Tuesday, November 23, 2010

Bom Jangka Komputer: Kerosakkan RAM dan Kesan Pada Komputer

Salah satu punca yang menyebabkan sesebuah komputer itu tidak berfungsi dengan baik, selalu tersangkut-sangkut dan perlahan perjalanannya ialah komponen RAM-nya bermasalah.
RAM atau Random Access Memory merupakan satu lokasi ingatan tidak kekal dan sementara yang menyimpan maklumat-maklumat berkenaan dengan komputer yang sedang dijalankan.
Masalah RAM ini bukan sahaja akan menyebabkan operasi komputer menjadi perlahan malah ia boleh menyebabkan berlakunya letupan kecil pada papan utama menerusi sistem BIOS dan virus generasi baru kini berupaya beroperasi dalam memori RAM tersebut.
Di sini terdapat beberapa sebab yang akan menyebabkan prestasi RAM pada sesebuah komputer menurun iaitu:-
  1. Spesifikasi RAM yang digunakan tidak sesesuai dengan spesifikasi keperluan RAM bagi sesebuah komputer.
  2. Ruang storan bagi RAM terlalu penuh.
  3. Masalah kepanasan haba pada RAM.
  4. Kecacatan yang wujud pada RAM.

RAM berperanan penting dalam memberi impak kelajuan pada sesebuah komputer. Namun begitu jenis dan saiz RAM digunakan perlulah mengikut spesifikasi sistem komputer yang digunakan pada sistem pengoperasian dan spesifikasi papan utama atau motherboard.

Apa yang penting dari segi fizikalnya adalah RAM tersebut menyokong kelajuan papan utama dan bilangan slot yang terdapat padanya.

Sekiranya RAM yang dipasangkan itu tidak sama kelajuannya berkemungkinan ia boleh beroperasi tetapi prestasi capaiannya akan menurun dan perlahan.

Begitu juga dengan campuran RAM yang berlainan dari segi kelajuannya seperti PC 133, PC 256 dan sebagainya akan menyebabkan komputer menjadi perlahan kerana komputer berkemungkinan memilih RAM yang berkelajuan rendah yang terdapat dalam sesuatu slot pada papan utama.

Biasanya sekiranya komputer anda hanya menyokong atau bersaiz 16 bit. Maka maksimum saiz RAM yang berupaya adalah 2 kuasa 16 sahaja bersamaan 512Mb sahaja . Sekiranya terlebih, komputer masih boleh beroperasi tetapi prestasi capaiannya akan menurun atau perlahan.

Seterusnya adalah masalah kapasiti RAM yang tidak mengcukupi untuk melarikan sesebuah perisian atau program komputer. Kuota lokasi memori sudah penuh sepenuhnya. Ia juga menyebabkan prestasi operasi komputer menurun atau perlahan.

Ini bergantung kepada sesejenis perisian atau program yang digunakan. Setiap perisian atau program komputer ada keperluan minimum saiz RAM yang diperlukan. Sebagai contoh sistem pengoperasian itu sendiri seperti Windows XP 32 bit menghadkan saiz RAM kepada 4GB.

Penambahan bilangan atau saiz RAM kepada nilai maksimum yang menepati spesifikasi sesebuah sistem komputer dapat membantu meningkatkan prestasi capaian sesebuah komputer.

Kepanasan RAM yang melampau juga boleh memperlahankan prestasi capaian sesebuah komputer. Namun begitu teknologi RAM kini berupaya mengurangkan masalah ini seperti yang dicapai oleh SDRAM.

Sekiranya perlu boleh menambah aksesori kipas penyejukkan RAM pada sesebuah komputer dan pastikan kaki RAM tersebut bersih. Kerana pengumpulan habuk atau bendasing pada kaki RAM boleh meningkatkan pengeluaran haba dan seterusnya menyebabkan berlaku overheating.

Kecacatan yang berlaku pada RAM biasanya dapat dikesan dengan menggunakan alat-alat yang tertentu. Kadang kala ada sesetengah program komputer yang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah ini.

Masalah ini berlaku dalam kadar yang sedikit sahaja. Biasanya berlaku pada RAM yang dihasilkan dengan kualiti yang rendah atau sangat murah harganya.

RINGKASAN PERMASALAHAN RAM - KOMPUTER PERLAHAN

  1. Saiz dan jenis RAM yang tidak sesuai.
  2. Kapasiti RAM yang rendah.
  3. Pemanasan RAM melampau.
  4. RAM tersebut bermasalah secara fizikalnya.

No comments:

Post a Comment

Harap menggunakan bahasa yang berbudi tinggi dan terima kasih di atas komen anda.