Tuesday, October 11, 2011

Forensik Digital: Satu kronologi kejadian

Ini adalah bidang yang dikatakan agak baru muncul dalam dunia siber atau digital. Bila dikatakan forensik ia merupakan satu kronologi yang menyebabkan satu kejadian yang berlaku dalam apa-apa persekitaran seperti kewangan, jenayah dan sebagainya termasuk persekitaran digital yang dikenali sebagai Forensik Digital.

Ianya menarik anda akan mengetahui sesuatu yang orang lain tidak mengetahuinya. Ibarat seperti seseorang yang tertarik dengan satu ramalan oleh seseorang bomoh walau pun ia satu penipuan.

Forensik Digital bukan satu ramalan kerana ia mengkaji sesuatu kejadian yang telah berlaku dengan kaedah dan cara yang saintifik yang boleh dibuktikan menerusi aktiviti-aktiviti eksperimental.


No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.