Tuesday, January 3, 2012

Sembang ICT 37.: Masalah pada Windows. Utusan Malaysia. 3 Oktober 2011.






Diskusi ICT 38

Ketika saya membuka program System Information dalam Windows terdapat masalah seperti yang terdapat dalam gambar yang berkut. Apakah yang perlu saya lakukan?


Johari, Tanjung Lumpur.

Bagi menyelesaikan masalah ini anda perlu aktifkan servis atau program Help and Support yang terdapat dalam Windows. Konfigur servis tersebut menjadi automatik supaya setiap kali Windows dibuka ia akan secara automatik diaktifkan.

Cara untuk konfigur program ini adalah seperti berikut:-

  1. Bagi membuka program ini ada dua cara iaitu dengan klik kepada START > RUN dan seterusnya taipkan perkataan Services.msc. Cara yang kedua ialah klik kanan pada My Computer dan klik Manage. Seterusnya klik Services and Applications dan klik Services.

  1. Seterusnya, dwi klik pada perkataan Help and Support yang terdapat disebelah kanan dalam tetingkap Services.

  1. Konfigurkan pada parameter Startup type kepada Automatic.

  1. Akhirnya klik pada butan Start dan klik OK.

Sekiranya, servis atau program Help and Support ini tiada dalam Services ini, sila cari dan muat turun fail helpsvc.zip. Seterusnya unzipped fail tersebut dan extract fail helpsvc.reg pada komputer. Dwi klik fail tersebut dan ia akan penuhkan maklumat yang perlu kepada program Registry dalam Windows. Ia akan mengembalikan servis Help and Support ke dalam program Services di Windows.

Perkara ini berlaku disebabkan mungkin tersilap buang fail tersebut di mana-mana bahagian dalam Windows terutama dalam Registry. Dengan sebab itu, ia tiada dalam senarai fail Services.msc.

Selain daripada itu ada dua cara untuk kembalikan servis Help and Support ini ke dalam Windows iaitu:-

1. Klik START>RUN dan tapi perkataan, %windir%\INF. Seterusnya, klik OK. Cari fail pchealth.inf, klik kanan dan pilih Install. Seterusnya ia memerlukan program pemasangan Windows seperti menerusi CD atau DVD. Seterusnya arahkan ia ke folder i386 dan klik OK.

2. Klik START>RUN dan taip cmd.exe. Dalam cmd.exe, taip baris demi baris arahan-arahan skrip yang berikut. Setiap baris yang ditaip perlu diikuti dengan Enter. Ia juga boleh dilakukan dengan menaip keseluruhan skrip dan simpan ia sebagai fail .bat seperti contoh FixHelp.bat. Seterusnya larikan fail tersebut. Skrip tersebut adalah seperti berikut:-

net stop helpsvc

cd /d %windir%\pchealth\helpctr\binaries

start /w helpsvc /svchost netsvcs /regserver /install

start /w helpsvc /register

start /w helpctr /regserver

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua dalam menyelusuri lebuh raya maklumat dengan tujuan yang baik.

Utusan Online.

Sembang ICT 36. : Bezakan Keupayaan Komputer. Utusan Malaysia. 26 September 2011.

Diskusi ICT 37

Bagaimanakah untuk kita tahu Windows yang digunakan tersebut versi 32 bit atau versi 64 bit? Apakah yang dikatakan versi 32 bit dan 64 bit tersebut?

Den, Kuala Pilah.

Kebiasaannya, bagi Windows XP, ia menggunakan versi 32 bit manakala bagi Windows 7 atau Windows Vista berkemungkinan besar ia menggunakan versi 64 bit. Ini penting untuk diketahui apabila kita mahu memasang perisian pemacu untuk sesebuah perkakasan atau mana-mana program aplikasi pada sesebuah komputer. Sekiranya tersilap versi, program komputer tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik atau boleh menyebabkan komputer bermasalah.

