Monday, October 25, 2010

5 Masalah Keselamatan IT yang Sering Berlaku di Organisasi

Kali ini dibincangkan lima masalah keselamatan IT yang sering berlaku di sesebuah organisasi. Dengan itu, kita boleh bersedia dengan apa sahaja penyelesaiannya. Kali ini disenaraikan sahaja lima masalah tersebut. Sekiranya ada masa saya akan cuba kupaskan sedikit isu-isu tersebut.

1. MASALAH RANGKAIAN TANPA WAYAR YANG MUDAH DICEROBOHI

2. PENGGUNAAN KATA LALUAN YANG LEMAH - TEKNIKAL DAN PENGGUNAAN

3. TIDAK NYAH AKTIF AKAUN KOMPUTER BEKAS PEKERJA

4. PENGGUNAAN PEMACU USB YANG TIDAK DIKAWAL

5. KOMPUTER RIBA ATAU PERALATAN MEDIA YANG TIDAK DIENKRIP

Inilah di antara masalah-masalah yang sering berlaku dalam sesebuah organisasi yang menggunakan teknologi maklumat dalam urusan bisnes mereka.




Friday, October 22, 2010

Carta Sepuluh Teknologi 2011 di Dunia

Salam Jumaat,

Semoga Allah merahmati dan meredhai kita di hari Jumaat yang mulia ini.

Kini kita sedah sampai ke penghujung tahun 2010. Seperti biasalah banyak perancagan-perancangan dan jangkaan-jangkaan yang akan dibuat untuk masa hadapan.

Begitu juga dengan dunia teknologi dan teknologi maklumat. Di sini disenaraikan sepuluh jenis teknologi yang dijangka menjadi panas atau popular untuk tahun 2011.

Ini adalah hasil kajian syarikat pakar penyelidikkan di dunia iaitu, Gartner.

1. PENGKOMPUTERAN KEPUL atau CLOUD COMPUTING

2. APLIKASI MOBIL DAN MEDIA TABLET.

3. ALAT PENGANALISA GENERASI BARU

4. ALAT PENGANALISA SOSIAL

5. ALAT KERJASAMA DAN KOMUNIKASI SOSIAL.

6. VIDEO

7. 'CONTEXT AWARE COMPUTING'

8. 'UBIQUITIOUS COMPUTING'

9. MEMORY 'STORAGE CLASS'

10. INFRASTRUKTUR IT DAN KOMPUTER YANG BERASASKAN FABRIK

Jadi marilah kita sama-sama mengambil peluang ini sekiranya terdapat ruang dan peluang. Di samping itu, kita boleh melihat akan perkembangannya. Adakah ia betul-betul akan popular?

Friday, October 8, 2010

Bolos lagi .... Alamak!

SEPULUH PROGRAM FIREWALL YANG MURAH ATAU PERCUMA

Ini bukan pasal bola dan bukan juga pasal menahan tajur untuk tangkap ikan. Ini cerita pasal Internet atau rangkaian komputer. Apabila kita berhubung antara satu sama lain seperti melayari Internet, kita sebenarnya bertukar-tukar bola atau mesej atau paket di antara komputer kita dengan komputer yang lain.

Jadi, ia boleh mendatangkan isu keselamatan daripada pihak yang tak bertanggung jawab di Internet. Ada beberapa program tapisan paket-paket atau mesej-mesej antara komputer kita dengan komputer-komputer yang lain dalam rangkaian atau Internet. Di bawah disertakan 10 jenis program tapisan rangkaian atau Firewall yang percuma dan murah untuk kita gunakan di pejabat atau di rumah.

  1. Zone Alarm Free. (Percuma untuk kegunaan individu atau tanpa ada keuntungan)
  2. Firewall Builder.(Linux - BSD)
  3. Firestarter. (Percuma) - Offers advanced kernel tuning for firewall rules.
  4. Gufw. (Percuma) - Simple firewall on an Ubuntu machine.
  5. Online Armor Premium. (lesen bermula USD 40) - Proclaims to be the best choice if you do online banking.
  6. Comodo Firewall. (Percuma tetapi versi yang lebih baik dengan fungsi anti virus perlu dibeli)
  7. PCTools Firewall Plus (percuma)

  8. Outpost Pro. (Lesen dengan harga berluma USD 40)

  9. Lavasoft Personal Firewall. (Lesen denganharga berluma USD 40)
  10. Eset Smart Security. (Lesen denganharga berluma USD 40)

Itulah antaranya program-program komputer untuk fungsi Firewall atau penapisan mesej di rangkaian atau Internet. Namun begitu dalam sistem pengoperasian Linux atau BSD sudah ada fungsi penapisan yang mantap dan boleh dibangunkan sebagai satu sistem keselamatan Firewall. Dalam Windows juga terdapat tetapi hanya untuk tapisan yang asas sahaja.

Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.

