Tuesday, January 31, 2012

Sembang ICT 54: Peranan Tamadun Islam dan Al-Quran. 30 Januari 2012. Utusan Malaysia

Diskusi ICT 60

Apakah peranan tamadun Islam dan Al-Quran dalam perkembangan dunia teknologi maklumat hari ini?

Roy, Putrajaya.

Jawapan ringkasnya adalah terlalu banyak sumbangan Al-Quran dan tamadun Islam dalam membantu perkembangan dunia teknologi maklumat. Jumlahnya tidak terhitung sehinggakan ia tidak terjangkau oleh akal, ilmu, pengetahuan, ruang dan masa yang Allah anugerahkan kepada saya.

Namun begitu, ilmuan-ilmuan Islam terdahulu yang mahir dengan sains dan teknologi merupakan juga seseorang yang mahir dalam ilmu Islam dan Al-Quran. Kebanyakan dikalangan ilmuan-ilmuan Islam ini merupakan seorang yang hafiz yakni menghafal keseluruhan Al-Quran.

Dalam Al-Quran banyak diceritakan berkenaan dengan nombor yang merupakan asas kepada ilmu sains dan teknologi. Begitu juga berkenaan dengan kejadian-kejadian alam semula jadi ciptaan Allah Taala banyak terdapat dalam Al-Quran. Jadi, ilmu sains dan teknologi ini adalah ilmu mengkaji kejadian-kejadian semula jadi ciptaan Allah. Salah satu cabang daripada ilmu sains dan teknologi ini adalah ilmu teknologi maklumat dan komunikasi atau komputer.

Umum sedia maklum bahawa komputer menggunakan nombor binari iaitu 1 atau 0 dalam memproses data dan maklumat. Al-khwarizmi merupakan seorang sarjana muslim yang pakar ilmu Al-Quran, matematik dan lain-lain cabang ilmu telah memperjelaskan kepentingan nombor sifar atau 0 dalam sistem penomboran. Ajaibnya nombor sifar ini ialah ia tidak mempunyai nilai tetapi apabila ditambah disebelah kanan kepada sebarang nombor akan meningkatkan nilai nombor tersebut. Begitu juga sekiranya ditambah sifar ini disebelah kiri bagi sesuatu nombor, nilai bagi nombor tersebut tersebut akan berkurangan (nombor perpuluhan).

Penemuan kepentingan nombor sifar dan sistem penomboran ini oleh Al-khwarizmi telah mencetuskan fenomena besar dalam ilmu sains komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi. Ilmu matematik penting bagi dunia Islam untuk mendapatkan ketepatan dalam sesuatu ibadah yang dijalankan seperti penentuan arah kiblat, pengiraan bilangan hari dalam sesebuah bulan bagi penentuan sesuatu hari yang penting seperti ibadat puasa di bulan Ramadhan, pembahagian harta pusaka dan lain-lain.

Al-khwarizmi juga telah memperkenalkan formula dan teori matematik yang dikenali sebagai aljabar atau Algebra dan Algoritma atau Algorithm. Teori Algebra dan Algorithm ini menjadi asas yang sangat penting dalam penerbitan formula-formula baru dan penyelidikan-penyelidikan bagi ilmu sains komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Dalam Al-Quran, pada ayat 1-5 dalam Surah Az-Zaariyat, diceritakan berkenaan dengan teori teknologi rangkaian tanpa wayar yang telah menjadi budaya kehidupan dalam masyarakat moden kini. Nabi Muhammad S.A.W dan Al-Quran bukannya satu alat ramalan masa hadapan tetapi kesemuanya adalah kebenaran yang telah disampaikan oleh Allah S.W.T.

Sebagai contoh, Nabi Muhammad S.A.W pernah mengatakan bahawa pada masa akan datang di dunia Arab akan dikurniakan ‘emas hitam’. Terma ‘emas hitam’ yang dipakai pada masa itu adalah sesuai untuk pada masa itu yang mana objek itu belum ditemui lagi oleh manusia. Hari ini, generasi kita faham bahawa ‘emas hitam’ yang dimaksudkan itu adalah petroleum yang merupakan sejenis galian yang sangat penting di dunia kini. Ia telah memberikan banyak kebaikan dari segi ekonomi kepada negara - negara yang memilikinya termasuk Malaysia.

Dengan itu, inilah tugas ilmuan-ilmuan Islam yang perlu mahir dengan Al-Quran dan Hadis dalam mendepani cabaran dunia sains dan teknologi termasuk dalam displin ilmu teknologi maklumat dan komunikasi. Ini cumalah setitis sahaja penerangan berkenaan dengan sumbangan Islam dan Al-Quran dalam ilmu teknologi maklumat. Semoga Allah Taala memberi kekuatan kepada saya dan kita semua dalam mendepani cabaran-cabaran di akhir zaman ini.

Sekiranya ada persoalan yang lebih spesifik berkenaan soalan yang diajukan ini, bolehlah e-mel kepada saya.

Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Sembang ICT 53: Akaun Facebook diserang Virus. 23 Januari 2012. Utusan Malaysia

Diskusi ICT 53

Assalammualaikum, saya ada 2 soalan yang perlu diselesaikan segera kerana hamper buntu dengan masalah yang timbul.

i) Akaun Facebook saya telah diserang virus selepas rakan menghantar satu video yang perlu di lihat. Apabila membuka video tersebut, tiada paparan video dan saya abaikan. Selepas itu, akaun saya menjadi tidak menentu dan akhirnya baru-baru ini akaun saya tidak boleh dibuka langsung sehingga menyebabkan komputer saya juga terus diserang virus. Setiap kali log in akan keluar mesej, "harap maaf akaun anda ditutup buat sementara waktu". Saya mengikuti cara-cara yang diberikan oleh pihak Facebook tetapi sehingga kini akaun tersebut masih ditutup.

ii) Bagaimana untuk membuang aplikasi "WHAT APP" didalam telefon? Sejak menggunakan kemudahan chat secara percuma ini, telefon saya akan keluarkan isyarat "batery low". Saya sudah beberapa kali untuk membuangnya tetapi ia masih berfungsi.

