Tuesday, January 31, 2012

Sembang ICT 51: Elak Picture Tagging Dimanipulasi. 9 Januari 2012. Utusan Malaysia

Diskusi ICT 54

Dalam Facebook, sering berlaku picture tagging terhadap nama kita walaupun perkara tersebut tidak dikehendaki dan ia berlaku secara berulang-ulang. Bagaimanakah cara untuk saya memberhentikan perkara tersebut?

Dollah, KL.

Picture tagging atau penandaan gambar adalah satu fungsi dalam laman web Facebook yang membolehkan seseorang pengguna mendapat perhatian terhadap seseorang pengguna Facebook yang lain untuk melihat fail, gambar, video dan sebagainya yang dimasukan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh gambar tersebut mengandungi gambar pengguna yang berkaitan atau pengguna tersebut mempunyai minat untuk mengetahui gambar yang dimasukan.

Namun begitu, perkara atau fungsi ini telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengiklanan sesuatu produk, penyebaran sesuatu gambar dan lain-lain. Terdapat juga yang bertujuan tidak baik iaitu untuk aktiviti spam atau penyebaran sesuatu yang tidak baik seperti pornografi, fitnah dan sebagainya.

Jadi, untuk mengelakan perkara ini berlaku sekiranya seseorang pengguna Facebook itu tidak senang dengan fungsi penandaan gambar terhadap akaunnya, berhentikan sahaja fungsi tersebut dalam akaun Facebook. Caranya adalah seperti yang ditunjukan seterusnya.

  1. Perlu masuk dengan jayanya ke dalam akaun Facebook.

  1. Klik kepada menu Account, turunkan skrol ke bawah dan pilih menu Privacy Setting.

  1. Seterusnya, skrol ke bawah lagi dan pilih menu Customize Setting. Skrol sekali lagi ke bahagian Things Others Share.

  1. Klik menu Edit Setting yang berada berhampiran dengan menu Suggest photos of me to friends.

  1. Seterusnya, satu kotak dialog akan keluar. Klik pada anak panah arah ke bawah berhampiran dengan nilai Enabled. Jadi, tukarlah Enabled tersebut kepada Disabled.

  1. Pastikan klik butang untuk simpan terhadap konfigurasi yang telah diubah dalam akaun Facebook tersebut.

Sekarang, akaun Facebook tersebut tidak boleh digunakan untuk menanda sebarang gambar, video atau fail oleh pengguna-pengguna Facebook yang lain.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.