Windows 7 adalah seperti dalam jadual yang berikut.

Seni bina

32 bit

64 bit

Pemproses (CPU)

1 GHz x86

1 GHz x86-64

Memori (RAM)

1 GB

2GB

Kad Grafik

DirectX 9 / WDDM 1.0

Saiz ruang kosong Cakera Keras

16 GB

20 GB

Cakera Optikal

Cakera DVD

Edisi Windows 7 Starter

Edisi ini dikeluarkan untuk penggunaan komputer yang mempunyai kapasiti perkakasan yang rendah seperti Netbook. Fungsi-fungsi yang ada juga adalah sangat terhad.

Edisi Windows 7 Home Basic

Edisi ini dikeluarkan untuk penggunaan komputer secara individu di rumah untuk negara-negara tertentu yang prasarana dan pasaran teknologi komputer masih dalam tahap untuk berkembang seperti Rusia, Brazil, Argentina, Chile, China, India, Pakistan, Turki, Thailand, Mexico dan lain-lain.

Edisi Windows 7 Home Premium

Edisi ini dikeluarkan untuk penggunaan komputer secara individu di rumah untuk negara-negara tertentu yang maju dan pasaran yang luas dalam teknologi komputer seperti di Eropah, Amerika, Australia, Arab Saudi, Hong Kong dan lain-lain.

Edisi Windows 7 Professional

Edisi ini dikeluarkan untuk penggunaan komputer bagi pengguna-pengguna perniagaan kecil dan sederhana.

Edisi Windows 7 Enterprise

Edisi ini dikeluarkan untuk penggunaan komputer bagi pengguna-pengguna dalam segmen perniagaan yang bersifat besar. Perlesenannya dibuat secara dalam kuantiti yang banyak atau pukal di antara syarikat dengan pihak Microsoft.

Edisi Windows 7 Ultimate

Edisi ini dikeluarkan untuk penggunaan komputer secara individu di rumah. Ia mempunyai fungsi-fungsi dan kelebihan yang sama dengan Windows 7 Enterprise.

Perbandingan Edisi-Edisi Windows 7

Terdapat banyak perkara atau ciri-ciri yang boleh dibuat perbandingan di antara kesemua jenis versi atau edisi dalam Windows 7. Di sini, dibincangkan beberapa ciri-ciri yang penting untuk dibuat perbandingan. Edisi Enterprise dan Ultimate merangkumi kesemua ciri-ciri dan kelebihan-kelebihan yang ada dalam Windows 7.

Edisi /

Ciri-ciri

Starter

Home Basic

Home Premium

Professional

Enterprise

Ultimate

Bit Pengkomputeran

32 bit

32/64 bit

32/64 bit

32/64 bit

32/64 bit

32 /64 bit

Maksimum memori (RAM)

2 GB

4 /8 GB

4 /16 GB

4 /192 GB

4 /192 GB

4/192 GB

Bilangan CPU

1

1

1

2

2

2

Mod Windows XP

Tiada

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Ada

Enkripsi cakera BitLocker

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Antara muka multi bahasa

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Sistem Enkripsi Fail

Tiada

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Ada

Aplikasi AppLocker

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Pelayan Web IIS

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Ada

Ada

Perlesenan

OEM

Runcit/ OEM

Runcit/ OEM

Runcit/OEM/ pukal

Pukal

Runcit/ OEM

Multi monitor

Tidak

Sokong

Sokong

Sokong

Sokong

Sokong

Group Policy

Tiada

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Ada

Integrasi dengan Domain Windows Server

Tiada

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Ada

Baca Cakera Keras yang maya

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Ada

Ada

Bagi menentukan versi Windows 7 yang terbaik dan lebih stabil adalah terlalu abstrak kerana ia bergantung kepada keperluan dan penggunaan sesebuah komputer. Windows 7 Starter merupakan edisi yang paling ringan bagi komputer yang perkakasannya pada tahap minima tetapi mempunyai fungsi-fungsi yang sangat terhad. Begitulah juga sebaliknya.