Saya mohon kepada pihak tuan untuk menyelesaikan dua masalah yang bagi saya amat menyusahkan ini.

Riezalsyah, Rembau.

Bagi masalah pertama, anda mungkin dilanda masalah terkena spam dan menjadi ejen kepada proses spam ini dalam penyebaran virus. Itu yang menyebabkan Facebook membeku akaun anda buat sementara waktu. Ini sekadar andaian berdasarkan kepada simptom yang diceritakan. Sila rujuk ruangan ini yang lepas bagi melihat banyak perbincangan berkenaan dengan masalah yang hampir sama.

Masa yang diambil oleh pihak Facebook untuk mengembalikan semula akaun anda adalah agak lama kerana terdapat berjuta-juta pengguna yang perlu mereka layan. Sebagai alternatif, anda boleh menulis surat kepada pihak Facebook untuk mengembalikan semula akaun dengan menyertakan bukti-bukti empunya akaun tersebut.

Sama ada di dalam borang atau surat, nyatakan masalah akaun Facebook anda telah disabotaj oleh pihak tertentu yang melakukan aktitivi spam. Ini penting untuk dimaklumkan kerana dikhuatiri pihak Facebook menganggap akaun Facebook anda menjalani aktiviti spam dalam penyebaran virus ini.

Bagi masalah yang kedua, kita perlu tahu dengan baik berkenaan dengan aplikasi ini. Aplikasi WhatsApp Messenger merupakan satu aplikasi sembang yang membolehkan pengguna menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej menerusi sistem pesanan ringkas atau SMS secara percuma ke telefon bimbit yang lain.

Namun begitu, percuma di sini bermaksud penggunaan perkhidmatan ini tidak dikenakan bayaran menerusi akaun talian telefon bimbit yang dilanggan. Ini kerana ia menggunakan talian internet yang dipakejkan atau dihubungkan kepada akaun talian telefon bimbit pengguna. Nombor telefon bimbit pengguna akan didaftarkan dan disimpan dalam komputer pelayan pembekal perkhidmatan aplikasi ini.

Jadi, mesej daripada satu telefon bimbit akan dihantar ke komputer pelayan WhatsApp Messenger ini terlebih dahulu. Seterusnya, ia akan mencari nombor telefon penerima dalam senarai nombor telefon di komputer pelayan dan sekiranya ada, barulah dihantar ke telefon bimbit penerima.

Masalah berkenaan dengan aplikasi ini yang dikatakan mempercepatkan kehabisan bateri, sila semak dan pastikan konfigurasi sambungan aplikasi tersebut adalah betul. Apabila ia sentiasa berhubung dengan internet, ia memerlukan proses dan proses ini memerlukan tenaga yang terdapat dalam bateri bagi sesebuah telefon bimbit.

Sekiranya tidak perlu, boleh matikan aplikasi ini tetapi perlu matikan telefon bimbit setelah itu dalam masa 30 saat. Namun begitu, bagi telefon Nokia, aplikasi ini tidak boleh ditutup dan ia akan bersambungan dengan internet secara terus. Cara lain adalah tutup sambungan ke internet bagi sesebuah telefon bimbit yang akan menyebabkan aplikasi ini tidak beroperasi.

Sila rujuk manual pengguna telefon bimbit untuk membuang aplikasi WhatsApp Mesengger ini. Seterusnya, sila emel kepada pihak WhatsApp Messenger di alamat, support@whatsapp.com untuk membuang nombor telefon tersebut daripada senarai nombor telefon yang terdapat dalam komputer pelayan WhatsApp Messenger. Sekiranya perlu kembali kepada aplikasi ini, perlu didaftarkan kembali nombor telefon tersebut.

Fikirkan@Firkhan.

Sembang ICT 52: Memahami Pengkomputeran Awanan. 16 Januari 2012. Utusan Malaysia

Diskusi ICT 49

Sekiranya syarikat saya berminat untuk menggunakan infrastruktur cloud computing, apakah perkara-perkara yang perlu di ambil kira?

Haji Leman, Lumut.

Pertama sekali, perlu dinilai dari segi kekerapan dan keperluan para pekerja bekerja dalam satu kumpulan dan mencapai sumber teknologi maklumat syarikat secara jarak jauh. Cuba cari pendekatan pengkomputeran awanan atau cloud computing ini yang mudah diurus dan selamat digunakan. Ini perlu menjadi keutamaan dalam melaksanakan pengkomputeran awanan.

Keperluan penggunaan pengkomputeran awanan ini perlu dikaji dengan lebih teliti dan perlu ada keterlibatan para pekerja yang akan menggunakannya nanti. Seterusnya, perlu dikenal pasti jenis perisian atau perkhidmatan yang diperlukan oleh para pekerja dalam pengkomputeran awanan ini.

Keduanya, perlu dikaji dari segi perkhidmatan pengkomputeran awanan ini yang menyokong pelbagai pelantar pengkomputeran sama ada dari segi sistem pengoperasian seperti Android, Windows, Linux dan sebagainya atau jenis komputer yang digunakan seperti komputer peribadi, komputer tablet, komputer riba, telefon pintar dan sebagainya. Ia perlu beroperasi secara fleksibel bersama-sama dengan kecanggihan teknologi terkini dalam capaian maklumat.

Ketiganya, perlu dikenal pasti dari segi jenis dan kapasiti data yang diperlukan dalam pengkomputeran awanan ini untuk dicapai oleh para pekerja. Sebagai contoh, bentuk pengurusan fail dan dokumen secara menyeluruh, penggunaan video dan persembahan multimedia dan lain-lain. Ini perlu dibincangkan bersama dengan para pekerja yang akan menggunakan bahan-bahan digital tersebut. Lebih baik ia dibuat satu kerangka besar yang mempunyai maklumat terperinci berkenaan perkara tersebut.