Bagi mengetahui sama ada Windows yang digunakan adalah versi 32 bit atau 64 bit, sila dapatkan maklumat pemasangan sistem pengoperasian atau Windows yang terdapat dalam program Control Panel>System and Maintenance>System. Ia juga boleh diperolehi menerusi program System Information yang terdapat di dalam Windows.

Namun begitu, tiada Windows versi 64 bit bagi edisi Windows 7 Starter, Windows Vista Starter, Windows XP Home dan Windows XP Media Center.

Pengkomputeran 32 bit atau 64 bit merupakan cara bagaimana pemproses komputer atau Central Processing Unit (CPU) mengendalikan data dalam sesebuah komputer. Ia mempengaruhi saiz maksimum bagi sesebuah memori atau Random Access Memory (RAM) bagi sesebuah komputer. Sebagai contoh, komputer 32 bit mempunyai saiz RAM yang maksimum bersamaan dengan 232 = 4GB berbanding komputer 64 bit iaitu 8GB ke atas bersamaan dengan 264. Ia juga bergantung kepada keupayaan sistem komputer yang ada.

Begitu juga satu masa dahulu, kita menggunakan komputer 8 bit yang mempunyai had maksimum saiz RAM-nya pada 28 = 256 MB. Bila ditambah saiz RAM kepada 512 MB, komputer akan menjadi bertambah perlahan kerana komputer atau pemproses tidak berupaya untuk memproses lebihan saiz RAM tersebut.

Perbandingan komputer 32 bit dengan komputer 64 bit ini boleh diibaratkan seumpama sebuah lebuh raya yang mempunyai 32 laluan dan lebuh raya yang mempunyai 64 laluan. Manakah yang lebih baik, cepat dan berkesan?

Jadi, pengkomputeran 64 bit atau 32 bit ini adalah berasaskan kepada keupayaan pemproses atau CPU bagi sesebuah komputer. Sekiranya menggunakan komputer 64 bit, penggunaan sistem pengoperasian, perisian-perisian pemacu dan aplikasi-aplikasi komputer pada komputer tersebut mestilah berasaskan 64 bit.

Kebanyakan aplikasi komputer yang dibangunkan berasaskan 32 bit biasanya boleh digunakan oleh komputer 64 bit tetapi aplikasi komputer 64 bit tidak boleh digunakan oleh komputer 32 bit. Manakala bagi aplikasi pemacu atau driver pula perlu mengikut jenis komputer sama ada 32 bit atau 64 bit. Komputer 64 bit juga tidak boleh melarikan program komputer 16 bit.

Bagi mengetahui had maksimum saiz bagi sesebuah memori atau RAM ini ialah dengan melakukan formula, 2 kuasa dengan bit pengkomputerannya. Sebagai contoh, bagi komputer 8 bit, 28 bersamaan dengan 256 MB saiz RAM-nya dan komputer 32 bit pula, 232 bersamaan dengan 4.3 ribu juta atau billion atau 4GB saiz RAM-nya. Ini kerana komputer hanya boleh membaca dua nombor sahaja iaitu 0 dan 1 bagi mewakili bit-bit tersebut.

Kelebihan pengkomputeran 64 bit ini adalah keupayaan pemproses atau CPU dapat digunakan dengan optimum yang mungkin dan komputer berupaya mendapatkan saiz memori RAM yang besar. Ini dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan komputer dalam memproses arahan-arahan yang diberikan terutama aplikasi-aplikasi multimedia dan keselamatan. Masalahnya ialah masih terdapat kekurangan aplikasi-aplikasi komputer yang ditulis untuk pengkomputeran 64 bit buat masa kini. Namun demikian, ia akan terus berkembang untuk masa akan datang.


Utusan Online.

Sembang ICT 35.: Tangani Fail Hilang. Utusan Malaysia. 19 September 2011

Diskusi ICT 36

Saya telah membeli sebuah Imation Apollo Portable Hard Disk Drive 500GB. Selepas itu saya telah memasukkan fail-fail penting ke dalam hard disk tersebut. Malangnya baru-baru ini hard disk tersebut tidak dapat digunakan kerana tiba-tiba tidak dapat dibaca oleh komputer saya dan komputer yang lain.


