Tuesday, March 15, 2011

ROI - Satu masalah atau keperluan?

ROI atau Return of Investment merupakan satu alat penting dalam pengurusan kewangan sesebuah syarikat.

Segala perbelanjaan atau pelaburan yang dibuat perlu diperolehi kembali manfaatnya kepada organisasi.

Inilah biasanya kelemahan yang ada pada staf IT iaitu bagaimana untuk mempersembahkan segala projek IT dengan ROI yang akan diperolehi oleh organisasi atau syarikat terbabit.

Di peringkat awal, mungkin boleh dibincangkan beberapa aspek pengurusan dalam menentukan ROI bagi sesuatu projek IT.

Namun begitu ia perlu ditunjukkan dengan nombor dan angka di akhirnya.

Di antara aspek pengurusan yang boleh dibincangkan atau dibahaskan diperingkat awal adalah seperti:-

1. Kenapa projek tersebut diperlukan? Adakah ia untuk meningkatkan produktiviti, penyelesaian masalah atau menggantikan sesuatu yang lama.

2. Adakah perancangan-perancangan lain yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah tersebut atau perlaksanaan projek IT teresebut?

3. Adakah kertas cadangan projek IT tersebut selari dengan kehendak, objekti, misi dan visi syarikat?

4. Adakah keperluan projek IT tersebut dibangunkan dalam masa yang terdekat atau secepat yang mungkin untuk penyelesaian sesuatu masalah? Sebagai contoh sekiranya ia melibatkan sistem operasi perniagaan syarikat, ia perlu disegerakan kerana akan melibatkan urusan perniagaan syarikat terbabit.

5. Jangkaan keputusan yang akan diberikan kepada perniagaan atau syarikat setelah ia dilaksanakan perlulah dijelaskan dan dijangka dengan baik.

6. Adakah perlu lebih masa untuk proses pengkajian bagaimana keperluan untuk melaksanakan projek IT tersebut?Adakah memerlukan keterlibatan dari segi penasihatan daripada pakar-pakat IT dari luar negara dan sebagainya?

7. Tentukan juga siapa yang akan bertanggungjawab terhadap perlaksanaan projek IT tersebut berserta dengan langkah-langkah atau tugasan yang akan diambil untuk perlaksanaanya.

Semoga dapat membantu dan bagi nombor dan angka untuk ROI sesuatu projek boleh meminta bantuan daripada jabatan akaun atau kewangan.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.