Langkah keempat adalah perlu dikaji dengan teleiti berkenaan dengan faktor-faktor keselamatan data-data yang disimpan dalam perkhidmatan pengkomputeran awanan ini. Apakah penyelesaian keselamatan yang disediakan? Perlu dirangka polisi keselamatan pengkomputeran awanan ini terutama sekali langkah-langkah keselamatan untuk mencapai data-data di dalamnya. Pelu ada teknik keselamatan seperti kata laluan dan enkripsi yang kuat dan selamat untuk mencapainya. Perlu ditentukan juga siapa yang boleh mencapai data-data tersebut dan apakah aktiviti-aktiviti yang beliau boleh lakukan terhadap data-data itu.

Akhir sekali, perlu ada sistem maklum balas untuk mengetahui keberkesanan perlaksanaan perkhidmatan pengkomputeran awanan ini. Ia dapat membantu dalam menambah baik dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam perlaksanaan perkhidmatan pengkomputeran awanan ini.

Sembang ICT 51: Elak Picture Tagging Dimanipulasi. 9 Januari 2012. Utusan Malaysia

Diskusi ICT 54

Dalam Facebook, sering berlaku picture tagging terhadap nama kita walaupun perkara tersebut tidak dikehendaki dan ia berlaku secara berulang-ulang. Bagaimanakah cara untuk saya memberhentikan perkara tersebut?

Dollah, KL.

Picture tagging atau penandaan gambar adalah satu fungsi dalam laman web Facebook yang membolehkan seseorang pengguna mendapat perhatian terhadap seseorang pengguna Facebook yang lain untuk melihat fail, gambar, video dan sebagainya yang dimasukan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh gambar tersebut mengandungi gambar pengguna yang berkaitan atau pengguna tersebut mempunyai minat untuk mengetahui gambar yang dimasukan.

Namun begitu, perkara atau fungsi ini telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengiklanan sesuatu produk, penyebaran sesuatu gambar dan lain-lain. Terdapat juga yang bertujuan tidak baik iaitu untuk aktiviti spam atau penyebaran sesuatu yang tidak baik seperti pornografi, fitnah dan sebagainya.

Jadi, untuk mengelakan perkara ini berlaku sekiranya seseorang pengguna Facebook itu tidak senang dengan fungsi penandaan gambar terhadap akaunnya, berhentikan sahaja fungsi tersebut dalam akaun Facebook. Caranya adalah seperti yang ditunjukan seterusnya.

  1. Perlu masuk dengan jayanya ke dalam akaun Facebook.

  1. Klik kepada menu Account, turunkan skrol ke bawah dan pilih menu Privacy Setting.

  1. Seterusnya, skrol ke bawah lagi dan pilih menu Customize Setting. Skrol sekali lagi ke bahagian Things Others Share.

  1. Klik menu Edit Setting yang berada berhampiran dengan menu Suggest photos of me to friends.

  1. Seterusnya, satu kotak dialog akan keluar. Klik pada anak panah arah ke bawah berhampiran dengan nilai Enabled. Jadi, tukarlah Enabled tersebut kepada Disabled.

  1. Pastikan klik butang untuk simpan terhadap konfigurasi yang telah diubah dalam akaun Facebook tersebut.

Sekarang, akaun Facebook tersebut tidak boleh digunakan untuk menanda sebarang gambar, video atau fail oleh pengguna-pengguna Facebook yang lain.

Wednesday, January 18, 2012

Aplikasi Nyah Fail yang Duplikasi

Terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk membuang fail-fail yang sama atau diduplikasi. Ini penting untuk penjimatan ruang cakera keras dan memori.

1. WinMerge - Sokong windows, linux dan USB.

2. DoubleKiller - Ada fungsi Hash untuk tapis dan buat perbandingan fail. Ada versi percuma dan
berbayar. Sokongan berkumpulan.

3.Easy Duplicate Finder - Ada pilihan tapis tambahan seperti tag MP3 dan JPEG EXIR. Sokong
penapisan e-mel. Percuma dan berlesen.

4. dupeGuru Music Edition - Untuk perbandingan fail muzik.

5. Duplicate Image Finder - Untuk perbandingan fail gambar.

Selamat mencuba.

Jom Memancing di Alam Siber

Di alam siber pun ramai yang mempunyai hobi memancing ni atau PHISING.

Kalau di laut atau sungai, hasilnya adalah ikan, udang dan sebagainya tetapi memancing di alam siber ni ramailah yang ditipunya untuk dapat wang, kemudahan dan sebagainya.

Jadi, pengguna di alam siber perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa PHISING.

Di sini ada satu laman web untuk menguji tahap keselamatan anda di alam siber terhadap ancamam PHISING ini.

Boleh muat turunkan aplikasi ini dan mecubanya.

Source Phising Toolkit.

Selamat mencuba.

Uji Keselamatan Laman Web dan DNS

DNS merupakan satu aplikasi atau perkhidmatan yang memudahkan urusan capaian web di internet.

Namun begitu, ia menjadi ruang dan peluang kepada para penggodam internet untuk menceroboh ke alam, siber.

Jadi, ia perlu diperkuatkan dan selamat dengan aplikasi keselamatan seperti DNSSec, enkripsi PKI dan sebagainya.

Anda boleh pergi ke laman web berikut untuk menguji tahap keselamatan DNS atau web anda di:-

1. DNSViz

2. Pengujian Laman Web DNSSec

Selamat mencuba.

Tuesday, January 17, 2012

Aplikasi Pengurusan IT: Spiceworks

Ia merupakan aplikasi mengurus infrastruktur teknologi maklumat secara percuma.

Ia mengandungi fungsi-fungsi seperti:-

1. Pengurusan aset dan inventori teknologi maklumat dan rangkaian.

2. Pengawasan rangkaian komputer.

3. Pengurusan perubahan konfigurasi.

4. Pemetaan rangkaian komputer.

5. Sistem Bantuan teknologi maklumat atau help desk.

6. Perbincangan komuniti IT.

7. Ada perisian MSP. - kawal client.

Boleh ke :-

http://www.spiceworks.com/

Maklumat Lapangan Terbang Mobil :: GAte Guru

Ia sesuai untuk telefon pintar iPhone dan Android.