Thursday, October 7, 2010

Tak Nak Jadi 'So Chai'

LIMA PANDUAN BERBERLANJA DI INTERNET

Dunia sempadan hari ini memudahkan segala urusan kita termasuk berbelanja atau membeli barang-barang. Namun begitu ia juga memudahkan jenayah merampas hak orang lain berlaku seperti menggunakan kad kredit orang lain tanpa diketahui atau menceroboh akaun bank seseorang.

Jadi,di sini dikongsikan bersama panduan dalam kita berbelanja di Internet secara selamat.

  1. Pertamanya, pastikan laman web yang kita nak berurusan atau melakukan sebarang transaksi kewangan boleh dipercayai dengan memastikan alamatnya betul dan menggunakan program pengecaman web bersama-sama dengan pelayar web anda atau browser seperti Web of Trust, LinkExtend, McAfee SiteAdvisor dan lain-lain.
  2. Keduanya, pastikan sambungan Internet anda adalah selamat digunakan untuk sebarang transaksi kewangan. Ini dengan memastikan web tersebut mengunakan https pada alamatnya yang mana https adalah protokol keselamatan untuk sesebuah laman web. Ia menggunakan certificate keselamatan untuk sebarang sambungan.
  3. Ketiga, berhati-hati dengan tawaran pengiklanan yang bukan dalam Internet dan jangan sewenang-wenangnya melanggan atau memberi informasi kepada tawaran pengiklanan yang diragui tersebut. Ia juga dikenali sebagai coupon-click fraud dalam istilah keselamatan IT.
  4. Keempat, sekiranya kita kerap menggunakan perkhidmatan Internet dalam transaksi kewangan atau berbelanja, pastikan semak sekerap mungkin akaun bank atau kad kredit anda. Sila buat laporan dengan segera sekiranya didapati ada transasksi yang mencurigakan.
  5. Akhirnya, sekiranya boleh atau ada, pastikan anda menggunakan kad kredit yang mempunyai nombor sirinya untuk sekali transaksi sahaja dan berubah untuk transaksi yang lain.
Diharapkan kemudahan dalam melaksanakan transaksi kewangan di INternet memudahkan kita dan tidak menakutkan. Sebab itu sekarang ini CyberSecurity kerap berkempen untuk melayari Internet secara selamat. Pengetahuan dan pendidikkan penting agar kita dapat melayari Internet secara selamat dan bukan sahaj untuk berbelanja.

Friday, October 1, 2010

Hebatnya Komputer Kini, Hebat Lagi Manusia Tetapi Maha Hebat Lagi Allah Taala yang Mencipta

ANTARA 10 SEBAB KOMPUTER ANDA MENJADI LEMBAB

Komputer hari ini menjadi satu alat yang hebat pada abad ini kerana kebolehannya melakukan pelbagai kerja untuk manusia. Sehinggakan hari boleh dikatakan kebanyakkan kerja memerlukan penggunaan alat ini.

Namun begitu manusia yang menciptanya lagi hebat kerana berupaya membina satu alat yang kompleks dan boleh melaksanakan pelbagai arahan kerja. Itulah manusia ini dituntut berfikir dalam Al-Quran kerana kelebihan otaknya boleh mengatasi pelbagai masalah dan yang paling penting adalah mencari kebenaran.

Walau bagaimana hebat manusia pun, hebat lagi yang menciptanya iaitu Allah Taala Yang Maha Berkuasa mencipta alam ini bersama-sama dengan makhluk-makhluk. Maha Suci Allah.

Kali ini ini dibincangkan serba sedikit di antara penyebab-penyebab yang membuat kan komputer anda mungkin agak lambat dalam melaksanakan sesuatu arahan atau program. Namun begitu di sini hanya 10 panduan akan disenaraikan. Penerangannya akan dibuat berperingkat dalam blog ini.

Jadi di antara sepuluh sebab yang mebuatkan komputer anda perlahan adalah seperti berikut:-

  1. CPU atau pemproses anda panas pada tahap yang melampau.
  2. Memori atau RAM anda bermasalah atau rosak.
  3. Masalah sistem simpanan pada cakera keras atau hard disk anda.
  4. Masalah antara muka/penyambung dan jenis cakera keras yang digunakan.
  5. Konfigurasi BIOS yang bermasalah.
  6. Larian servis-servis yang tidak diperlukan dalam Windows.
  7. Proses-proses yang berlaku di luar kawalan CPU.
  8. Penyerpihan cakera atau disk fragmentation.
  9. Larian aplikasi-aplikasi latar belakang sistem.
  10. Isu dan masalah dalam sistem fail dan pilihan paparan.
Begitulah ia berkenaan dengan perkara-perkara yang berkemugkinan menyebabkan komputer perlahan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Allah Taala memberi akal kepada manusia untuk mencipta komputer. Maka, dengan akal juga kita gunakan untuk menggunakannya dan mengatasi masalah yang timbul daripadanya.