Lalu, saya telah pergi ke kedai tersebut dan dimaklumkan tiada apa yang boleh dilakukan dan hard disk itu perlu diformat. Saya tidak berpuashati kerana fail-fail yang terdapat di dalam hard disk tersebut sangat penting.

Malah, mereka tidak mahu menggantikan hard disk baru dan mahu menghantar hard disk saya ke KL untuk pemeriksaan. Saya sangat kesal dengan situasi ini kerana fail-fail tersebut amat penting untuk saya. Apa yang boleh saya lakukan?

Norbiha KL.

Sekiranya cekera keras atau hard disk tersebut dihantar untuk dapatkan jaminan mendapat cakera keras yang baru atau pembaikiannya, data-data yang ada di dalamnya tidak akan dikembalikan. Jadi, perlu dapatkan kembali data-data tersebut terlebih dahulu sekiranya perlu sebelum dihantar ke pihak pengeluar.

Kenapa ini berlaku?

  1. Masalah kabel yang bermasalah. Cuba menggunakan kabel USB yang lain untuk hubung ke komputer lain.
  2. Masalah bekalan kuasa atau power supply. Cuba menggunakan bekalan kuasa yang lain.
  3. Komponen Controller dalam cakera tersebut tidak berfungsi.
  4. Komponen cakera dalam cakera tersebut gagal berfungsi dengan baik. Kebiasaanya jangka hayat cakera ini lebih kurang 5 tahun.

Masalah kegagalan fungsi untuk cakera keras luaran ini tidak boleh dijangka dan kadang kala ia boleh berlaku di awal pembelian. Cakera keras luaran ini hanya sesuai untuk simpanan data bagi sementara waktu sahaja. Pastikan anda membuat salinan pendua data-data tersebut ke media-media lain seperti cakera keras dalaman, CD, DVD dan sebagainya.

Bagaimana untuk dapatkan data-data?

  1. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pastikan ia boleh berfungsi atau dibaca daripada komputer yang lain.
  2. Dalam Windows, cari program Disk Manager yang boleh dicapai di START> CONTROL PANEL> ADMINISTRATIVE TOOLS> COMPUTER MANAGEMENT> DISK MANAGEMENT.
  3. Cuba gunakan kabel USB yang lain atau yang sedia ada baik.
  4. Cuba gunakan bekalan kuasa yang lain.
  5. Kadangkala cara terakhir ini boleh membantu iaitu cakera tersebut dipanaskan atau disejukan. Jadi, masukan cakera keras tersebut selama 15 minit ke dalam peti sejuk. Kemudian, data-data tersebut berkemungkinan boleh dicapai dalam masa yang tidak lama.
  6. Hantar cekera keras tersebut kepada pihak pakar dengan bayaran yang agak mahal juga seperti di Vbuster, http://www.diskdoctors.com dan lain-lain.
  7. Cuba muat turun program-program komputer untuk kembalikan data daripada cakera keras yang bermasalah.

Program-program komputer untuk kembalikan data:-

  1. TestDisk – Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.

http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk

  1. Recuva – Ia digunakan untuk pelantar Windows. Terdapat versi freeware tetapi mempunyai fungsi yang terhad. http://www.recuva.com/

  1. PhotoRec - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.

http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec

  1. Restoration - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Ia adalah percuma.

http://www.aumha.org/a/recover.php

  1. Undelete Plus – Ia digunakan untuk pelantar Windows dan Mac. Ia adalah percuma.

http://undelete-plus.com/

  1. Getdataback - http://www.runtime.org/

Akhir kata, cakera keras luaran ini hanya untuk simpanan data sementara sahaja. Pastikan data-data yang berada di dalamnya dibuat salinan pendua ke tempat lain. Lakukan penjagaan yang baik dengan memastikan kurang gegaran berlaku ke atasnya. Pastikan juga sambungan yang dibuat untuk pemasangan pada komputer dilakukan dengan baik dan berhati-hati. Begitu juga untuk memisahkan atau eject daripada komputer yang digunakan, lakukannya dengan baik.

Utusan Online