Sila ke GateGuru.

Monday, January 16, 2012

Cara Mudah Buat Ujian: TCExam

Kini boleh dibuat ujian menggunakan komputer secara auto tanpa perlu teknik manual iaitu kertas dan pen.

Terdapat satu perisian percuma dan berasaskan sumber terbuka yang boleh digunakan iaitu TCExam. Sila muat turun di:-

TCExam.

Keperluan:

1. Pelayan web Apache atau IIS
2. PHP 5+
3. MySQL 4.1+ atau PostgreSQL 8.2+
4. Aplikasi LaTeX rendering.
5. Sistem OMR sekiranya perlu.

Selamat mencuba cikgu-cikgu.

Friday, January 6, 2012

Sembang ICT 50: Beza antivirus dan Internet Security. 2 Januari 2012. Utusan Malaysia

Diskusi ICT 52

Salam. Pertanyaan saya mengenai perbezaan di antara perisian anti-virus dan internet security. Manakah yang lebih baik penggunaanya supaya komputer sentiasa berada dlm keadaan baik?

Sekian. Terima kasih.

Asmadi Akmal, live.com.my.

Wasalam. Sama-sama. Umumnya, perisian anti-virus merupakan perisian keselamatan untuk sesebuah komputer menangani masalah virus, malware, trojan dan cacacing yang telah mempunyai rupa bentuknya.

Manakala, perisian Internet Security adalah pakej perisian keselamatan yang digunakan untuk menangani masalah keselamatan komputer yang berhubung di internet. Dalam pakej perisian ini terdapat banyak aplikasi keselamatan seperti aplikasi untuk anti-virus, personal firewall, perlindungan e-mel, anti-spam, perlindungan privasi, pengawalan penggunaan internet oleh kanak-kanak, anti-spyware, anti-adware, pop-up blocker, anti-rootkit, perlindungan kata laluan, enkripsi dan lain-lain.

Manakah yang lebih baik penggunaannya di antara perisian anti-virus dengan perisian Internet Security? Penentuan bagi perisian yang lebih baik agak sukar kerana ia bergantung kepada sesebuah situasi dan keperluan penggunaannya. Penilaian boleh dibuat setelah melihat kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada setiap perisian tersebut.

Sekiranya sebuah komputer itu sering mempunyai hubungan dengan internet, perisian Internet Security memudahkan para pengguna untuk menyediakan perisian yang secukupnya untuk menangani masalah keselamatan ketika berhubung di internet. Namun begitu, aplikasi-aplikasi yang ada dalam pakej perisian ini perlulah dikendalikan dengan baik oleh pengguna kerana tidak semua aplikasi yang ditawarkan perlu digunakan atau dilarikan dalam komputer.

Selain daripada itu, perisian Internet Security ini memerlukan kos yang tinggi dan ruang storan yang tinggi dalam sesebuah komputer. Pastikan ruang storan seperti cakera keras dan memori, RAM mencukupi untuk melarikan perisian ini.

Bagi penggunaan perisian anti-virus adalah mencukupi sekiranya komputer tersebut tidak dihubungkan ke internet. Sekiranya tidak, pengguna memerlukan pemasangan tambahan bagi aplikasi-aplikasi keselamatan yang berasingan untuk komputer tersebut seperti personal firewall, aplikasi anti-rootkit, aplikasi anti-spam dan lain-lain.

Dari segi kos, perisian anti-virus ini lebih murah berbanding perisian Internet Security. Ia juga tidak memerlukan ruangan storan yang tinggi bagi cakera keras dan memori, RAM untuk melarikannya atau penyimpanannya.

Namun begitu, apa yang lebih penting bagi penggunaan perisian anti-virus dan perisian Internet Security ini adalah sentiasa mengemaskini aplikasinya, pastikan ia berfungsi dengan baik dan penggunaannya yang betul. Akhit kata, sekiranya anda tidak menggunakan perisian tersebut, tidak perlulah untuk memasangnya.

Semoga bermanfaat. Firkhan.

. Sembang ICT 49: Operasi PC perlahan dengan jalur lebar. Utusan Malaysia. 26 Disember 2011.

Diskusi ICT 51

Salam. Saya seorang pengguna Broadband Internet yang mempunyai kelajuan capaian internet bagi download sebanyak 10 GB dan upload sebanyak 3 Mbps. Bagi saya, ia sudah laju untuk membuka laman web yang ringan. Masalahnya, saya sukar untuk buka laman Facebook dan membuat capaian video di internet sejak akhir-akhir ini. Kadang kala ia membuatkan PC saya bermasalah. Adakah ini berpunca daripada masalah PC atau Broadband Internet saya? Sejak dua hari yang lepas PC saya mula bergerak perlahan. Sebelum ini Broadband saya berupaya sehingga 5 GB untuk download dan 1.5 Mbps untuk upload tetapi masih boleh melihat video.

Harap dapat membantu. Terima kasih.

Aku komplot, PJ

Berdasarkan kepada situasi yang diberikan saya berpendapat capaian internet anda menjadi perlahan disebabkan oleh masalah keupayaan komputer yang digunakan. Ini kerana capaian internet pada masa sebelum ini tiada masalah dan komputer tersebut juga menjadi perlahan untuk beroperasi.

Di sini saya cadangkan beberapa tindakan yang boleh dibuat untuk baik pulih sesebuah sistem komputer.

  1. Pastikan membuat kemas kini bagi segala aplikasi komputer yang digunakan terutama sekali Windows dan perisian anti-virus.

  1. Membuat pengimbasan virus dan malware dengan menggunakan perisian anti-virus yang sudah dikemas kini. Ini kerana masalah virus dan malware ini menyebabkan berlakunya simptom komputer menjadi perlahan.

