Tuesday, January 3, 2012

Sembang ICT 32. : Masalah Akaun Hotmail. Utusan Malaysia. 29 Ogos 2011.



Diskusi ICT 33

Salam sejahtera. Saya mempunyai masalah dalam email Hotmail saya. Bila dah login, ia akan keluar mesej dinyahsekat masalah keselamatan. Saya telah menukar password tetapi masih mempunyai masalah yanag sama. Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?


BALAMURUGAN KOPPAN, PORT DICKSON

Terima kasih di atas soalan tersebut. Terlalu ramai pengguna Hotmail mempunyai masalah yang sama dengan Encik Balamurugan. Tiada jawapan yang tepat untuk ini tetapi saya cuba merungkainya dengan baik.

Kenapa ia berlaku ?

Masalah tersebut berlaku kerana pihak Hotmail atau Windows Live mendapati e-mel tersebut telah digunakan menjadi bahan spam untuk hantar ke alamat-alamat e-mel yang lain atau melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dibernarkan.

Ia juga mungkin disebabkan oleh ada seseorang yang tidak bertanggung jawab yang berulang kali untuk cuba masuk ke dalam akaun e-mel tersebut tetapi gagal. Ia juga boleh dilakukan oleh Malware yang bersarang dalam komputer anda. Pihak Hotmail yang mendapati ia merupakan aktiviti yang tidak baik lalu memblok e-mel tersebut.

Ia juga boleh disebabkan oleh seseorang yang cuba menggunakan akaun Hotmail anda untuk masuk ke dalam perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak Windows Live Messenger.

Apa yang perlu dilakukan?

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengesahkan akaun e-mel tersebut dengan pihak Hotmail atau Windows Live Mesengger. Ada dua cara untuk pengesahan seperti yang berikut.

  1. Pengesahan akaun e-mel dengan sistem pesanan ringkas atau SMS di alamat, https://sms.live.com.
  2. Sekiranya pengesahan secara SMS tidak boleh dilakukan sila buat pengesahan akaun e-mel anda di alamat berikut. Sila pilih produk Hotmail.

https://windowslivehelp.com/vi.aspx?id=2f034e2e-938a-4a1c-a754-21878d2c6209

Selain daripada itu, anda juga boleh menulis e-mel atau surat kepada Tehchnical Support atau pihak sokongan di Hotmail atau Windows Live messenger untuk mengesahkan akaun e-mel tersebut. Dapatkan alamat surat menyurat atau e-mel di laman web Windows Live Messenger.

https://support.live.com/ (https://support.live.com/)

Perkara-perkara untuk elakkan masalah ini berulang

1. Pastikan kata laluan yang digunakan itu kental/selamat dan disimpan secara selamat. Elak daripada sewenang-wenang memberi maklumat akaun e-mel di laman web.

2. Pastikan alamat laman Hotmail yang anda masuk itu betul dan bukannya laman web phising.

3. Kemas kini keselamatan pelayar web atau Browser yang digunakan.

4. Kemas kini keselamatan perisian anti-virus, perisian keselamatan dan Windows anda.

5. Pastikan e-mel yang dihantar hanya kepada orang-orang yang dikenali atau rela menerimanya.

6. Pastikan alamat-alamat e-mel dalam buku alamat e-mel anda masih aktif.

7. Hadkan penghantaran e-mel dalam bilangan penerima yang tidak terlalu banyak. Begitu juga dengan bilangan mesej yang dihantar.

Diharapkan ia dapat membantu dalam memulihkan akaun e-mel tersebut. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada pihak Microsoft yang menyediakan perkhidmatan e-mel Hotmail ini. Sekiranya ada perkara-perkara penting, bolehlah dibuat salinan ke komputer, akaun e-mel lain atau ke tempat-tempat lain yang berkaitan.


Utusan online.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.