Thursday, December 8, 2011

Persediaan Hadapi Bencana : Infra IT

Sesuatu bencana alam itu berlaku tanpa ada isyarat dan pentanda yang kukuh seperti tsunami, banjir, kebakaran dan sebagainya.

Apabila berlaku sesuatu bencan alam ini, ia akan melibatkan kemusnahan yang dasyat dan sukar untuk dihadapi.

Namun begitu, ia boleh diurus dan dirancang dari segi proses menghadapi sesuatu bencana alam itu dengan melakukan beberapa perkara termasuk dalam infrastruktur teknologi maklumat.

Infrastruktur IT berkemungkinan besar akan musnah semuanya tetapi data, maklumat dan proses yang terdapat di dalamnya boleh diurus dan dirancang untuk mengekalkan penggunaan dan penyimpanan data dalam keadaan baik.

1. BATERI YANG BAIK

Dapatkan bateri yang baik untuk back up atau sumber tenaga gantian apabila berlaku masalah dari segi bekalan tenaga elektrik.

Sekurang-kurangnya ia berfungsi agar tidak merosakan aset IT sedia ada. Seterusnya, mempunyai cukup masa untuk membuat salinan pendua, penyimpanan data dan perkara-perkara yang perlu.

2. Salinan Pendua Data

Laksanakan aktiviti salinan pendua data setiap kali selesai waktu bekerja setiap hari. Biasanya dilakukan di sebelah malam dan ia boleh dilakukan secara automatik.

Bukan sahaja melakukan salinan pendua itu di media yang lain tetapi bagi persediaan menghadapi bencana alam, amat penting ia di buat di tempat lain yang dikenali sebagai offsite backup.

Sekiranya perlu laksanakan offsite backup secara rawak di tempat-tempat yang berlainan.

3. Bina imej Penuh Salinan Pendua

Ia penting dilakukan bagi setiap minggu. Ini kerana pembinaan imej daripada setiap salinan pendua untuk keseluruhan data membolehkan ia dibaca di media yang berlainan.

4. Dokumentasi Maklumat Aset IT

Laksanakan dokumentasi secara perincian bagi semua aset IT yang ada terutama maklumat berkenaan dengan komputer dan aplikasi pelayan serta aplikasi-aplikasi yang digunakan oleh para pengguna.

Begitu juga dengan arkitektur dan komponen rangkaian juga pelu didokumentasi dengan terperinci.

5. Buat Semakan Staus RAID array.

Ini penting bagi memastikan data-data yang berada dalam storan berupaya dikendalikan dengan baik terutama ketika berlaku bencana alam.

Sekiranya berlaku kegagalan, sila buat penggantian yang baru pada kadar segera.

6. Salinan Pendua Laman Web dan Perisian

Perlu ada salinan pendua laman web yang berada di tempat lain atau offsite. Pastikan ia boleh beroperasi daripada tempat lain tersebut sekiranya berlaku masalah di organisasi.

Ia penting kerana sekurang-kurangnya laman web ini boleh berperanan dalam membantu pengoperasian semula organisasi.

Salinan Pendua Perisian juga penting dibuat di tempat yang berasingan bagi memastikan organisasi berupaya beroperasi semula setelah menghadapi bencana alam pada kadar masa yang cepat.

7. Bangunkan Perancangan Pemulihan yang Mantap

Ini perkara yang amat kritikal dan sangat penting. Pastikan semua orang faham dan tahu peranan masing-masing sekiranya berlaku bencana alam.

Ia juga perlu dinilai dan diuji agar siap siaga beroperasi dengan baik sekiranya berlaku bencana alam.



Doa pada Allah Taala dan usaha kita amat penting bagi menangani masalah bencana alam ini.

Fikirkan@Firkhan......