  1. Membuat penyelenggaraan kepada sistem komputer Windows anda agar segala sumber-sumbernya digunakan dengan baik dan cekap. Lakukan aktiviti-aktiviti seperti scan disk, disk defragmenter, disk clean up dan lain-lain. Kebanyakan program-program ini boleh dicapai di Start > Programs > Accessories > System Tools. Sila rujuk ruangan Sembang ICT yang lepas untuk penjelasan yang lebih mendalam.

  1. Sila pastikan tiada aplikasi komputer yang tidak diperlukan beroperasi di belakang sistem Windows. Ini boleh dikenalpasti menerusi program Task Manager dan Startup. Sila konfigur agar aplikasi-aplikasi komputer ini tidak akan beroperasi secara automatic apabila Windows dibuka.

  1. Sekiranya masih berlaku masalah komputer beroperasi dengan perlahan. Sila buat semakan terhadap perkakasan komputer tersebut seperti cakera keras, memori, bekalan kuasa, pemproses atau CPU dan sebagainya agar semuanya berada dalam keadaan baik. Sila semak ruangan Sembang ICT yang lepas untuk penjelasan yang lebih terperinci.

  1. Bagi melancarkan lagi capaian internet, gunalah pelayar web atau browser pada versi yang terkini dan telah dikemas kini. Hindarkan daripada memasang program-program tambahan yang tidak perlu kepada pelayar web tersebut. Ini akan membuatkan pelayar web tersebut memerlukan proses yang lebih banyak dan berat. Sentiasa mengosongkan ruangan cache pada pelayar web yang digunakan.

Akhir kata, apa kapasiti kelajuan internet yang dilanggan itulah sepatutnya yang diperolehi. Namun begitu, sekiranya konfigurasi tidak dilakukan dengan betul terhadap akaun internet dan peralatan-peralatan untuk capaian internet, capaian internet juga akan menjadi perlahan. Bagi capaian internet jalur lebar tanpa wayar, ia mempunyai masalah capaian yang disebabkan oleh masalah alam semula jadi, lokasi penyambungan, bilangan pengguna untuk suatu perkhidmatan dan lain-lain.

Semoga bermanfaat. Terima kasih.

Utusan Online

Sembang ICT 48. : Keluarkan video daripada YouTube. Utusan Malaysia. 19 Disember 2011.

Diskusi ICT 50

Saya ingin mengeluarkan video daripada laman web YouTube yang telah saya post dalam akaun saya. Namun begitu, saya telah terlupa kata laluan dan e-melnya. Adakah cara untuk saya buang video tersebut daripada dilihat oleh pengguna internet yang lain?

Bunga Mawar.

Taman Universiti,

Skudai.

Pertamanya, saya menasihati para pengguna internet agar fikir terlebih dahulu dalam membuat sebarang tindakan di internet. Ini kerana segala data dan fail yang dimasukan ke dalam sesebuah laman web seperti di YouTube, Facebook dan sebagainya akan menjadi pegangan kepada pemilik laman-laman tersebut. Ia akan disimpan sebagai rujukan untuk masa hadapan sekiranya ada berlaku apa-apa masalah atau keperluan.

Kemasukan ke dalam akaun YouTube amat perlu untuk membuang video yang telah dimasukan. Sekiranya hilang kata laluan atau emel, boleh pergi ke alamat URL yang berikut, http://www.youtube.com/account_recovery untuk membuat pemulihan kembali akaun YouTube atau account recovery. Masukan kata nama atau login dalam borang yang disediakan dalam laman web tersebut sekiranya terlupa alamat e-mel yang digunakan. Seterusnya, ia akan memaparkan kata kunci atau hint untuk alamat e-mel yang digunakan dalam akaun YouTube.

Satu e-mel berkenaan dengan pemulihan kembali akaun YouTube akan dihantar ke e-mel tersebut. Seterusnya ikutlah panduan yang disediakan, langkah demi langkah untuk dapatkan semula akaun YouTube. Setelah selesai, buanglah video yang dikehendaki.

Sekiranya e-mel tersebut tidak boleh dicapai lagi, perlu dibuat pemulihan kembali akaun e-mel itu. Sekiranya, menggunakan akaun Google untuk akaun YouTube, boleh menggunakan pemulihan kembali e-mel tersebut menerusi laman web Google. Kebiasaannya, jika akaun Google yang digunakan dalam laman YouTube itu ditamatkan, segala perkhidmatan yang berkaitan termasuk video yang terdapat dalam akaun YouTube akan dibuang. Sekiranya kata laluan diubah dalam akaun Google, kata laluan untuk YouTube juga akan berubah.

Cara yang lain adalah dengan membuat laporan kerahsiaan data peribadi dalam laman YouTube berkenaan video yang telah dimuatturunkan. Proses ini akan mengambil masa yang lama kerana pihak YouTube perlu memastikan ia adalah betul. Borang tersebut boleh dicapai menerusi laman YouTube atau alamat URL yang berikutnya:-

http://www.google.com/support/youtube/bin/answer.py?hlrm=en&answer=142443

Sekiranya perlu, boleh juga menulis surat kepada pihak YouTube untuk mengeluarkan video tersebut dengan bukti yang kukuh berkenaan kepunyaan video dan akaun terbabit. Ini juga akan mengambil masa yang lama.

Akhir kata, fikir dahulu sebelum klik.

Sembang ICT 47. : Memastikan Keselamatan Laman Blog. Utusan Malaysia. 12 Disember 2011.

Diskusi ICT 48

Hobi saya menulis dalam laman blog. Adakah cara untuk memastikan keselamatan laman blog yang ditulis?

Zaharah, Temerloh.

Pertamanya, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pembaca dan yang menghantar e-mel kepada saya. Saya akan cuba menjawab kesemuanya dan soalan yang terpilih akan disiarkan di ruangan ini dengan persetujuan pihak Utusan Malaysia.

Cara untuk meningkatkan keselamatan sesebuah laman web blog adalah dengan cara memastikan tahap keselamatan laman blog tersebut ditingkatkan dan diperketatkan. Ini mungkin memerlukan kos, masa dan tenaga yang tinggi. Secara umumnya, kendalian yang baik dan selamat terhadap komputer dan laman blog dapat memperketatkan tahap keselamatan sesebuah blog seperti penggunaan kata laluan yang kental, pencegahan daripada jangkitan virus atau malware, pemasangan program kekunci login atau login lock down dan lain-lain.

