Wednesday, April 29, 2009

Mabuk Tujuh Lautan : UTM

Dewasa ini, isu keselamatan siber sering menjadi igauan kepada kebanyakan organisasi atau syarikat-syarikat di Malaysia terutama yang melibatkan transaksi kewangan atau pemindahan data yang kritikal.

Kalau dunia siber ini diibaratkan laut, cuma ada tujuh lautan sahaja di dunia ini yang mana semuanya akan mabuk dengan isu keselamatan.

Bayangkan sesebuah organisasi mahu melancarkan satu produk baru yang mempunyai ciri-ciri teknologi yang baru hasil daripada penyelidikkan yang telah dijalankan beberapa tahun sebelumnya tetapi sebelum itu telah ada satu syarikat lain yang telah melancarkan produk tersebut.

Malah teknologi tersebut telah dihakmilikkan secara undang-undang oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Bila dijalankan analisis ke atas sistem rangkaian komputer, didapati terdapat pergerakan data-data yang berkenaan dengan teknologi tersebut telah di muat turun keluar dari syarikat tersebut menerusi sistem rangkaian komputer atau Internet ke satu destinasi yang tidak pasti dan sudah tentu ke destinasi yang tidak sepatutnya.

Jadi, isu keselamatan rangkaian komputer menjadi sangat penting dan terdapat beberapa peralatan keselamatan rangkaian komputer atau sistem pertahanan yang menjadi keperluan kepada sesebuah organisasi atau syarikat.

Ini termasuk sistem firewall, perisian anti-virus, sistem mengenalpasti pencerobohan dan sebagainya sebagai pengawal keselamatan siber bagi persekitaran digital di organisasi atau syarikat terbabit.

Kini, terdapat satu lagi teknologi perisian pertahanan atau keselamatan yang dikenali sebagai perisian Pengurusan Ancaman Bersepadu atau lebih dikenali sebagai Unified Threat Management (UTM).

Konsep Pengurusan Ancaman Bersepadu ini telah diperkenalkan oleh Charles Kolodgy dari International Data Corporation pada tahun 1994.

Beliau memperkenalkan konsep ini bagi menerangkan sistem tembok api rangkaian komputer yang mempunyai pelbagai fungsi dalam satu kotak yang mengandungi sistem penapisan e-mel sampah (junk), perisian anti-virus, sistem pemantauan keselamatan dan sistem penapisan kandungan web termasuk ciri-ciri keselamatan yang sedia ada bagi sistem tembok api tersebut.

Perisian UTM adalah merupakan sistem aplikasi firewall yang menggunakan proxy untuk memproses dan melepaskan kesemua trafik yang masuk ke dalam sistem rangkaian dalaman.

Ia merupakan satu sistem keselamatan yang menggabungkan sistem keselamatan yang berasaskan perisian, perkakasan dan rangkaian.

Kelebihan penggunaan perisian UTM ini ia merupakan satu sistem pertahanan campuran yang mengandungi pelbagai fungsi keselamatan selain daripada sistem tembok api.

Di samping itu, ia memudahkan pengguna teknologi maklumat untuk memasang dan menggunakannya, berupaya untuk mengemaskini kesemua fungsi keselamatan dan program yang digunakan secara automatik dan menyeluruh, menjimatkan kos dan dengan penggabungan beberapa fungsi keselamatan, ia memudahkan bagi penganalisa sistem membuat penyelenggaraan ke atasnya.

Kini terdapat banyak pihak pengeluar perisian atau perkakasan keselamatan siber telah melancarkan produk bagi perisian UTM ini.

Ia memudahkan pengguna teknologi maklumat bagi mengemaskini sistem pertahanan siber organisasi atau syarikat dengan teknologi yang agak baru di pasaran dengan fungsi pertahanan yang bersepadu ini.

6 comments:

  1. ha ha ha tajuk entri macam pernah ku baca tapi di mana yaa...tau laa aok tue kononyer Awie Wings keh keh keh...wei koi nok mintok tolong aok...laptop koi nie rasenyer kena virus sbb biler koi tengoh sedap2 surf internet tetibe jek dia buka 'new tab' iaitu bukak laman web yg ntoh mender2 ntoh...banyak pulak tue sampai koi terpaksa buka bateri dan on balik komputer...koi pakai kapesky hok kementerian bagi...update sokmo antivirus keknyer hapoh...!

    ReplyDelete
  2. Tu virus tu...
    susoh nak cakap lah yatt
    kapersky tu , web dia pernah kena hack...
    tak tau nak cakap lah...
    tu virus sebenarnya...
    awok ni kan suka explore...
    virus ni biasanya dia ubah konfogurasi kat sistem regisry.

    cuba lah yang ni pulok tapi awok diasble semua fungsi sekuriti kat windows termasuk anti virus yang awok pakai...

    cuba scan online kat sini
    1. housecall.trendmicro.com
    2. www.bitdefender.com/scan8/ie.html
    3. support.f-secure.com/enu/home/ols.shtml
    4. security.symantec.com

    ReplyDelete
  3. Lgi satu yatt
    Windows update tu cubalah buat selalu ...

    ReplyDelete
  4. masalahnyer laptop koi nie hok kerajaan...klau koi buang kapersky nie kang marah plok dek kementerian

    ReplyDelete
  5. Tak payah buang cu yatt. Masuk Internet, kemudian buka laman-laman 2 web yang koi bagi tu untuk scan virus dalam komputer awok.

    Sebab kapersky tu tak dapat detect virus kan.

    Nanti dia cuba clean kan menerusi Internet komputer awok.

    Cubalah dulu ya.

    ReplyDelete
  6. Lagi satu lepas awok update anti virus kapaersky tu dan Windows update.

    Cuba scan komputer tu guna safe mode.

    Cubalah dulu mana-mana.

    ReplyDelete

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.