Friday, November 25, 2011

Sembang ICT 2: Panduan Beli Menerusi Internet.

Bagaimanakah untuk melakukan sebarang aktiviti belian di Internet secara selamat?

Dunia sempadan hari ini memudahkan segala urusan kita termasuk berbelanja atau membeli barang-barang. Namun begitu, ia juga memudahkan berlakunya jenayah merampas hak orang lain seperti menggunakan kad kredit orang lain tanpa diketahui atau menceroboh masuk ke akaun bank seseorang.

Jadi,di sini dikongsikan bersama beberapa panduan dalam kita berbelanja di Internet secara selamat.

  1. Pastikan berurusan dengan laman web boleh dipercayai terutama bagi melakukan sebarang transaksi kewangan. Justeru, pastikan alamat URL-nya betul dan menggunakan program pengecaman web bersama-sama dengan pelayar web anda atau browser seperti Web of Trust, LinkExtend, McAfee SiteAdvisor dan lain-lain.
  2. Pastikan sambungan Internet anda adalah selamat digunakan untuk sebarang transaksi kewangan. Ini dengan memastikan web tersebut mengunakan https pada alamatnya yang mana https adalah protokol keselamatan untuk sesebuah laman web. Ia menggunakan sijil keselamatan untuk sebarang sambungan dan transaksi.
  3. Berhati-hati dengan tawaran pengiklanan yang bukan dalam Internet dan jangan sewenang-wenangnya melanggan atau memberi informasi kepada tawaran pengiklanan yang diragui tersebut. Ia juga dikenali sebagai coupon-click fraud dalam istilah keselamatan IT.
  4. Sekiranya kita kerap menggunakan perkhidmatan Internet dalam transaksi kewangan atau berbelanja, pastikan menyemak sekerap mungkin akaun bank atau kad kredit anda. Sila buat laporan dengan segera kepada pihak bank sekiranya didapati ada transasksi yang mencurigakan atau bermasalah.
  5. Akhirnya, pastikan anda menggunakan kad kredit yang mempunyai nombor sirinya untuk sekali transaksi sahaja dan berubah untuk transaksi yang lain atau pun penggunaan TAC untuk sebarang transaksi dalam perbankan Internet.

Diharapkan kemudahan dalam melaksanakan transaksi kewangan di INternet memudahkan kita dan tidak menakutkan. Sebab itu sekarang ini CyberSecurity kerap berkempen untuk melayari Internet secara selamat. Pengetahuan dan pendidikkan penting agar kita dapat melayari Internet secara selamat dan bukan sahaj untuk berbelanja.

5. Kenapa peralatan berasaskan USB tidak berfungsi pada komputer saya?

Pertamanya, perlu dipastikan fungsi sambungan USB pada BIOS dihidupkan. Seterusnya, pastikan sistem pengoperasian yang digunakan menyokong penggunaan sambungan atau peralatan USB. Sebagai contoh, Windows 95 dan Windows NT tidak menyokong penggunaan sambungan atau peralatan USB. Pastikan juga versi peralatan USB yang digunakan disokong oleh computer dan system pengoperasian yang digunakan seperti USB 2.0, USB 3.0 dan lain-lain. Akhirnya, sambungkan peralatan USB tersebut secara terus tanpa menggunakan hub USB..

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.