Penggunaan Kata Laluan Kental

Sentiasa melaksanakan amalan keselamatan bagi pengendalian kata laluan laman web blog. Perkara ini ada dibincangkan dalam ruangan Sembang ICT yang lalu seperti penggunaan aksara yang banyak dan pelbagai, sentiasa membuat pertukaran kata laluan, tidak menggunakan kata laluan yang mudah diteka oleh penceroboh dan lain-lain.

Ini kerana pencerobohan akan berlaku dengan mendapat kata laluan yang betul bagi laman web blog tersebut. Jadi, sekiranya ia penting, fikirkan penggunaan kata laluan yang kental dan selamat walau pun ia akan menyusahkan kita bagi setiap kali proses login dibuat.

Pencegahan Jangkitan Virus atau Malware

Virus atau malware ini akan digunakan oleh pihak penceroboh untuk memasuki ke konfigurasi sesebuah laman web blog. Dengan itu, pihak penceroboh akan berbuat sesuka hati pada laman web blog. Jadi, perlu mempunyai perisian anti-virus yang sentiasa dikemaskinikan enjin carian virusnya dan beroperasi dengan cekap.

Pemasangan Program Kekunci Login

Pihak penceroboh akan mengguna kaedah serangan cuba jaya atau brute force attack dalam mendapatkan kata laluan bagi sesebuah laman web blog. Jadi dengan adanya program ini, ia boleh dikonfigurasikan bilangan kemasukan login dan kata laluan pada laman web blog tersebut. Sebagai contoh, sekiranya ia melebihi tiga kali, kemasukan ke laman web blog tersebut dikunci dan tidak boleh untuk dilogin semula.

Akhirnya, kepada sesiapa yang memerlukan artikel-artikel Sembang ICT yang lepas, boleh pergi ke laman web Utusan Online atau ke blog, http://universitimengkarakk.blogspot.com.

Utusan Online

Sembang ICT 46. : Capaian Internet Kelajuan Tinggi. Utusan Malaysia. 5 Disember 2011.

Diskusi ICT 47

Saya seorang pengguna internet di rumah. Bagaimanakah cara untuk membuat capaian Internet pada kelajuan yang tinggi?

Yus, Galing Kem.

Kelajuan capaian internet bergantung kepada kapasiti akaun servis internet yang dilanggan. Namun begitu, terdapat beberapa kaedah atau panduan penggunaan komputer yang boleh diamalkan untuk dapatkan prestasi kelajuan capaian internet pada tahap optimum daripada kadar kapasiti yang dilanggan.

  1. Cuba dapatkan masa yang sesuai untuk melayari internet iaitu masa pada ketika dijangkakan tidak ramai orang-orang lain melayari internet seperti di awal pagi dan sebagainya.

  1. Nyah pasangkan program-program tambahan atau add-on program pada pelayar web atau internet yang digunakan. Program-program tambahan ini akan memberi fungsi tambahan kepada pelayar internet dan seterusnya akan memberi kesan kepada kelajuan capaian internet.

  1. Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian yang digunakan. Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan adalah versi yang terkini dan stabil.

  1. Sentiasa mengosongkan kandungan cache yang terdapat pada pelayar internet. Ini akan memberikan keadaan yang bersih pada komputer digunakan. Di samping itu, kaedah sambungan internet juga akan menjadi mudah dan berfungsi dengan lebih baik. Ini kerana kandungan cache pada pelayar web akan mengambil banyak ruang yang terdapat dalam memori komputer. Ia memberi kesan buruk kepada prestasi komputer dalam memberi maklum balas pada pemintaan sambungan internet.

Sekiranya menggunakan capaian internet tanpa wayar, pastikan penggunaannya selamat dan lokasi capaiannya juga dalam keadaan yang baik. Ini kerana sekiranya ada orang lain yang menggunakan akaun internet tersebut akan menyebabkan capaian internet menjadi perlahan. Begitu juga dengan lokasi yang tidak baik akan menyebabkan isyarat capaian internet akan menjadi lemah dan perlahan.

Pengurusan capaian jalur lebar internet juga boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti QoS Packet Scheduler bagi mendapatkan prestasi kelajuan internet yang dikehendaki. Walau bagaimana pun, ia perlu dikonfigurasikan dengan baik dan cekap. Penggunaan pelayar web dengan konfigurasi dan penggunaan yang baik dan betul juga dapat menyumbang kepada pengoptimuman kelajuan capaian internet.

Di samping itu, sekiranya prestasi komputer yang digunakan untuk melayari internet dapat ditingkatkan, ia juga boleh mempengaruhi kelajuan capaian internet. Peningkatan prestasi komputer boleh dilakukan seperti membuat penyelenggaraan yang teratur, kemas kini program-program komputer, mengimbas komputer dengan perisian keselamatan, membuang fail-fail yang tidak diperlukan dan lain-lain. Ia ada dibincangkan dalam ruangan sembang ICT sebelum ini.


Utusan Online

Sembang ICT 45: Sambungan Wayarles Komputer Riba. Utusan Malaysia. 28 November 2011.

Diskusi ICT 46

Bagaimanakah cara untuk membuat sambungan tanpa wayar di antara sebuah komputer riba dengan komputer riba yang lain?

Din, Mengkarak.

Sambungan tanpa wayar ini dikenali sebagai sambungan atau rangkaian tanpa wayar ad-hoc. Ia boleh digunakan untuk menghubungkan di antara satu komputer riba dengan komputer riba yang lain tanpa perlu infrastruktur rangkaian setempat atau internet.

Kebiasaannya ia lebih pantas dan stabil berbanding sambungan yang dibuat dengan kaedah bluetooth atau infra-red. Antara kelebihan yang diperolehi daripada wireless ad-hoc ini adalah seperti yang berikut:-

  1. Perkongsian sambungan akaun internet tanpa memerlukan wayar dan peralatan rangkaian yang lain dalam LANdengan menggunakan program Internet Connection Sharing.

