Thursday, December 8, 2011

Persediaan Hadapi Bencana : Infra IT

Sesuatu bencana alam itu berlaku tanpa ada isyarat dan pentanda yang kukuh seperti tsunami, banjir, kebakaran dan sebagainya.

Apabila berlaku sesuatu bencan alam ini, ia akan melibatkan kemusnahan yang dasyat dan sukar untuk dihadapi.

Namun begitu, ia boleh diurus dan dirancang dari segi proses menghadapi sesuatu bencana alam itu dengan melakukan beberapa perkara termasuk dalam infrastruktur teknologi maklumat.

Infrastruktur IT berkemungkinan besar akan musnah semuanya tetapi data, maklumat dan proses yang terdapat di dalamnya boleh diurus dan dirancang untuk mengekalkan penggunaan dan penyimpanan data dalam keadaan baik.

1. BATERI YANG BAIK

Dapatkan bateri yang baik untuk back up atau sumber tenaga gantian apabila berlaku masalah dari segi bekalan tenaga elektrik.

Sekurang-kurangnya ia berfungsi agar tidak merosakan aset IT sedia ada. Seterusnya, mempunyai cukup masa untuk membuat salinan pendua, penyimpanan data dan perkara-perkara yang perlu.

2. Salinan Pendua Data

Laksanakan aktiviti salinan pendua data setiap kali selesai waktu bekerja setiap hari. Biasanya dilakukan di sebelah malam dan ia boleh dilakukan secara automatik.

Bukan sahaja melakukan salinan pendua itu di media yang lain tetapi bagi persediaan menghadapi bencana alam, amat penting ia di buat di tempat lain yang dikenali sebagai offsite backup.

Sekiranya perlu laksanakan offsite backup secara rawak di tempat-tempat yang berlainan.

3. Bina imej Penuh Salinan Pendua

Ia penting dilakukan bagi setiap minggu. Ini kerana pembinaan imej daripada setiap salinan pendua untuk keseluruhan data membolehkan ia dibaca di media yang berlainan.

4. Dokumentasi Maklumat Aset IT

Laksanakan dokumentasi secara perincian bagi semua aset IT yang ada terutama maklumat berkenaan dengan komputer dan aplikasi pelayan serta aplikasi-aplikasi yang digunakan oleh para pengguna.

Begitu juga dengan arkitektur dan komponen rangkaian juga pelu didokumentasi dengan terperinci.

5. Buat Semakan Staus RAID array.

Ini penting bagi memastikan data-data yang berada dalam storan berupaya dikendalikan dengan baik terutama ketika berlaku bencana alam.

Sekiranya berlaku kegagalan, sila buat penggantian yang baru pada kadar segera.

6. Salinan Pendua Laman Web dan Perisian

Perlu ada salinan pendua laman web yang berada di tempat lain atau offsite. Pastikan ia boleh beroperasi daripada tempat lain tersebut sekiranya berlaku masalah di organisasi.

Ia penting kerana sekurang-kurangnya laman web ini boleh berperanan dalam membantu pengoperasian semula organisasi.

Salinan Pendua Perisian juga penting dibuat di tempat yang berasingan bagi memastikan organisasi berupaya beroperasi semula setelah menghadapi bencana alam pada kadar masa yang cepat.

7. Bangunkan Perancangan Pemulihan yang Mantap

Ini perkara yang amat kritikal dan sangat penting. Pastikan semua orang faham dan tahu peranan masing-masing sekiranya berlaku bencana alam.

Ia juga perlu dinilai dan diuji agar siap siaga beroperasi dengan baik sekiranya berlaku bencana alam.



Doa pada Allah Taala dan usaha kita amat penting bagi menangani masalah bencana alam ini.

Fikirkan@Firkhan......


No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.