Wednesday, July 6, 2011

Google Plus: Lebih Mudah dan Bermanfaat?

Pihak Google telah menghasilkan laman web sosial versinya yang dikenali sebagai Google Plus.

Mereka akui ia lebih selamat berbanding laman web sosial lain dari segi perkongsian fail dengan rakan-rakan sosial dan keluarga yang dikenali sahaja.

Di antara kelebihan yang akan ditampilkan adalah seperti berikut:-

1. Sembang video secara berkumpulan dengan rakan-rakan tertentu.

2. Integrasi dan naik taraf aplikasi-aplikasi dalam Google App dan mempermudahkan
penggunaannya seperti Gmail, Google Docs, Picasa, Flikr, Calender dan sebagainya.

3. Penyediaan laman kumpulan atau Pages lebih cepat berbanding Facebook.

4. Pengurusan Contact atau informasi hubungan dengan lebih cekap, berkesan dan mudah.

Selamat berlaman web sosial dengan penuh bertanggung jawab.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.