2. Perkongsian fail dalam rangkaian dan mengurangkan pengunaan peralatan storan kedua seperti storan USB, cakera keras luaran dan lain-lain.

3. Penggunaan program komputer yang memerlukan lebih daripada seorang pengguna seperti permainan komputer secara rangkaian dan lain-lain.

Kaedah Sambungan.

1. Pergi ke program Wireless Network Connection. Klik pada pilihan Properties.

2. Klik butang Add.

3. Pada Network Name , masukan nama SSID atau Network seperti RangkaianP.

4. Masukan security key untuk keselamatan rangkaian.

5. Seterusnya tanda pada kekotak pilihan This is a computer…..

6. Klik OK dan seterusnya klik Continue anyway.

Setelah selesai melakukan konfigurasi ini, komputer riba tersebut boleh dilihat dan disambungkan daripada komputer riba yang lain.

Sekiranya mahu melakukan perkongsian sambungan internet, masuk pada pilihan Network Connection. Seterusnya pilih sambungan internet yang dikehendaki seperti Streamyx, 3G dan lain-lain. Pada sambungan internet tersebut, klik kanan dan pilih Properties > Advanced > Internet Connection Sharing.

Utusan Online

Sembang ICT 44: Masalah Fail Tidak Dijumpai. Utusan Malaysia. 21 November 2011.

Diskusi ICT 45

Setiap kali saya membuka PC, akan keluar pop up "Problem starting C:/Users/user/cnmss. The specified module could be found" seperti didalam gambar rajah, apa yang perlu saya lakukan?.



Yang Benar
Rafeah Md. Noor

Kenapa ia berlaku?

Secara umumnya, masalah ini berlaku kerana fail atau direktori (folder) tersebut tidak dijumpai oleh sistem komputer atau ia tidak wujud dalam komputer. Sekiranya ia wujud, fail atau direktori tersebut tidak boleh dibuang kerana ia sedang digunakan oleh sistem komputer. Jadi, ketika program Windows mula dilarikan dan ia mencari fail atau direktori tersebut tetapi tidak menjumpainya.

Simptomnya adalah seperti yang terdapat dalam gambar rajah. Antara simptom-simptom yanag lain adalah terdapat mesej ralat yang mempunyai ayat-ayat berikut iaitu "Cannot find...", "Cannot start...”, "Cannot load...", "Could not run...", Cannot run", "Error loading..." atau "specific module could not be found".

Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu;-

  1. Proses pembuangan sesebuah program komputer dibuat secara tidak lengkap atau proses pembuangannya bermasalah.

  1. Fail tersebut berada dalam senarai fungsi Startup Windows tetapi ia sudah tiada dalam komputer.

  1. Berlaku masalah gangguan terhadap sistem komputer Windows yang normal disebabkan oleh ada fail sistem Windows yang dibuang atau dijangkiti virus dan Malware.

Biasanya fail yang berkaitan dengan nama cnmss adalah kepunyaan sesebuah program komputer yang dihasilkan oleh pihak Canon seperti program pemacu pencetak Canon dan sebagainya.

Cara untuk mengatasinya?

Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah, sila kemas kini program Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Kemudian, boleh laksanakan mana-mana cara yang akan dibincangkan seterusnya.

  1. Imbas keseluruhan komputer dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini. Sekiranya ada virus, sila kenal pasti jenis virus dan ikuti langkah-langkah pembuangannya atau baik pulih.

  1. Sila membuat pembuangan program atau aplikasi komputer yang berkaitan secara bersih dan teratur. Sekiranya perlu, boleh dimuat turun aplikasi komputer yang digunakan untuk membuang mana-mana program komputer secara teratur dan bersih. Seterusnya, larikan program komputer tersebut dalam komputer.

  1. Fail atau direktori yang dikatakan hilang itu boleh dibuang secara manual dengan membuangnya dalam persekitaran mod selamat Windows atau Safe Mode. Ini sekiranya fail atau direktori tersebut masih ada dalam komputer.

  1. Sila buang fail atau direktori tersebut daripada konfigurasi senarai fail dalam Startup Windows. Ia boleh dilakukan secara manual dalam program msconfig pada tab Startup atau secara automatik dengan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti Autoruns dan lain-lain. Ia juga boleh dibuang secara manual menerusi program Regedit dengan melaksanakan pencarian fail terlebih dahulu. Pastikan program Regedit itu dibuat salinan pendua terlebih dahulu.

Program Autoruns dihasilkan secara percuma oleh pihak Microsoft. Ia boleh dimuat turun menerusi alamat URL, http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb963902.aspx.

Sekiranya ia disebabkan oleh virus atau malware, proses pengimbasan komputer boleh dilaksanakan dalam mod selamat. Pastikan juga komputer tersebut bebas daripada rangkaian dan internet.

Akhir sekali, sila kemas kini sekali lagi program Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Seterusnya, imbas kembali komputer yang bermasalah itu dengan perisian anti-virus.

Utusan Online.

Sembang ICT 43.: Diserang Malware. Utusan Malaysia. 14 November 2011.

Diskusi ICT 44

Sekiranya komputer saya telah diserang oleh Malware, apakah yang perlu saya lakukan?

Awe, Taiping.

Apabila berlakunya masalah jangkitan atau serangan Malware atau virus terhadap sesebuah komputer, sudah tentulah ia perlu dipulihkan kembali dengan memelihara keselamatan dan keadaan data yang ada di dalamnya. Namun begitu, ada beberapa cara yang baik dalam mengendalikan masalah ini supaya proses baik pulih akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Berikut adalah cara-cara yang boleh diguna pakai dalam mengendalikan masalah ini.

