Friday, January 6, 2012

Sembang ICT 42. : Kata Laluan Mozilla Firefox. Utusan Malaysia. 7 November 2011.

Diskusi ICT 43

Bolehkah saya meletakan kata laluan ke dalam program Mozilla Firefox yang terdapat di dalam komputer? Bagaimana?

Awang, Kuching.

Secara umumnya kebanyakan pelayar web seperti Mozilla Firefox tidak mempunyai fungsi yang membolehkan kata laluan dikonfigur untuk penggunaannya. Namun begitu terdapat cara yang boleh digunakan untuk membolehkan sesebuah pelayar web itu mempunyai kata laluan.

Kebanyakan pengguna memerlukan kata laluan tersebut untuk mengawal penggunaan pelayar web dalam melayari Internet. Ia juga digunakan untuk menjaga kerahsiaan atau privasi dalam penggunaan sesebuah program pelayar web tersebut. Dengan adanya kata laluan, penggunaannya terkawal dan rahsia.

Bagi membolehkan sesebuah pelayar web mempunyai fungsi kata laluan, ia memerlukan pemasangan program komputer tertentu kepada pelayar web tersebut yang di kenali sebagai add on program. Di sini, dibincangkan penggunaan kata laluan bagi beberapa pelayar web utama yang popular digunakan.

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, boleh dipasang kepadanya program tambahan, Master Password+. Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/master-password/.

Bagi pelayar web Google Chrome pula, boleh dipasang kepadanya program tambahan, Simple Startup Password. Ia boleh dimuat turun di alamat URL, https://chrome.google.com/webstore/detail/ojoalkffommhmdmbohjphohoejjmgepc.

Mungkin ada program tambahan lain yang boleh digunakan untuk fungsi kata laluan seperti Internet Lock dan lain-lain. Cara yang sama juga bagi program-program pelayar web yang lain.

Bagi pelayar web Internet Explorer pula, ia boleh dikonfigur dengan kata laluan dengan pergi ke Tools > Internet Option > Content > Content Advisor > General. Seterusnya pergi ke ruangan Supervisor Password dan klik butang create. Seterusnya masukan kata laluan yang dikehendaki dan klik OK.

Sekiranya sesebuah komputer digunakan dalam persekitaran rangkaian dan Windows, boleh digunakan program untuk polisi komputer seperti Group Policy untuk mengawal penggunaan sesebuah pelayar web dengan menggunakan kata laluan.

Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.