Tuesday, March 15, 2011

ROI - Satu masalah atau keperluan?

ROI atau Return of Investment merupakan satu alat penting dalam pengurusan kewangan sesebuah syarikat.

Segala perbelanjaan atau pelaburan yang dibuat perlu diperolehi kembali manfaatnya kepada organisasi.

Inilah biasanya kelemahan yang ada pada staf IT iaitu bagaimana untuk mempersembahkan segala projek IT dengan ROI yang akan diperolehi oleh organisasi atau syarikat terbabit.

Di peringkat awal, mungkin boleh dibincangkan beberapa aspek pengurusan dalam menentukan ROI bagi sesuatu projek IT.

Namun begitu ia perlu ditunjukkan dengan nombor dan angka di akhirnya.

Di antara aspek pengurusan yang boleh dibincangkan atau dibahaskan diperingkat awal adalah seperti:-

1. Kenapa projek tersebut diperlukan? Adakah ia untuk meningkatkan produktiviti, penyelesaian masalah atau menggantikan sesuatu yang lama.

2. Adakah perancangan-perancangan lain yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah tersebut atau perlaksanaan projek IT teresebut?

3. Adakah kertas cadangan projek IT tersebut selari dengan kehendak, objekti, misi dan visi syarikat?

4. Adakah keperluan projek IT tersebut dibangunkan dalam masa yang terdekat atau secepat yang mungkin untuk penyelesaian sesuatu masalah? Sebagai contoh sekiranya ia melibatkan sistem operasi perniagaan syarikat, ia perlu disegerakan kerana akan melibatkan urusan perniagaan syarikat terbabit.

5. Jangkaan keputusan yang akan diberikan kepada perniagaan atau syarikat setelah ia dilaksanakan perlulah dijelaskan dan dijangka dengan baik.

6. Adakah perlu lebih masa untuk proses pengkajian bagaimana keperluan untuk melaksanakan projek IT tersebut?Adakah memerlukan keterlibatan dari segi penasihatan daripada pakar-pakat IT dari luar negara dan sebagainya?

7. Tentukan juga siapa yang akan bertanggungjawab terhadap perlaksanaan projek IT tersebut berserta dengan langkah-langkah atau tugasan yang akan diambil untuk perlaksanaanya.

Semoga dapat membantu dan bagi nombor dan angka untuk ROI sesuatu projek boleh meminta bantuan daripada jabatan akaun atau kewangan.

Monday, March 7, 2011

IP is a heart of networking

Actually networking ia about grouping. If we say that it is for connectivity, in
PC we had already MAC address that can be use for connectivity or communication.
Beside that, we has also bluetooth or infra red and so on.

With that, IP is about how we make a group in a network and make them connect to
the right and allowed nodes only. So, it is a heart of networking especially
when we are in Internet world which is based on TCP/IP protocol.

So, how come with you?

Wednesday, March 2, 2011

Pengurusan IT - Revenue Cycle Management (RCM)

Wang bukanlah segala-segalanya tetapi tiada wang bagaimana untuk membeli sesuatu pada hari ini. Masalah yang berlaku kepada golongan IT adalah bagaimana mahu mengenengahkan kos dan keuntungan hasil daripada penggunaan infrastruktur IT.

Terdapat empat pronsip dalam teori RCM ini iaitu:-

1. Tingkatkan keupayaan pengaliran tunai.

2. Tingkatkan bilangan pelanggan atau pengguna yang tetap.

3. Kadar atau kos yang dikenakan bepatutan.

4. Pulangan jualan yang tinggi.

Aliran kerja dan perjalanan penggunaan infrastruktur teknologi maklumat perlu tersusun, terurus dan digunakan secara berhemah dan bestari.

Tuesday, March 1, 2011

Apa itu Sidejacking ? Apa kaitannya dengan Facebook?

Sidejacking merupakan satu cara memintas trafik daripada komputer yang lain dengan mencuri maklumat pengenalan komputer tersebut dalam persekitaran rangkaian TCP/IP.

Ia merupakan satu cara yang popular digunakan untuk memecah keselamatan rangkaian komputer yang wujud dalam persekitaran rangkaian awam Wi-fi.

Ia tidak mencuri dengan mendapatkan kata laluan daripada komputer lain secara langsung.

Ia sekadar menggunakan Session ID dan Cookies yang ada pada komputer lain di sepanjang pihak penggodam melakukan sidejacking ini.

Ini juga merupakan salah satu cara bagaimana akaun Facebook banyak digodam oleh orang lain terutama anda menggunakan sambungan Internet tanpa wayar seperti Wi-fi.

Pastikan sambungan ke facebook anda di enkrip dengan melihat pada alamat URL dimulai dengan https://

Semoga bermanfaat.