Friday, January 6, 2012

Sembang ICT 45: Sambungan Wayarles Komputer Riba. Utusan Malaysia. 28 November 2011.

Diskusi ICT 46

Bagaimanakah cara untuk membuat sambungan tanpa wayar di antara sebuah komputer riba dengan komputer riba yang lain?

Din, Mengkarak.

Sambungan tanpa wayar ini dikenali sebagai sambungan atau rangkaian tanpa wayar ad-hoc. Ia boleh digunakan untuk menghubungkan di antara satu komputer riba dengan komputer riba yang lain tanpa perlu infrastruktur rangkaian setempat atau internet.

Kebiasaannya ia lebih pantas dan stabil berbanding sambungan yang dibuat dengan kaedah bluetooth atau infra-red. Antara kelebihan yang diperolehi daripada wireless ad-hoc ini adalah seperti yang berikut:-

  1. Perkongsian sambungan akaun internet tanpa memerlukan wayar dan peralatan rangkaian yang lain dalam LANdengan menggunakan program Internet Connection Sharing.

2. Perkongsian fail dalam rangkaian dan mengurangkan pengunaan peralatan storan kedua seperti storan USB, cakera keras luaran dan lain-lain.

3. Penggunaan program komputer yang memerlukan lebih daripada seorang pengguna seperti permainan komputer secara rangkaian dan lain-lain.

Kaedah Sambungan.

1. Pergi ke program Wireless Network Connection. Klik pada pilihan Properties.

2. Klik butang Add.

3. Pada Network Name , masukan nama SSID atau Network seperti RangkaianP.

4. Masukan security key untuk keselamatan rangkaian.

5. Seterusnya tanda pada kekotak pilihan This is a computer…..

6. Klik OK dan seterusnya klik Continue anyway.

Setelah selesai melakukan konfigurasi ini, komputer riba tersebut boleh dilihat dan disambungkan daripada komputer riba yang lain.

Sekiranya mahu melakukan perkongsian sambungan internet, masuk pada pilihan Network Connection. Seterusnya pilih sambungan internet yang dikehendaki seperti Streamyx, 3G dan lain-lain. Pada sambungan internet tersebut, klik kanan dan pilih Properties > Advanced > Internet Connection Sharing.

Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.