  1. Kenal pasti tahap ancaman Malware tersebut sama ada ia dikategorikan sebagai ancaman pada tahap rendah, sederhana atau tinggi. Pada tahap ancaman yang rendah, kesan buruknya adalah jelas tetapi mudah untuk dibersihkan. Pada tahap ancaman yang sederhana, kesan buruknya juga adalah jelas tetapi memerlukan usaha yang lebih untuk membersihkannya. Pada tahap ancaman tinggi, kesannya agak sukar untuk dilihat atau dikesani tetapi ia akan mencuri data yang terdapat dalam komputer tersebut. Jadi, fokus haruslah diberikan kepada tanda-tanda ancaman Malware tersebut dan bagaimana langkah yang seterusnya perlu diambil untuk menanganinya.
  2. Lakukan analisa terhadap fail-fail log bagi kesemua perisian keselamatan yang ada seperti Firewall, anti virus dan sebagainya. Ini adalah untuk melihat sama ada berlaku perkaitan masalah Malware sedia ada dengan masalah – masalah Malware yang lepas.
  3. Buat soal selidik kepada pengguna komputer tersebut atau kepada diri sendiri berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan terhadap komputer tersebut sebelum terjadinya masalah jangkitan Malware ini. Sila catit kesemuanya jika perlu. Ini penting untuk melihat perkaitannya dengan masalah Malware yang dihadapi. Boleh juga melihat fail log komputer sekiranya ada.

4. Laksanakan baik pulih komputer yang dijangkiti dengan program-program tertentu dan sekiranya tidak boleh mencapainya, gunalah media lain seperti pemacu storan USB, CD, disket atau DVD. Antara program komputer yang penting untuk buat baik pulih ini adalah seperti USB Dummy Protect (fungsi write protect), Super Anti-Spyware (Buang Malware), Malware Bytes AntiMalware (Buang Malware), SysInternals (Masalah Malware) , EXEFIX_XP (Pulihkan masalah fail .exe dan shortcut), Sophos Rootkit Revealer (Masalah Malware), aswMBR (Masalah Malware), Kaspersky Rescue CD (Pakej lengkap untuk masalah Malware) dan lain-lain tools atau program baik pulih. Perkara yang paling penting setelah itu adalah kemas kini perisian-perisian yang sedia ada dalam komputer itu termasuk sistem pengoperasian.

  1. Buat pengrekodan terhadap semua dapatan yang telah diperolehi sama ada ia datang daripada soal selidik atau perlarian program komputer seperti masalah virus atau Malware, masalah vulnerability atau kelemahan pada sistem komputer, risiko-risiko yang berpotensi berlaku, perimeter-perimeter ancaman dan lain-lain. Bagi melengkapkan pengrekodan ini, boleh rujuk kepada buku-buku panduan atau laman-laman web keselamatan seperti Microsoft Malware Protection Center, McAfee Threat Intelligence dan lain-lain. Biasanya laman web perisian anti virus yang utama ada menyediakan maklumat-maklumat ini.
  2. Akhir sekali, bolehlah dirangkakan atau membuat tambahan kepada panduan keselamatan dan polisi keselamatan terhadap penggunaan komputer bagi mencegah berlakunya masalah jangkitan Malware ini sekali lagi di masa hadapan. Ini dapat mendidik sesiapa sahaja untuk penggunaan komputer yang selamat dan betul.

Proses pencegahan perlu dibuat tetapi ia tidak dapat menghalang secara total masalah jangkitan Malware ini. Perkara yang penting adalah persediaan perlu ada untuk menangani masalah ini dan ia perlu dikongsi untuk pertahanan di masa akan datang. Berlakunya masalah ini membolehkan beberapa kajian dapat dibuat terhadap tahap rangka keselamatan digital sedia ada dengan membuat profil risiko-risiko jangkaan, menganalisa fail-fail log, kecerdikan sistem dalam menangani ancaman dan lain-lain.


Utusan Online

Sembang ICT 42. : Kata Laluan Mozilla Firefox. Utusan Malaysia. 7 November 2011.

Diskusi ICT 43

Bolehkah saya meletakan kata laluan ke dalam program Mozilla Firefox yang terdapat di dalam komputer? Bagaimana?

Awang, Kuching.

Secara umumnya kebanyakan pelayar web seperti Mozilla Firefox tidak mempunyai fungsi yang membolehkan kata laluan dikonfigur untuk penggunaannya. Namun begitu terdapat cara yang boleh digunakan untuk membolehkan sesebuah pelayar web itu mempunyai kata laluan.

Kebanyakan pengguna memerlukan kata laluan tersebut untuk mengawal penggunaan pelayar web dalam melayari Internet. Ia juga digunakan untuk menjaga kerahsiaan atau privasi dalam penggunaan sesebuah program pelayar web tersebut. Dengan adanya kata laluan, penggunaannya terkawal dan rahsia.

Bagi membolehkan sesebuah pelayar web mempunyai fungsi kata laluan, ia memerlukan pemasangan program komputer tertentu kepada pelayar web tersebut yang di kenali sebagai add on program. Di sini, dibincangkan penggunaan kata laluan bagi beberapa pelayar web utama yang popular digunakan.

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, boleh dipasang kepadanya program tambahan, Master Password+. Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/master-password/.

Bagi pelayar web Google Chrome pula, boleh dipasang kepadanya program tambahan, Simple Startup Password. Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://chrome.google.com/webstore/detail/ojoalkffommhmdmbohjphohoejjmgepc.

Mungkin ada program tambahan lain yang boleh digunakan untuk fungsi kata laluan seperti Internet Lock dan lain-lain. Cara yang sama juga bagi program-program pelayar web yang lain.

Bagi pelayar web Internet Explorer pula, ia boleh dikonfigur dengan kata laluan dengan pergi ke Tools > Internet Option > Content > Content Advisor > General. Seterusnya pergi ke ruangan Supervisor Password dan klik butang create. Seterusnya masukan kata laluan yang dikehendaki dan klik OK.

Sekiranya sesebuah komputer digunakan dalam persekitaran rangkaian dan Windows, boleh digunakan program untuk polisi komputer seperti Group Policy untuk mengawal penggunaan sesebuah pelayar web dengan menggunakan kata laluan.

Utusan Online